SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2023 MarsdenLR 1077

MAHKAMAH PERUSAHAAN KUALA LUMPUR
KIRENDHARSHNEE THIAGARAJAH LWN. MBITS DIGITAL SDN BHD
Award No: 1801 Tahun 2023 [No Kes: 2/4-753/22]



Petitioner Advocates:Mohan Ramakrishnan,Nishanthinee Palanimalai ,Respondent Advocate: Stanley Phang Weng Lam,Grace Chin Kah Fui

The court ruled that the employer failed to prove just cause for termination, establishing that the claimant was an employee, not an independent contractor.

Headnote:(A) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 - Seksyen 20(3) - Pemecatan pekerja - Penamatan kontrak perkhidmatan tanpa sebab yang adil - Mahkamah memutuskan bahawa terdapat ikatan pekerja-majikan dan pihak Syarikat gagal membuktikan penamatan adalah dengan just cause - Pihak Syarikat tidak dapat membuktikan bahawa Yang Menuntut adalah 'independent contractor' - Kewujudan bukti bahawa Yang Menuntut menjalankan tugas di bawah pemantauan pihak Syarikat menunjukkan hubungan pekerjaan yang sah. (Paras 30, 34, 54, 56)

(B) Beban Pembuktian - Majikan bertanggungjawab untuk membuktikan penamatan dilakukan atas sebab yang adil - Mahkamah berpegang kepada prinsip imbangan kebarangkalian dalam menilai bukti yang dikemukakan. (Paras 33, 34, 58)

(C) Remedi - Pekerja dalam tempoh percubaan memiliki hak yang sama seperti pekerja tetap dan tidak boleh ditamatkan tanpa sebab yang adil - Mahkamah memutuskan pampasan gaji kebelakangan sebanyak RM19,200.00 perlu dibayar kepada Yang Menuntut. (Paras 56, 59)

Table of Content
1. background of employment and contract terms. (Para 1 , 2 , 3 , 4 , 5)
2. dispute over employment status and duties. (Para 6 , 7 , 8 , 9 , 10 , 11)
3. claims of unpaid statutory contributions. (Para 12 , 13 , 14 , 15 , 16)
4. termination meeting and employer's statements. (Para 17 , 18 , 19 , 20 , 21)
5. performance appraisal and employer's feedback. (Para 22 , 23 , 24 , 25 , 26)
6. legal standards for dismissal and employer's burden. (Para 27 , 28 , 29 , 30 , 31)
7. burden of proof in dismissal cases. (Para 32 , 33 , 34 , 35 , 36)
8. determining employee status based on duties. (Para 37 , 38 , 39 , 40 , 41)
9. continuity of service and assumptions of renewal. (Para 42 , 43 , 44 , 45 , 46)
10. evaluation of performance and employer's prerogative. (Para 47 , 48 , 49 , 50 , 51)
11. conclusion on unfair dismissal. (Para 52 , 53 , 54 , 55 , 56)
12. compensation awarded to the claimant. (Para 57 , 58 , 59)
Mohd Zulbahrin Zainuddin:

Rujukan

[1] Prosiding di hadapan Mahkamah ini adalah lanjutan daripada rujukan yang dibuat oleh Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan Malaysia di bawah s 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967, berhubung dengan pembuangan kerja Kirendharshnee a/p Thiagarajah ("Yang Menuntut") pada 22 Februari 2021 oleh Mbits Digital Sdn Bhd ("pihak Syarikat").

Latar Belakang Perkhidmatan Yang Menuntut

[2] Melalui 'Letter of Offer' bertarikh 30 September 2020 (CLB1, ms 1-3) Yang Menuntut telah diterima bekerja dengan pihak Syarikat sebagai 'Digital Content Executive' bermula pada 5 Oktober 2020 dengan gaji permulaan sebanyak RM2,400.00 sebulan.

[3] Melalui surat bertarikh 2 Januari 2021 (CLB1, ms 4) Yang Menuntut telah diiktirafkan (certified) sebagai pekerja pihak Syarikat.

[4] Perkhidmatan Yang Menuntut adalah berbentuk kontrak (contractual employment) yang tertakluk kepada pembaharuan setiap tahun (annual renewal). Menurut Yang Menuntut, beliau telah dimaklumkan bahawa kontrak pertama beliau adalah sehingga 31 Disember 2020 dan selaras dengan polisi pihak Syarikat ianya akan diperbaharui pada bulan Disember 2020 dengan penyambungan baru dari 1 Januari 2021 hingga 31 Disember 2021.

[5] Menurut Yang Menuntut, pihak Syarikat telah berjanji untuk memberikan beliau sesalinan kontrak perkhidmatan (COB1, ms 1-13) yang telah lengkap ditandatangani oleh kedua-dua pihak namun telah gagal berbuat demikian hingga ke tarikh penamatan beliau.

[6] Pihak Syarikat menegaskan bahawa berdasarkan kepada 'Contract For Service' (COB1, ms 1-13) di antara Yang Menuntut dan pihak Syarikat yang berkuatkuasa pada 5 Oktober 2020, perkhidmatan Yang Menuntut hanyalah sebagai 'independent contractor' dan bukan sebagai 'servant', 'employee' atau 'agent of the Company'.

[7] Sepanjang perkhidmatan, pihak Syarikat menegaskan bahawa ia tidak pernah membuat apa-apa janji atau representasi kepada Yang Menuntut bahawa beliau telah dilantik sebagai pekerja pihak Syarikat.

[8] Pihak Syarikat tidak menafikan bahawa terma 'Contract For Service' itu akan berakhir pada 31 Disember 2020, namun, menegaskan bahawa ia tidak pernah membuat janji kepada Yang Menuntut bahawa kontrak tersebut akan diperbaharui dari 1 Januari 2021 hingga 31 Disember 2021 dan Yang Menuntut juga akan diberikan faedah perkhidmatan yang lain.

[9] Yang Menuntut adalah satu-satunya pekerja pihak Syarikat di jabatan PLAY (Department of PLAY) yang diketuai oleh Ian Chin dan berperanan untuk membantu beliau. Pihak Syarikat tidak menafikan bahawa Yang Menuntut adalah satu-satunya kontraktor yang dilantik oleh pihak Syarikat untuk membantu Ian Chin yang merupakan ketua jabatan PLAY.

[10] Yang Menuntut telah melaksanakan tugasnya dengan tekun sepanjang tempoh perkhidmatan berpandukan kepada senarai tugasan yang diberikan. Perkara ini tidak dinafikan oleh pihak Syarikat kerana senarai tugasan tersebut adalah 'scope of services' yang terkandung di dalam 'Contract For Service'.

[11] Selain daripada membantu Ian Chin, Yang Menuntut telah diberikan tugasan tambahan yang terkeluar daripada skop kerjanya yang sebe

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
logo-black

An indispensable Tool for Legal Professionals, Endorsed by Various High Court and Judicial Officers

Please visit our Training & Support
Center or Contact Us for assistance

qr

Scan Me!

India’s Legal research and Law Firm App, Download now!

For Daily Legal Updates, Join us on :

whatsapp-icon Back to top