2024 MarsdenLR 2314
MAHKAMAH MAJISTRET KUALA TERENGGANU
PENDAKWA RAYA LWN. CLARE BROWN
[Kes Jenayah No: TA-83-232-09/2021]
The court upheld that a trial in absentia is valid when the accused absconds, and established that the elements of defamation were met under Section 500 of the Penal Code.
Headnote:(A) Penal Code - Section 500 - Defamation - Accused charged with defaming the Sultanah of Terengganu by publishing a book containing false statements - Court found that the elements of defamation were established, including that the accused published the statements with knowledge that they would harm the Sultanah's reputation. (Paras 1, 24, 65, 72)
(B) Trial in Absentia - Conducted under Section 425A of the Criminal Procedure Code - Court held that the accused waived the right to be present due to absconding and failure to appear despite being notified - The court emphasized that the trial was valid and just, considering the efforts made to bring the accused to court. (Paras 3, 21, 66)
Facts of the case:
The accused, a UK citizen, was charged under Section 500 of the Penal Code for writing a book containing defamatory statements about the Sultanah of Terengganu. The trial proceeded in the absence of the accused after multiple attempts to secure her presence failed. (Paras 1, 4, 8)
Findings of Court:
The court found that the prosecution established a prima facie case against the accused, fulfilling all elements of defamation under Section 500. The court imposed a sentence of two years imprisonment. (Paras 65, 72)
Issues: The main issues included whether the accused had defamed the Sultanah and whether the trial could proceed in absentia. (Paras 1, 21)
Ratio Decidendi: The court ruled that the accused's failure to appear constituted a waiver of the right to be present, and the evidence presented was sufficient to support the charges of defamation. (Paras 21, 65)
Result: The accused was found guilty and sentenced to two years imprisonment. (Paras 72)
PENGHAKIMAN
[1] Orang kena tuduh (OKT), Clare Brown adalah seorang warganegara United Kingdom telah dituduh dibawah s 500 kanun Keseksaan kerana menulis sebuah buku yang bertajuk "The Sarawak Report - The Inside Story of the 1MDB Expose" di mana di dalamnya pada ms 3, perenggan 4 baris 7 mengandungi tohmahan iaitu "...the wife of the sultan..." kepada KDYMM Sultanah Terengganu yang menjadi kesalahan yang boleh dihukum di bawah s 500 Kanun keseksaan.
[2] Pertuduhan adalah sebagaimana berikut:
"Bahawa kamu pada 14 September 2018 jam lebih kurang 8.00 pagi di Lot 60048, Taman Chendering Utama, 21080, di dalam Daerah Kuala Terengganu dalam Negeri Terengganu telah menulis sebuah buku yang bertajuk "The Sarawak Report - The Inside Story of the 1MDB Expose" di mana di dalamnya pada ms 3, perenggan 4, baris 7 mengandungi tohmahan seperti mana yang digariskan iaitu "the wife of the sultan," terhadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah yang merupakan satu fitnah di mana kamu mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa tohmahan tersebut akan merosakkan nama baik Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah s 500 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen yang sama."
Hukuman: Penjara yang boleh sampai tempoh 2 tahun atau denda atau dengan kedua-duanya sekali.
[3] Perbicaraan telah dijalankan secara tanpa kehadiran tertuduh ("in absentia") sebagaimana peruntukan di bawah s 425A Kanun Tatacara Jenayah. Usaha membawa OKT ke mahkamah telah gagal setelah beberapa kali lanjutan waran tangkap telah gagal disempurnakan dan juga "Red Notice" juga telah dinafikan oleh pihak Interpol atas dua prinsip termaktub dalam art 2 & 3 Interpol.
[4] Setelah perbicaraan tertangguh akibat permohonan peguam OKT di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, akhirnya perbicaraan dapat diteruskan pada 16 Oktober 2023 dan seterusnya Mahkamah ini pada 7 Februari 2024 telah membuat membacakan keputusan tanpa kehadiran OKT (in absentia) dimana OKT didapati bersalah dan disabitkan sebagaimana pertuduhan. OKT telah dijatuhkan hukuman penjara 2 tahun.
[5] Satu rayuan telah difailkan oleh Messrs Guok Partnership yang mewakili OKT pada 8 Februari 2024 merayu terhadap keseluruhan kes terhadap sabitan dan hukuman ke Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.
Kronologi Kes
[6] Pada 23 September 2021 Pihak Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa, Raya Engku Ahmad Rashdi Bin Engku Abdilah (Pengarah Pendakwaan Negeri Terengganu) bersama Timbalan Pendakwa Raya, Puan Haslinda Che Seman dan Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Zulkifli telah hadir di hadapan Majistret Puan Nordiana binti Abd Aziz di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu (2) bagi membuat pertuduhan terhadap OKT dalam kes ini.
[7] Pihak pendakwaan memaklumkan kepada mahkamah yang mulia ini bahawa Pegawai Penyiasat ada berkomunikasi dengan OKT dan memaklumkan berkenaan pertuduhan yang akan dibuat pada tarikh tersebut. Namun tertuduh memaklumkan tidak akan hadir perbicaraan di Mahkamah dan pihak pendakwaan telah memohon perbicaraan ini dijalankan secara "in absentia" di bawah s 425A Kanun Tatacara Jenayah memandangkan OKT kini berada di United Kingdom.
[8] Puan Majistret yang bersidang pada ketika itu telah membuat dapatan bahawa tertuduh telah dimaklumkan untuk hadir prosiding Mahkamah pada hari tersebut, namun enggan hadir ke Mahkamah dan dengan itu telah mengenepikan haknya untuk hadir semasa perbicaraan. Prosiding akan dijalankan tanpa kehadiran tertuduh di bawah s 425A Kanun Tatacara Jenayah dan satu waran tangkap telah dikeluarkan terhadap OKT sebagaimana peruntukkan di bawah s 47 Kanun Tatacara Jenayah selepas dipohon oleh pihak pendakwaan.
[9] Pada tarikh sebutan pada 23 November 2021, pihak pendakwaan memaklumkan bahawa waran tangkap gagal disempurnakan. Waran tangkap dalam Bahasa Inggeris juga telah diserahkan kepada Interpol dan siaran media dikeluarkan oleh PDRM. Puan Majistret pada ketika itu telah membenarkan waran tangkap di