1999 MarsdenLR 101
LOW HOP BING
PER PATHMASINGAM MAVILAGANAN EX P PUBLIC BANK BHD – Appellant
Versus
. – Respondent
Bagi pihak perayu - Joanne Loke Su Mei; M/s Soo Thien Ming & Nashrah Bagi pihak responden - Annie Maria; M/s Ramamoorthy Ledchumiah & Co Bagi pihak Pegawai Pemegang Harta - AV NadesonDilaporkan oleh WA Sharif
The court's discretion in bankruptcy discharges relies on asset-debt ratio and official reports per Bankruptcy Act 1967.
Headnote:The powers and discretion of the court in a bankruptcy discharge hearing are defined under section 33 of the Bankruptcy Act 1967. The court must consider the official assignee's report, as per section 33(3). In this case, the bankrupt’s outstanding debts were significant in relation to available assets, leading to the court’s findings that conditions for discharge had not been met. The primary issue was whether the discharge should be conditionally granted, with the court concluding the bankrupt had failed to satisfy necessary requirements, thus disallowing an unconditional discharge. The court stated, 'the discharge must be refused' and 'I impose a judgment for the amount owed of RM317,014.35 with costs.
PENGHAKIMAN Low Hop Bing H:
Latar Belakang
Pada 24 Mac 1998, Public Bank Berhad, Pemiutang Penghakiman, (perayu) telah menerima suatu notis kepada pemiutang-pemiutang mengenai permintaan pelepasan bertarikh 5 Mac 1998 daripada pegawai pemegang harta Selangor.
Perayu telah pada 26 Mac 1998 melalui peguamcaranya memfailkan notis niat pemiutang untuk menentang permohonan sibankrap meminta lepas yang bertarikh 25 Mac 1998 (Kandungan (35)).
Permohonan sibankrap untuk pelepasan (Kandungan (33)) (kemudian ini dirujuk sebagai "permohonan tersebut") telah ditetapkan untuk pendengaran pada 1 April 1998.
Pada 1 April 1998, pendengaran permohonan telah tersebut ditangguhkan atas beberapa alasan, diantaranya, bahawa kesemua hutang sibankrap tidak dapat dipastikan dengan terperinci dan pegawai pemegang harta memerlukan masa untuk menyediakan satu laporan dibawah s. 33(3) Akta Kebankrapan 1967.
Pendengaran permohonan tersebut telah ditangguhkan beberapa kali sehingga 4 Februari 1999 dimana laporan pegawai pemegang harta bertarikh 15 Januari 1999 (Kandungan (38A)) telah siap disediakan (kemudian dari ini dirujuk sebagai "laporan pertama tersebut") dan Penolong Kanan Pendaftar yang bijaksana telah meneruskan dengan pendengaran permohonan tersebut.
Pada pendengaran permohonan tersebut, pegawai pemegang harta telah memberitahu mahkamah bahawa satu dividen sebanyak 31.33% akan dibayar kepada pemiutang-pemiutang, bukannya 28.43%, sepertimana dinyatakan dalam laporan pertama tersebut.
Pegawai pemegang harta telah menyatakan bahawa semenjak pemfailan laporan pertama tersebut, sibankrap telah membayar ansuran tertunggak dan oleh yang demikian kelakuannya sekarang adalah memuaskan, walaupun perkara ini tidak dinyatakan dalam laporan pertama tersebut.
Walau bagaimanapun, berdasarkan fakta-fakta yang terkandung dalam laporan pertama tersebut dan memandangkan jumlah yang besar masih dihutang, perayu telah memohon supaya mahkamah menggunakan bidangkuasa yang sedia ada dalam Akta Kebankrapan 1967 dan memerintah satu pelepasan bersyarat iaitu memasukkan penghakiman untuk jumlah yang masih tertunggak, tetapi Penolong Kanan Pendaftar yang bijaksana telah memberi perintah melepaskan sibankrap tanpa bersyarat. Terhadap keputusan ini, perayu telah memfailkan satu notis rayuan kepada hakim dalam kamar bertarikh 5 Februari 1999 (Kandungan (40)).
Hujah Perayu
Fakta-fakta yang relevan yang dikemukakan oleh peguam yang bijaksana bagi pihak perayu adalah seperti berikut:
Sibankrap asalnya mempunyai liabiliti atau hutang sebanyak RM404,526 dan masih berhutang kepada pemiutang penghakiman sejumlah RM317,014.35.
Sibankrap masih bekerja sebagai perunding kepada Bank of Micronesia, Republic of Palau.
Pendapatan bulanan sibankrap adalah sebanyak RM2,000.
Isteri sibankrap bekerja sebagai Pegawai Penaksir di Lembaga Hasil Dalam Negeri dan pendapatan bulanan isterinya adalah sebanyak RM3,000.
Keluarga sibankrap tinggal di rumah milik isterinya.
Hujah Responden
Peguam yang bijaksana bagi responden berhujah bahawa dividen sebanyak 31.27% yang akan dibayar adalah tinggi. Beliau mengatakan bahawa pegawai pemegang harta menyokong permohonan sibankrap dan sibankrap tidak melanggar peruntukan Akta Kebankrapan 1967.
Keputusan Mahkamah
Kuasa dan budibicara mahkamah dalam satu pendengaran untuk pelepasan dari kebankrapan adalah terkandung dalam s. 33 Akta Kebankrapan 1967 terutama sub-s. (3), (4) dan (10).
Seksyen 33(3) memperuntukkan bahawa mahkamah hendaklah mempertimbangkan lapuran pegawai pemegang harta. Dalam bahasa asal, s. 3(3) berbunyi seperti berikut:
S. 33(3) On the hearing of the application the court shall take into consideration a report of the Official Assignee as to the bankrupt's conduct and affairs, including a report as to the bankrupt's conduct during the proceedings under his bankruptcy, and may either grant or refuse an absolute order of discharge, or suspend the operation of the order for a specified time, or grant an order of discharge subj