SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2025 MarsdenLR 1737

MAHKAMAH SESYEN GEORGETOWN
PROMPT PAY SDN BHD LWN. LEE CHEE YOUNG
[Guaman Sivil No: PA-A52NCC-127-08/2024]



Mahkamah membenarkan pindaan pembelaan setelah menilai kajian kes, mendapati permohonan adalah bona-fide dan tidak memprejudiskan pihak lain.

Headnote:(A) Pertikaian kontrak - Prinsip Am - Permohonan Pindaan Pembelaan - Mahkamah mempertimbangkan sama ada permohonan dibuat secara bona-fide, memprejudiskan pihak, dan mengubah karektor tuntutan. (Paras 3, 6)

(B) Pembelaan dan Tuntutan Balas - Defendan telah mengemukakan bukti baru berkaitan perjanjian pinjaman wang yang relevan untuk perbicaraan dan tidak memprejudiskan pihak lain. (Paras 7-10)

(C) Kelewatan - Mahkamah menilai kelewatan pemfailan dan mendapati bahawa defendan tidak mengalami kelewatan yang melampau. (Paras 8, 9)

(D) Keputusan - Mahkamah membenarkan permohonan pindaan yang dipohon oleh Defendan. (Para 11)

Table of Content
1. procedural background of the defense's amendment application. (Para 1 , 2)
2. criteria for considering amendment applications in court. (Para 3)
3. arguments against the defendant's amendment application. (Para 4 , 5)
4. court's reasoning supporting the amendment. (Para 6 , 7 , 8 , 9 , 10)
Sharmila Abdul Samad HMS:

(Permohonan Pindaan Pembelaan - Lampiran 58)

[1] Ini merupakan satu tuntutan kes oleh Plaintif berkaitan pinjaman wang oleh defendan yang dikatakan gagal dibayar oleh defendan. Defendan didalam kes ini kemudian nya telah memfailkan pembelaan dan tuntutan balas didalam kes ini. Selepas memfailkan pembelaan dan tuntutan balas tersebut, defendan kemudian nya telah memfailkan permohonan pindaan bagi pembelaan dan tuntutan balas tersebut.

[2] Secara umumnya pindaan yang dicadangkan oleh defendan adalah merangkumi perkara-perkara berikut:

(a) Menambahkan tajuk baru bagi guaman ini (lihat ms 1 Cadangan Pindaan Pembelaan dan Tuntutan Balas);

(b) Membetulkan butiran-butiran pihak dalam guaman ini (lihat perenggan 5 Cadangan Pindaan Pembelaan dan Tuntutan Balas);

(c) Membetulkan kesalahan penaipan, bahasa dan/atau terma-terma berhubung dengan isu undang-undang yang digunakan untuk memastikan ketepatan pliding (lihat perenggan 11, 16, 35, 36, 37 dan 38 Cadangan Pindaan Pembelaan dan Tuntutan Balas);

(d) Membetulkan dan/atau mengeluarkan fakta-fakta dan/atau isu-isu undang yang tidak lagi relevan (lihat perenggan-perenggan 1 Cadangan Pindaan Pembelaan dan Tuntutan Balas);

(e) Memberikan gambaran yang lebih lanjut dan jelas atas perubahan keadaan-keadaan yang telah berlalu dan/atau perkembangan fakta-fakta baru semenjak pemfailan Pembelaan dan Tuntutan Balas (lihat perenggan 12, 13, 14, 16A, 17, 21, 25, 34, 34A Cadangan Pindaan Pembelaan dan Tuntutan Balas);

(f) Memplidkan, membutirkan dan/atau menjelaskan fakta-fakta material yang ditemui oleh Defendan baru-baru ini berdasarkan bukti-bukti baru, terutamanya, Perjanjian-Perjanjian Pinjaman Wang dan invois-invois palsu yang disediakan oleh EWG Advisory yang kesemuanya diperolehi melalui Afidavit Sokongan yang diikrarkan oleh Sim Hing Foo dan Sim Hing Keat masing-masing pada 28 November 2023 (Lampiran 17) dan 29 November 2023 (Lampiran 19) (lihat perenggan-perenggan 12, 13, 14, 16A, 17, 21, 25, 34, 34A Cadangan Pindaan Pembelaan dan Tuntutan Balas);

(g) Untuk memplidkan fakta-fakta yang relevan untuk perbicaraan dan/atau isu-isu yang kontroversi di antara pihak-pihak (lihat perenggan-perenggan 12, 13, 14, 16A, 17, 21, 25, 34, 34A Cadangan Pindaan Pembelaan dan Tuntutan Balas).

(h) Kebanyakan cadangan pindaan adalah bertujuan untuk memplidkan fakta-fakta material berhubung dengan Perjanjian-Perjanjian Pinjaman Wang dan invois-invois palsu yang disediakan oleh EWG Advisory yang hanya ditemui oleh Plaintif selepas pemfailan Pembelaan dan Tuntutan Balasnya.

[3] Adalah menjadi undang-undang mantap bahawa sebelum mahkamah menimbang kan sesuatu pindaan mahkamah haruslah menimbangkan sama ada:

i. Permohonan tersebut dibuat secara bona-fide.

ii. Sama ada ianya adalah memprejudiskan sebelah pihak dan boleh dipampaskan dengan kos.

iii. Sama ada ianya mengubah karektor tuntutan itu kepada karektor tuntutan yang lain.

(Rujuk Yamaha Motor Co Ltd v. Yamaha (M) Sdn Bhd & Ors [1982] 1 MLRA 417; ; [1983] CLJ (Rep) 428)

[4] Defendan dalam memfailkan tuntutan balas terhadap plaintif sebagai defendan pertama, telah menamakan seorang lagi defendan sebagai defendan kedua. Justeru, pihak-pihak tersebut telah membantah permohonan ini atas alasan-alasan berikut:

(a) Permohonan ini telahpun lewat dibuat sedangkan maklumat tersebut telah pun sedia ada. (Rujuk Hong Leong Finance Bhd v. Low Thiam Hoe & Another Appeal ; )

(b) Fakta-fakta yang ingin dipinda langsung tidak berkaitan dan tidak merujuk kepada perjanjian-perjanjian pinjaman wang antara Plaintif.

(c) Permohonan tersebut memprejudiskan pihak-pihak kerana cadangan pernyataan pembelaan dan tuntutan balas akan menambah pembelaan baharu dan mengubah sifail

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top