SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2025 MarsdenLR 803

MAHKAMAH TINGGI MALAYA SHAH ALAM
PERBADANAN PENGURUSAN EVENHAM LWN. ABU BAKAR ABD GHANI & SATU LAGI
[Saman Pemula No: BA-24NCvC-618-03/2025]



Petitioner Advocates:Sharmaine Mok Jia Ci,Muhammad Yazid Mohammad Salim,Aiman Fitri Johar ,Respondent Advocate: Joshua Sambanthan,Angeline Nga Wen Qi

Pembatalan Saman Pemula dibenarkan kerana prosiding berganda, dengan keutamaan diberikan kepada isu yang belum diputuskan di tribunal mengikut Akta Pengurusan Strata 2013.

Headnote:(A) Akta Pengurusan Strata 2013 - Seksyen 106 - Permohonan membatalkan Saman Pemula - Mahkamah memutuskan bahawa permohonan dibenarkan kerana ia merupakan prosiding berganda - Persoalan bidang kuasa tribunal yang menghalang pendengaran di mahkamah - Peruntukan undang-undang mengenai pembatalan pliding dalam Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 telah dipatuhi. (Paras 11, 29, 30, 32)

(B) Pembatalan pliding - Prinsip bahwa jika suatu tuntutan telah difailkan di tribunal, isu yang dipertikaikan tidak boleh didengar di mahkamah - Mahkamah bersetuju untuk membatalkan Saman Pemula setelah meneliti kes dan hujahan, mengiktiraf keutamaan prosiding yang sedang berjalan di tribunal. (Paras 26, 29)

Facts of the case:
Plaintif memohon untuk mendeklarasi pembatalan Saman Pemula yang difailkan berkenaan pengubahsuaian Musolla Avenham oleh defendan. Defendan menentang permohonan tersebut atas alasan bahawa Saman Pemula adalah pramatang dan berkait dengan prosiding yang sedang berjalan di tribunal.

Findings of Court:
Mahkamah memutuskan bahawa Saman Pemula perlu dibatalkan kerana sudah wujud isu serupa dalam prosiding lain di tribunal yang belum diputuskan. Mahkamah tidak wajar meneruskan kes di mahkamah selagi isu yang sama dibicarakan di tribunal.

Issues: (i) Sama ada Saman Pemula adalah prosiding berganda dan perlu dibatalkan. (ii) Sama ada mahkamah mempunyai bidang kuasa untuk mendengar Saman Pemula tanpa memberi laluan kepada prosiding di tribunal.

Ratio Decidendi: Mahkamah memutuskan bahawa peruntukan s 106 Akta Pengurusan Strata 2013 menghalang mahkamah daripada mendengar kes yang diadili di tribun, menekankan pentingnya mengelakkan pertindihan prosiding. Keputusan dibuat berdasarkan prinsip tidak membenarkan dua mahkamah memutuskan isu yang sama antara pihak yang sama.

Result: Saman Pemula dibatalkan dengan kebebasan memfailkan semula dengan kos.

Table of Content
1. factual background of the case and parties involved. (Para 1 , 3 , 4 , 5 , 6 , 7)
2. defendants' grounds for seeking dismissal of the suit. (Para 8 , 9)
3. court's observations on the overlap of claims between proceedings. (Para 10 , 11 , 13 , 14 , 15 , 16 , 17 , 19 , 20 , 24)
4. legal principles guiding the court's decision-making process. (Para 12 , 22 , 26 , 29 , 31)
Hazizah Kassim PK:

(Kandungan 13)

A. Pendahuluan

[1] Ini merupakan permohonan oleh defendan-defendan untuk membatalkan Saman Pemula bertarikh 14 Mac 2025. Pada 27 Julai 2025, permohonan defendan-defendan telah dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi.

[2] Pihak plaintif telah merayu dan berikut adalah asas-asas keputusan mahkamah ini membenarkan Saman Pemula dibatalkan.

