SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2011 MarsdenLR 1323

AZMAN ABDULLAH
SITI RASHIDAH RAZALI & YANG LAIN – Appellant
Versus
PP – Respondent



Sequential conviction under anti-trafficking laws requires proving exploitation, which was not established in this case, leading to the substitution of charges under immigration law.

Headnote:(A) Anti-Trafficking in Persons Act 2007 (Act 670) - Sections 12 and 14 - Defendants convicted of human trafficking charges, pleading guilty - Sentences imposed were three years for three defendants and varying terms for the fourth - Assessed under revisionary powers for sentence legality - Court found essential elements of exploitation not proven, focusing on the nature of the defendants' actions - Court overturned original convictions for trafficking, substituting with a conviction under Section 56(1)(d) of the Immigration Act 1959/63. (Paras 1-34)

(B) Criminal Procedure - Specificity in charges - The requirement that charges must be clearly stated to inform accused of what they face - The court emphasized that elements of exploitation must be specific in human trafficking charges to ensure fair notice. (Paras 23-24)

Table of Content
1. charges against appellants under trafficking laws. (Para 1 , 2 , 3)
2. definitions of trafficking offenses under the law. (Para 4 , 5 , 6)
3. prosecution lacks evidence of exploitation. (Para 8 , 11 , 14)
4. testimonies reveal lack of coercion. (Para 12 , 13 , 22)
5. requirements for establishing an exploitation claim. (Para 16 , 18 , 25)
6. appeal outcome and alterations in conviction. (Para 32 , 34)

(1) Keempat-empat perayu adalah dituduh di Mahkamah Sesyen Kota Bharu dengan dua pertuduhan di bawah s. 12 dan 14 Akta Antipemerdagangan Orang 2007 (Akta 670) (Anti-trafficking in Persons Act 2007) dan dibicarakan bersama (kes no 62-93-2009 dan 62-94-2009). Kesemua perayu telah mengaku salah ke atas kedua-dua pertuduhan dan Tuan Majistret telah menjatuhkan hukuman seperti berikut:

Perayu 1, 2 dan 3 dikenakan hukuman penjara tiga tahun dari tarikh tangkap berjalan secara serentak untuk kedua-dua pertuduhan.

Perayu ke 4 dikenakan hukuman penjara empat tahun untuk pertuduhan pertama dan penjara lima tahun untuk pertuduhan kedua juga berjalan serentak dari tarikh tangkap.

(2) Mereka tidak berpuas hati terhadap sabitan dan hukuman. Di dalam notis rayuan dan petisyen rayuan oleh perayu-perayu mereka merayu terhadap hukuman dan kesahihan hukuman. Peguambela di dalam petisyen rayuannya memohon secara alternatif Mahkamah Tinggi mengunakan kuasa semakan (revisionary powers) di bawah s. 323 Kanun Tatacara Jenayah untuk membuat ulangkaji kehakiman tentang kesahihan hukuman ke atas perayu-perayu atau mana-mana perintah lain demi keadilan atas alasan fakta kes tidak terjumlah kepada kesalahan di dalam kedua-dua pertuduhan.

(3) Pertuduhan Pertama; Kes No SKB(A) 62-93-09

Bahawa kamu bersama-sama pada 09.08.2009 jam lebih kurang 7.20 malam di Lot 19, Kampung Kubang Panjang, Lemal, Pasir Mas, 17000 dalam Jajahan Pasir Mas dalam Negeri Kelantan telah didapati memperdagangkan orang yang bukan merupakan kanak-kanak, iaitu;

1. Abdul Rohim

(Lelaki - 28 tahun) Warganegara; Myanmar

2. Biata

(Lelaki - 25 tahun) Warganegara; Myanmar

3. Nng Dhay @ Mung Thwi

(Lelaki - 41 tahun) Warganegara; Myanmar

4. Aung Aung

(Lelaki - 20 tahun) Warganegara; Maynmar

5. Ko Kyaw

(Lelaki - 35 tahun) Warganegara; Myanmar

6. Tun Lim

(Lelaki - 25 tahun) Warganegara; Myanmar

7. Mg Tham

(Lelaki - 25 tahun) Warganegara; Myanmar

8. Rahimah

(Perempuan - 35- tahun) Warganegara; Myanmar

9. We We @ Fatimah

(Perempuan - 20 tahun) Warganegara; Myanmar

Bagi maksud eksploitasi. Oleh itu kamu semua telah melakukan suatu kesalahan di bawah s. 12 Akta Antipemerdagangan Orang 2007 (Akta 670) dibaca bersama-sama seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Pertuduhan Kedua; Kes No 62-94-09

Bahawa kamu bersama-sama pada 09.08.2009 jam lebih kurang 7.20 malam di Lot 19, Kampung Kubang Panjang, Lemal, Pasir Mas, 17000 dalam Jajahan Pasir Mas dalam Negeri Kelantan telah didapati memperdagangkan orang yang merupakan kanak-kanak, iaitu;

1. Rahina

(Kanak-kanak Perempuan - 12 tahun) Warganegara: Myanmar

2. Suabidah

(Kanak-kanak Perempuan - 9 tahun) Warganegara: Myanmar

3. Solihah

(Kanak-kanak Perempuan - 2 tahun) Warganegara: Myanmar

Bagi maksud eksploitasi. Oleh itu kamu semua telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang 2007 (Akta 670) dibaca bersama-sama seksyen 34 Kanun Keseksaan.

(4) Peruntukan s. 12 dan 14 Akta Antipemerdagangan Orang 2007 (Akta 670) adalah seperti berikut:

Seksyen 12; Kesalahan pemerdagangan orang

Mana-mana orang, yang memperdagangkan orang yang bukan merupakan seorang kanak-kanak, bagi maksud eksploitasi, melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima belas tahun, dan boleh juga didenda.

(5)Seksyen 14; Kesalahan pemerdagangan kanak-kanak

Mana-mana orang, yang memperdagangkan orang yang merupakan seorang kanak-kanak, bagi maksud eksploitasi, melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada tiga tahun

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top