2023 MarsdenLR 1094
MAHKAMAH SESYEN MERSING
PENDAKWA RAYA LWN. RAFAELLATIF ROHAILAN
[Kes Tangkap No: JJ-83JS-1-08/2021]
Prosecution must prove charges beyond a prima facie case, highlighting the necessity for corroboratory evidence, especially in sexual offense cases.
Headnote:This judgment involves several charges against the accused under Section 354 of the Penal Code for criminal intimidation. The court found inconsistencies in witness testimonies and highlighted the failure of the prosecution to prove prima facie cases due to several procedural discrepancies, ultimately leading to the acquittal of the accused. The court emphasized the necessity of corroborative evidence in sexual offenses and the procedural requirements under criminal procedure law.
| Table of Content |
|---|
| 1. key factual backdrop of accusations and initial reports by witnesses. (Para 1 , 2 , 3 , 6 , 7 , 8) |
| 2. presentation of defenses highlighting procedural flaws and evidence gaps. (Para 9 , 12 , 20 , 44) |
| 3. court analysis reinforcing the need for corroborative support and proper charge procedures. (Para 10 , 11 , 15 , 19 , 23) |
| 4. final evaluations leading toward the ruling of acquittal based on lack of evidence. (Para 36 , 37 , 39 , 40) |
| 5. conclusive judgment stating the acquittal of the accused. (Para 46) |
Pertuduhan
[1] Pertuduhan-pertuduhan terhadap OKT:
Pertuduhan Pertama:
Bahawa kamu pada 25 Julai 2021 jam lebih kurang 1.00 petang bertempat di Hotel Seri Malaysia Mersing, di dalam Daerah Mersing dalam Negeri Johor dengan menggunakan kekerasan jenayah kepada Khalijah binti Ibrahim Kpt: 980705-01-7096 dengan maksud untuk mencabul kehormatannya, dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah s 354 Kanun Keseksaan .
Pertuduhan Kedua:
Bahawa kamu pada 3 Ogos 2021 jam lebih kurang 7.30 pagi bertempat di Hotel Seri Malaysia Mersing, di dalam Daerah Mersing dalam Negeri Johor dengan menggunakan kekerasan jenayah kepada Nor Afizah binti Ahmad Kpt: 831204-01-5392 dengan maksud untuk mencabul kehormatannya, dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah s 354 Kanun Keseksaan .
Pertuduhan Ketiga:
Bahawa kamu pada pertengahan bulan Jun tahun 2021 jam lebih kurang 9.30 pagi bertempat di Hotel Seri Malaysia Mersing, di dalam Daerah Mersing dalam Negeri Johor dengan menggunakan kekerasan jenayah kepada Norinshah binti Zakaria Kpt: 730526-02-5734 dengan maksud untuk mencabul kehormatannya, dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah s 354 Kanun Keseksaan
Fakta Kes
[2] SP1 [Nor Afizah binti Ahmad], SP5 [Norinshah Binti Zakaria], dan SP6 [Khalijah Binti Ibrahim] masing-masing merupakan bekas pekerja dan pekerja di Hotel Seri Malaysia, Mersing.
[3] OKT juga merupakan seorang pekerja di Hotel Seri Malaysia, Mersing sejak 15 Disember 2015 dan jawatan terakhir OKT sebelum dituduh adalah seorang Pengurus Hotel.
[4] Pada 3 Ogos 2021, SP1, SP5 dan SP6 telah membuat laporan Polis berkenaan kejadian cabul yang dilakukan oleh OKT terhadap ketiga-tiga mangsa ini. Kesemua Laporan Polis ini telah dikemukakan dan ditandakan sebagai P1, P6 dan P7.
[5] SP1 di dalam keterangannya menyatakan bahawa beliau telah dicabul sebanyak 3 kali pada tarikh 3 Ogos 2021. Kejadian pertama berlaku sekitar jam 7.30 pagi di Cafe D Tanjung Hotel Seri Malaysia, Mersing dimana OKT telah memegang bahu kiri SP1. Kejadian kedua berlaku sekitar jam 8.15 pagi dihadapan bilik OKT dimana OKT telah memakaikan jam tangan di sebelah kanan tangan SP1 dan membukanya semula oleh kerana tidak muat. Kejadian ketiga berlaku sekitar jam 12.30 tengah hari ketika SP1 pergi ke bilik OKT untuk mengambil semula bekas makanan dan OKT telah bertindak menepuk punggung SP1 dan tersenyum.
[6] Selepas ketiga-tiga kejadian ini berlaku, SP1 terus memaklumkan perkara ini kepada SP2 [Mohamad Haidhir bin Shawal] iaitu Eksekutif Pemasaran di Hotel Seri Malaysia, Mersing dan selanjutnya membuat Laporan Polis P1 bagi ketiga-tiga kejadian cabul terhadap beliau.
[7] SP5 adalah merupakan seorang 'housekeeping' di Hotel Seri Malaysia. Di dalam keterangannya beliau mengatakan telah dicabul oleh OKT dengan cara OKT telah menggesel kemaluannya pada bahagian belakang [punggung] SP5 ketika sedang mengemaskan troli 'housekeeping' beliau. Kejadian cabul ini dikatakan berlaku pada sekitar Jun dan selepas kejadian, SP5 telah membuat aduan kepada pihak Integriti namun tiada sebarang maklumbalas diberikan. SP5 selanjutnya ada memaklumkan kepada SP2 berkenaan kejadian cabul ini dan diarahkan membuat aduan kepada pihak atasan. SP2 telah membuat Laporan Polis pada 3 Ogos 2021 setelah diarahkan oleh SP2 sejurus selepas OKT ditahan bagi kes lain yang melibatkan dadah.
[8] SP6 adalah bekas pekerja Hotel Seri Malay