SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2023 MarsdenLR 943

MAHKAMAH SESYEN KUALA LUMPUR
PENDAKWA RAYA LWN. SITI BAINUN AHD RAZALI
[Perbicaraan Jenayah No: WA-62-81-08/2021]



Petitioner Advocates:Azizah Mohamad,Zahida Zakaria,Zilfinaz Abbas,Fazeedah Faik,Noor Shakira Aliana Alias ,Respondent Advocate: Mohammad Farhan Maaruf

The court established that neglect and abuse of a child under the Child Act 2001 requires proof of physical and emotional harm, which was sufficiently demonstrated in this case.

Headnote:(A) Akta Kanak-Kanak 2001 - Seksyen 31(1)(a) - Tindakan mengabaikan dan menganiaya kanak-kanak - OKT didapati bersalah mengabaikan dan menganiaya seorang kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun dengan menyebabkan kecederaan fizikal dan emosi - Kecederaan yang dialami adalah akibat daripada tindakan OKT yang cuai dan tidak bertanggungjawab - Mahkamah memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan kes prima facie bagi kedua-dua pertuduhan. (Paras 1, 11, 176-236)

(B) Beban Pembuktian - Pihak pendakwaan perlu membuktikan elemen-elemen pertuduhan di bawah s 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 - Elemen-elemen tersebut termasuk mangsa merupakan kanak-kanak, OKT mempunyai pemeliharaan terhadap mangsa, dan mangsa mengalami kecederaan fizikal dan emosi semasa berada dalam pemeliharaan OKT. (Paras 51-52)

(C) Keterangan Dan Bukti - Keterangan saksi pakar menyokong bahawa kecederaan yang dialami oleh mangsa bukan disebabkan oleh kemalangan tetapi akibat penganiayaan - Keterangan lain yang disokong oleh saksi-saksi pendakwaan membuktikan bahawa OKT bertanggungjawab atas kecederaan mangsa. (Paras 176-236)

Facts of the case:
OKT dituduh mengabaikan dan menganiaya seorang kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun, yang merupakan seorang OKU, menyebabkan kecederaan fizikal dan emosi. Kecederaan tersebut termasuk luka lecur di seluruh badan mangsa akibat tindakan OKT. (Paras 1-2, 12-13)

Findings of Court:
Mahkamah mendapati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie bagi kedua-dua pertuduhan terhadap OKT. (Paras 176-236)

Issues: (i) Apakah OKT mengabaikan dan menganiaya mangsa? (ii) Adakah pihak pendakwaan membuktikan elemen-elemen pertuduhan? (Paras 176-236)

Ratio Decidendi: Mahkamah memutuskan bahawa kecederaan yang dialami oleh mangsa adalah akibat daripada tindakan OKT yang cuai dan tidak bertanggungjawab, dan bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan kes prima facie. (Paras 176-236)

Result: OKT didapati bersalah dan disabitkan dengan hukuman pemenjaraan selama 10 tahun untuk pertuduhan pertama dan 12 tahun untuk pertuduhan kedua, hukuman dijalankan secara serentak. (Paras 222-226)

Table of Content
1. factual background of the case (Para 1 , 2 , 3 , 4 , 5)
2. court's observations on prima facie case (Para 6 , 7 , 8 , 9)
3. arguments regarding the prosecution's case (Para 10 , 11 , 12 , 13 , 14)
4. evidence of witnesses regarding the victim's condition (Para 15 , 16 , 17 , 18 , 19)
5. witness testimonies on the acts of the accused (Para 20 , 21 , 22 , 23 , 24)
6. medical evidence supporting the victim's injuries (Para 25 , 26 , 27 , 28 , 29)
7. expert opinions on the nature of injuries (Para 30 , 31 , 32 , 33 , 34)
8. legal principles regarding child protection (Para 35 , 36 , 37 , 38 , 39)
9. court's analysis of the evidence (Para 40 , 41 , 42 , 43 , 44)
10. conclusion on the prosecution's case (Para 45 , 46 , 47 , 48 , 49)
11. final decision and sentencing (Para 50 , 51 , 52 , 53 , 54)
Izralizam Sanusi HSM:

