SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2024 MarsdenLR 2510

MAHKAMAH RAYUAN PUTRAJAYA
YONG YEW HIN LWN. PENDAKWA RAYA & SATU LAGI RAYUAN
[Rayuan Jenayah No: M-09-37-02/2021 & M-09(H)-38-02/2021]



Petitioner Advocates:Yong Yeow Hin,J Amardas,Terence Chan ,Respondent Advocate: Mohd Amril Johari

Ketiadaan perintah pemindahan adalah pra-syarat mandatori untuk penerimaan Deposisi di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Akta Keterangan.

Headnote:(A) Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 - Seksyen 12 dan 61A - Keterangan Deposisi mangsa - Mahkamah Tinggi menerima Deposisi mangsa tanpa perintah pemindahan - Ketiadaan perintah pemindahan adalah pra-syarat mandatori untuk penerimaan Deposisi di bawah s 61A - Mahkamah memutuskan bahawa ketiadaan perintah pemindahan menyebabkan Deposisi tidak boleh diterima. (Paras 17, 23, 30)

(B) Akta Keterangan 1950 - Seksyen 32(1)(i) - Keterangan yang tidak dapat diterima di bawah s 61A tidak boleh diterima di bawah s 32(1)(i) - Kes pendakwaan runtuh tanpa keterangan yang sah. (Paras 27, 28)

Facts of the case:
Tertuduh didapati bersalah memperdagangkan mangsa untuk eksploitasi seks. Mangsa diselamatkan oleh polis setelah ditipu dan dipaksa menjadi pelacur. Tertuduh merayu terhadap sabitan dan hukuman yang dikenakan.

Findings of Court:
Mahkamah mendapati bahawa tiada perintah pemindahan yang dikemukakan, menyebabkan Deposisi mangsa tidak boleh diterima sebagai keterangan.

Issues: Isu utama adalah sama ada Hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dalam menerima Deposisi tanpa perintah pemindahan.

Ratio Decidendi: Mahkamah memutuskan bahawa ketiadaan perintah pemindahan adalah pra-syarat mandatori untuk penerimaan Deposisi di bawah s 61A, dan tanpa keterangan yang sah, kes pendakwaan tidak dapat diteruskan.

Result: Rayuan Perayu dibenarkan; sabitan dan hukuman diketepikan.

Table of Content
1. pendakwaan terhadap tertuduh bermula (Para 1 , 3)
2. di akhir kes pembelaan (Para 2)
3. pada 27 jun 2017, bertindak (Para 4)
4. setiba di rumah tersebut (Para 5)
5. berdasarkan kepada deposisi mangsa (Para 6)
6. setibanya di klia2, malaysia (Para 7)
7. di rumah tersebut, mummy (Para 8 , 9)
8. mangsa tidak dibenarkan bercuti (Para 10)
9. pada 27 jun 2017, mangsa (Para 11)
10. pada 8 ogos 2017, mangsa (Para 12 , 13)
11. setelah menerima dokumen perjalanan (Para 14)
12. selanjutnya, setelah dipastikan (Para 15)
13. setelah mangsa dihantar pulang (Para 16)
14. dapatan yang dibuat oleh mahkamah tinggi (Para 17 , 18 , 19 , 20 , 21 , 22 , 23 , 24 , 25 , 26 , 27 , 28)
15. berdasarkan kepada alasan-alasan (Para 29 , 30)

PENGHAKIMAN

Azmi Ariffin HMR:

Mukadimah

[1] Pendakwaan terhadap Tertuduh bermula di Mahkamah Sesyen Melaka di atas pertuduhan berikut:

"Bahawa kamu bersama-sama dengan seorang lagi yang masih bebas pada 27 Jun 2017 jam lebih kurang 2.00 petang di Soon Huat No 84 Jalan Hang Kasturi, 75200 Melaka, di dalam Daerah Melaka Tengah, di dalam Negeri Melaka, telah didapati memperdagangkan Penama Phan Thi Bich Tuyen, No PP: tiada bagi maksud eksploitasi seks. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah s 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dan dibaca bersama s 34 Kanun Keseksaan. "

[2] Di akhir kes pembelaan, pada 28 Disember 2018, Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana telah mensabitkan Tertuduh di atas pertuduhan tersebut. Tertuduh dijatuhi hukuman pemenjaraan selama 3 tahun dan denda RM5,000.00 jika gagal bayar 4 bulan penjara. Sabitan dan hukuman tersebut telah disahkan oleh Mahkamah Tinggi pada 11 Februari 2021.

[3] Tidak berpuashati dengan keputusan tersebut, Tertuduh merayu ke Mahkamah Rayuan terhadap sabitan dan hukuman (M-09-37-02/2021), manakala Pendakwa Raya pula merayu terhadap hukuman (M-09(H)-38-02/2021).

Kronologi Kes Pendakwaan

[4] Pada 27 Jun 2017, bertindak di atas maklumat yang diterima, suatu serbuan yang diketuai oleh SP1 (Inspektor Tan Ling Ling) dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka bersama sepasukan anggota yang terdiri daripada Sarjan Mohan, Sarjan Kumar, Sarjan Majid dan Koperal Karen menjalankan serbuan di sebuah rumah dua tingkat beralamat di No 84 Jalan Hang Kasturi, 75200 Melaka.

[5] Setiba di rumah tersebut, SP4 (Puan Lew Chok) iaitu ibu Tertuduh telah membuka pintu dan membenarkan pasukan polis masuk untuk membuat pemeriksaan. Di tingkat atas, seorang perempuan warganegara Vietnam bernama Phan Thi Bich Tuyen (mangsa) telah dijumpai di dalam keadaan sedang menangis. Mangsa telah diselamatkan dan dibawa ke balai polis untuk tindakan selanjutnya.

[6] Berdasarkan kepada Deposisi mangsa (Ekshibit P17) yang dirakamkan di bawah s 61A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM), mangsa menyatakan bahawa semasa berada di Vietnam, beliau telah ditawarkan kerja di sebuah kilang memproses sarang burung di Melaka, Malaysia oleh seorang perempuan bernama Thao. Aturan perjalanan telah dibuat oleh Thao dan mangsa telah sampai di Malaysia pada 8 Jun 2017 dengan menaiki kapal terbang.

[7] Setibanya di KLIA2, Malaysia, mangsa telah berjumpa dengan seorang perempuan Vietnam yang dikenali sebagal "Mummy" dan seorang lelaki Cina warganegara Malaysia (Tertuduh). Mummy dan Tertuduh telah membawa mangsa ke Melaka dengan menaiki kereta dan selanjutnya ke sebuah rumah.

[8] Di rumah tersebut, Mummy telah memaklumkan kepada mangsa bahawa mangsa tidak akan bekerja di kilang sarang burung tetapi akan bekerja sebagai seorang pelacur. Walaupun mangsa enggan berbuat sedemikian, namun mangsa telah diugut oleh Mummy dan dipaksa menjadi pelacur. Pada malam yang sama, mangsa telah dipaksa melayan empat (4) orang pelanggan berbangsa cina dan telah dipaksa memberi layanan seks kepada lebih kurang lapan belas (18) orang pelanggan sehinggalah mangsa akhirnya diselamatkan oleh pihak polis.

[9] Mangsa menyatakan setiap kali beker


Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top