B. Fakta Material

[3] Plaintif merupakan badan pengurusan yang ditubuhkan pada 8 Oktober 2020 di bawah Akta Hak Milik Strata 1985 selain pemilik harta bersama. Plaintif dianggotai oleh pemilik-pemilik petak berdaftar bagi hak milik-hak milik strata di Avenham Garden, Eco Grandeur.

[4] Avenham Garden, Eco Grandeur adalah projek perumahan strata yang berpagar dan dikawal dengan 812 petak hak milik strata yang terletak atas hak milik induk Pajakan Negeri 116851 Lot 45433, Mukim Ijok Daerah Kuala Selangor, Negeri Selangor. Antara lain kemudahan yang disediakan di Avenham adalah gelanggang bola keranjang, parkir kereta pelawat, taman permainan, gymnasium selain musolla yang terletak di Bangunan Community Centre, Eco Grandeur, Avenham Garden, Bandar Puncak Alam.

[5] 1st Defendant merupakan Pengerusi Badan Pengurusan Bersama (JMB) Avenham bagi tahun 2020-2021. Beliau ialah pemilik berdaftar dan penghuni sebuah hartanah di Avenham beralamat di No. 13, Jalan Eco Grandeur 2/1D, Eco Grandeur, 42300 Bandar Puncak Alam, Selangor.

[6] Manakala 2nd Defendant merupakan penghuni di 36, Jalan Eco Grandeur 2/2K, 42300 Bandar Puncak Alam, Selangor. 2nd Defendant dilantik sebagai Pentadbir Musolla Avenham sejak 22 Januari 2022. Antara lain tugas 2nd Defendant di bawah garis panduan pentadbir oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) adalah menguruskan sepenuhnya pentadbiran dan kewangan Musolla Avenham. Defendan kedua dihalang daripada melakukan pengubahsuaian musolla Avenham tanpa kebenaran plaintif selain dilarang daripada mengutip khairat tanpa kebenaran Majlis Agama Islam Selangor.

[7] Plaintif mendakwa defendan-defendan telah melakukan kerja- kerja pengubahsuaian Musolla Avenham tanpa kebenaran plaintif dan melanggar peraturan dan undang-undang sedia ada. Melalui Saman Pemula, plaintif memohon antara lain perintah-perintah berikut:

a) Deklarasi bahawa defendan-defendan tertakluk kepada pematuhan Undang-undang Kecil Tambahan Avenham Garden, Eco Grandeur dan undang-undang berkuat kuasa tentang penggunaan hartanah masing-masing bagi defendan-defendan.

b) Satu Deklarasi bahawa Musolla yang terletak di Bangunan Community Centre, Eco Grandeur, Avenham Garden, 42300 Bandar Puncak Alam ("Musolla Avenham") merupakan harta bersama, dan pengurusan dan pentadbiran Musolla Avenham adalah tertakluk kepada Undang-Undang Kecil Tambahan Avenham Garden, Eco Grandeur dan undang- undang dan peraturan-peraturan semasa yang berkuat kuasa.

c) Satu Deklarasi bahawa kerja-kerja pengubahsuaian yang dilakukan oleh atau disebabkan dilakukan oleh defendan-defendan ke atas Musolla Avenham, tanpa usul yang telah dibentangkan dan dipertimbangkan dalam Mesyuarat Agung plaintif dan tanpa kelulusan sewajarnya melalui resolusi, adalah pelanggaran Undang-Undang Kecil Tambahan Avenham Garden, Eco Grandeur dan undang- undang dan peraturan peraturan semasa yang berkuat kuasa, dan adalah salah dan tidak sah.

d) Satu Deklarasi bahawa 1st Defendant telah melanggar Undang-Undang Kecil Tambahan Avenham Garden, Eco Grandeur dengan menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian ke atas Musolla Avenham tanpa kebenaran, membenarkan bahan-bahan binaan / pengubahsuaian dihantar secara tidak sah dan diletakkan di Musolla Avenham, membenarkan bahan-bahan binaan / pengubahsuaian d

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top