1. Latar Belakang Kes

[1] Pada 20 Ogos 2021, Siti Bainun binti Ahd Razali, No K/P: 921029-14-5382 ("OKT") telah dituduh mengabaikan kanak-kanak bernama XXXXX ("XXXXX") di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dengan pertuduhan seperti yang berikut:

"Bahawa kamu, di antara bulan Februari 2021 sehingga bulan Jun 2021, bertempat di rumah alamat No Unit B-17-02, Irama Wangsa Condominium, Jalan 3/27E, Seksyen 10, di dalam Daerah Wangsa Maju, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sebagai orang yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga kanak-kanak perempuan yang bernama XXXXX, berusia 13 tahun telah mengabaikan iaitu dengan menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan fizikal dan emosi dan oleh yang demikian, kamu telah melakukan kesalahan di bawah s 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama."

[2] Pada 25 November 2021, semasa sebutan kes dijalankan, pihak pendakwaan telah mengemukakan pertuduhan kedua terhadap OKT. Pertuduhan kedua adalah pertuduhan menganiaya XXXXX. Pertuduhan Kedua adalah sepertimana yang berikut:

"Bahawa kamu, di antara bulan Februari 2021 sehingga bulan Jun 2021, bertempat di rumah alamat No Unit B-17-02, Irama Wangsa Condominium, Jalan 3/27E, Seksyen 10, di dalam Daerah Wangsa Maju, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sebagai orang yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga kanak-kanak perempuan yang bernama XXXXX, berusia 13 tahun didapati telah menganiaya iaitu dengan menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan fizikal dan emosi dan oleh yang demikian, kamu telah melakukan kesalahan di bawah s 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama."

[Penekanan Ditambah]

[3] Saya telah merujuk kepada pertuduhan kedua dan saya dapati pertuduhan kedua hanya menyatakan OKT didakwa melakukan kesalahan di bawah s 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 ("AKK 2001"). Pihak pendakwaan tidak menyatakan sama ada OKT dituduh di bawah s 31(1)(a) atau s 31(1)(b) AKK 2001. Pertuduhan kedua ini tidak pernah dipinda oleh pihak pendakwaan sehingga kes pendakwaan ditutup. Pihak pembelaan juga tidak pernah membangkitkan isu pertuduhan kedua ini sehingga keputusan di akhir kes pendakwaan disampaikan.

[4] Pihak pendakwaan telah memanggil seramai dua puluh dua (22) orang saksi pendakwaan untuk membuktikan pertuduhan terhadap OKT. Saksi-saksi tersebut adalah seperti yang berikut:

[5] Pada 28 Oktober 2022, pihak pendakwaan telah menutup kesnya. Sebelum kes pendakwaan ditutup, pihak pendakwaan telah memaklumkan kepada Mahkamah senarai saksi-saksi yang telah disediakan tetapi tidak dipanggil. Pihak pendakwaan kemudiannya telah menawarkan saksi-saksi yang berikut kepada pihak pembelaan: Syahirah bt Mohd Ikhsan ("Syahirah"), Hani Azura bt Zulkifli ("Hani Azura"), Nor Aida Shahira bt Zailiah, Nurul Balqies Qaisara bt Abdul Salam, Noor Marliana bt Ramlee, Noorhaiza Mariena bt Ramli ("Haiza"), Norizan bt Mohd Sidik, Nor Afiza bt Mohd Fuzi, Nur Fatin Syamimi bt Ruslan, Hafizul Naim bin Baniram, Dr Nur Liyana bt Khairuddin, Dr Christinna Vanathyar, SJN Siti Nur Balqes bt Abdul Rahim, SJN Nur Mastisha bt Maidinsha dan juga Wong Yet Wen @ Yvonne.

[6] Pada 24 November 2022 saya telah memutus

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
logo-black

An indispensable Tool for Legal Professionals, Endorsed by Various High Court and Judicial Officers

Please visit our Training & Support
Center or Contact Us for assistance

qr

Scan Me!

India’s Legal research and Law Firm App, Download now!

For Daily Legal Updates, Join us on :

whatsapp-icon Back to top