2009 MarsdenLR 1938
WAN ADNAN MUHAMAD
DATUK ISMAIL CHEROS & YANG LAIN – Appellant
Versus
DR SANUSI OSMAN & YANG LAIN – Respondent
The court ruled that police actions were unlawful due to failure to provide a reasonable time for plaintiffs to disperse, leading to their wrongful arrest. Compensation was awarded for damages incurred.
Headnote:(A) Akta Polis 1967 - Seksyen 27A(1)(c) - Tindakan saman untuk ganti rugi terhadap Anggota Polis DiRaja Malaysia dan Kerajaan Malaysia berhubung penangkapan dan tahanan tanpa sebab - Plaintif-plaintif mendakwa defendan gagal menjalankan tanggung jawab statutori dengan tidak menghalang gangguan semasa Persidangan APCET II pada 9 November 1996 - Tindakan pihak polis ditentukan tidak sah disebabkan kelewatan memberi amaran dan tidak memberi masa yang munasabah kepada plaintif-plaintif untuk bersurai sebelum menangkap. (Paras 1, 6, 24, 33)
(B) Liabiliti - Tindakan penangkapan dan tahanan yang didakwa salah - Pengadilan mengesahkan tiada bukti substansial untuk mendukung tindakan defendan - Perintah reman yang dikeluarkan oleh Majistret disahkan sah. (Paras 29, 34)
(C) Penghargaan Gantirugi - Gantirugi am ditentukan RM30,000 untuk setiap plaintif, setelah mempertimbangkan kesusahan yang dialami semasa ditahan. (Paras 34, 35)
| Table of Content |
|---|
| 1. allegations of wrongful detention and police failure. (Para 1 , 2 , 3 , 4 , 5 , 6 , 10 , 11 , 12) |
| 2. court's scrutiny of police actions and accountability. (Para 13 , 19 , 20 , 22 , 23) |
| 3. liability and remedial framework under law. (Para 14 , 16 , 18 , 24) |
| 4. determination of unlawful detention. (Para 28 , 29 , 33) |
| 5. assessment of damages awarded to plaintiffs. (Para 34 , 35) |
Wan Adnan Muhamad H:
[1] Plaintif-plaintif merupakan individu-individu memfailkan tuntutan sejumlah besar gantirugi yang merangkumi jenis gantirugi am, gantirugi keterlaluan (aggravated) gantirugi teladan dan gantirugi khas terhadap defendan-defendan yang terdiri daripada anggota-anggota Pasukan Polis DiRaja Malaysia dan Kerajaan Malaysia ekoran suatu peristiwa yang berlaku semasa Persidangan Asia Pacific Conference On East Timor II (APCET II) yang telah berlangsung di Kuala Lumpur pada 9 November 1996.
[2] Teras tuntutan pihak plaintif seperti dalam pliding terpinda mereka ialah dakwaan bahawa defendan-defendan telah gagal menjalankan tugas statutori mereka apabila gagal menghalang individu-individu yang cuba mengganggu, mengacau dan menceroboh Persidangan yang dianjurkan oleh plaintif-plaintif.
[3] Atas arahan defendan 2, anggota polis termasuk SD6 menangkap dan menahan plaintif-plaintif. Kemudiannya suatu perintah tahanan reman selanjutnya diperolehi daripada Majistret. Perintah tahanan reman oleh Majistret kemudiannya diisytiharkan tidak sah oleh Mahkamah Tinggi. Plaintif-plaintif merupakan peserta-peserta Persidangan APCET II (persidangan) manakala kumpulan yang didakwa menceroboh Persidangan ialah individu-individu yang menganggotai kumpulan yang mengelarkan diri mereka Barisan Bertindak Rakyat Malaysia (BBRM).
[4] Pihak defendan dalam pembelaan mereka menyatakan mereka tidak mengambil tindakan pada mulanya kerana keadaan ketika itu terkawal. Plaintif-plaintif terpaksa ditahan kerana mereka enggan mematuhi arahan bersurai pihak polis. Manakala tahanan reman plaintif-plaintif didakwa mengikut undang-undang oleh itu adalah sah.
[5] Pada mulanya tindakan ini membabitkan seramai 36 orang plaintif tetapi plaintif-plaintif no. 8, 11, 28, 32 dan 33 telah menarik balik tuntutan mereka ketika proses perbicaraan berjalan. Fan Yew Teng (plaintif 4) dan Sharonjit Kaur Gill (plaintif 34) tidak hadir semasa perbicaraan dan tidak mengemukakan sebarang keterangan. Kini penghakiman saya hanya melibatkan kesemua plaintif kecuali plaintif-plaintif no. 8, 11, 28, 32 dan 33. Pihak plaintif telah memanggil seramai 31 saksi untuk memberi keterangan. Kebanyakan keterangan adalah daripada plaintif-plaintif sendiri melainkan keterangan daripada SP7. Pihak defendan pula mengemukan seramai lapan orang saksi termasuk defendan no. 1, 2 dan 3.
[6] Walaupun keterangan pihak plaintif telah di kemukakan oleh saksi-saksi yang begitu ramai tetapi, sifat keterangan mereka agak seakan-akan (identical) kecuali personaliti yang memberi keterangan adalah berlainan. Ini kerana saksi-saksi berkenaan merupakan tubuh badan plaintif-plaintif sendiri yang sama-sama berada di tempat kejadian iaitu Asia Hotel (ketika itu) pada 9 November 1996. Mereka terlibat dalam Persidangan pada hari berkenaan samada sebagai anggota pengganjur Persidangan atau sebagai peserta-peserta Persidangan. Mereka juga sama-sama ditangkap oleh anggota polis atas arahan defendan 2 dan ditahan reman di lokap antara satu hingga beberapa hari. Pada hemat saya fakta kes ini agak senang dan tidak rumit. Lagi pun sebahagian besar fakta tidak dipertikaikan melainkan yang membabitkan fakta kelewatan kemunculan pasukan polis di tempat kejadian dan fakta mengenai waktu amaran bersurai diberi oleh defendan 2 serta waktu plaintif-plaintif di tangkap.
[7] Sebelum saya memaparkan fakta kes seringkas-ringkasnya, saya fikir wajar diperturunkan fakta-fakta yang mana tidak dipertikaikan atau tidak boleh dipertikaikan oleh kedua-dua pihak. Ini terdapat dalam ikatan dokumen D. Untuk menyenangkan saya akan petikkan