SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2025 MarsdenLR 3666

MAHKAMAH TINGGI MALAYA KLANG
PENDAKWA RAYA LWN. MUHAMMAD AFIQ ABDULLAH
[Perbicaraan Jenayah No: BL-45A-25-09/2021]



Possession of drugs requires both custody and knowledge, which can be inferred from the accused's actions, such as fleeing, and not merely denied through claims of transport for others.

Headnote:(A) Dangerous Drugs Act 1952 - Sections 39B(1)(a) and 39B(2) - Accused charged with trafficking in methamphetamine - Prosecution established possession and knowledge of the accused over found drugs in the bag - Factors considered included the actions of the accused and statutory principles regarding possession. (Paras 1, 10, 18, 21)

(B) Legal definitions - Possession requires not just custody but also knowledge of the drugs - Knowledge can be inferred through circumstantial evidence including behavior such as fleeing from authorities. (Paras 9, 13, 15)

Facts of the case:
The accused was arrested while suspected of distributing methamphetamine. Drugs were found in a bag belonging to the accused during apprehension by police. The accused claimed the bag was not his and that he was transporting it for another person.

Findings of Court:
The court found the prosecution provided a prima facie case of possession and trafficking, noting the accused's control and knowledge of the drugs found.

Issues: The central issues revolved around proving possession, knowledge, and the validity of the accused's defense.

Ratio Decidendi: The court concluded that the actions of the accused sufficiently demonstrated knowledge and possession of the drugs, highlighting that mere transport of drugs for another cannot negate culpability.

Result: The accused was sentenced to life imprisonment and twelve strokes of the cane.

Table of Content
1. charges and evidence against the accused (Para 1 , 2 , 3 , 4 , 5 , 6)
2. arguments on proof of possession and knowledge (Para 7 , 8)
3. legal standards for possession and knowledge (Para 9 , 10 , 12 , 13 , 14 , 15 , 16)
4. accused's actions interpreted as possession for trafficking (Para 18 , 20)
5. judgment affirming evidence of trafficking (Para 21 , 22)
6. defendant's claims and defense presented (Para 23 , 24 , 25 , 26)
7. court's consideration of rehabilitation in sentencing (Para 27)
Norliza Othman H:

A. Latar Belakang

[1] OKT telah dituduh dengan satu (1) pertuduhan iaitu di bawah s 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah s 39B(2) Akta yang sama:

"Bahawa kamu pada 11 Februari 2021 jam lebih kurang 9 malam di tepi jalan bawah Blok J, Pangsapuri Seri Perantau 42000 Pelabuhan Klang dalam daerah Klang di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, telah didapati mengedar dadah berbahaya jenis Methaphetamine seberat 461.4 gram dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawahs 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah s 39B(2) Akta yang sama.

[2] OKT tidak mengaku salah dan pihak pendakwaan telah memanggil seramai empat (4) orang saksi bagi membuktikan satu kes prima facie terhadap OKT.

B. Fakta Kes Pendakwaan

[3] Pada 11 Februari 2021, jam lebih kurang 7 malam, SP3 (Insp Saiful Adzreen) menerima maklumat berkenaan dengan 1 lelaki melayu dengan panggilan "Afiq" menjalankan aktiviti pengedaran dadah di sekitar kawasan Flat Pangsapuri Seri Perantau dengan menggunakan motosikal jenis Yamaha 125 Z.

[4] Pada jam lebih kurang 9 malam, SP3 dan pasukan telah sampai di Kawasan pangsapuri tersebut dan 15 minit kemudian telah nampak 1 lelaki melayu dan hasil pemerhatian ke atasnya mendapati dia seolah-oiah sedang menunggu seseorang dan enjin motosikal tidak dimatikan. SP3 kemudian mengecam lelaki melayu itu sebagai OKT di Mahkamah.

[5] SP3 kemudian mengarahkan pasukannya untuk membuat kepungan dan bergerak ke arah OKT. Apabila SP3 menunjukkan kad kuasanya, OKT telah bertindak agresif dan telah cuba untuk melarikan diri namun tidak berjaya, Terdapat sedikit pergelutan dan berlaku kecederaan kecil ketika hendak menahan OKT. SP3 telah membuat pemeriksaan ke atas OKT dan telah merampas beg silang yang dipakai oleh OKT (ekshibit P10). Hasil pemeriksaan SP3 di dalam beg silang itu dijumpai barang-barang berikut:

i. 1 beg plastic bewarna oren (ekshibit P11)

ii. 49 paket plastic lutsinar berisi bahan disyaki dadah syabu (ekshibit P4(a), P4(b) (1 - 49)

iii. 1 beg duit warna hitam (ekshibit P12)

iv. 1 kad bank CIMB (ekshibit P12(a))

v. kad pengenalan OKT (ekshibit P12(b)

[6] SP3 kemudiannya telah menyerahkan barang kes dan OKT kepada SP4 (Insp Khairul Adha). SP4 telah menyimpan selamat barang- barang kes dan pada 18 Februari 2021 telah menghantar barang kes ke Jabatan Kimia Malaysia dan diterima oleh ahli kimia iaitu SP2 (En Hairui Nizwan bin Ab Manap). SP2 telah menganalisis barang- barang kes dan mendapati 49 paket plastik tersebut mengandungi keseluruhannya 461.4-gram Methamphetamine.

[7] Pihak pembelaan menghujahkan bahawa pendakwaan gagal untuk membuktikan pemilikan serta pengetahuan OKT akan dadah tersebut dan anggapan pengetahuan telah berjaya disangkal.

[8] Pihak pendakwaan menghujahkan bahawa elemen ini telah berjaya dibuktikan melalui keterangan SP3 yang merupakan pegawai serbuan yang telah menahan OKT di Blok J kawasan Pangsapuri Seri Perantau, Pelabuhan Kiang. Sebelum menahan OKT, SP3 dan pasukannya telah membuat pemerhatian selama 5 minit dan mendapati OKT yang menaiki motosikal Yamaha 125Z sedang menunggu seseorang dan enjin motosikal tidak dimatikan. Apabila SP3 dan pasukan serbuan menghampiri OKT dan memperkenalkan diri, dia cuba melarikan diri namun tidak berjaya dan berlaku sedikit pergelutan. Hasil pemeriksaan di dalam beg sandang yang dipakai oleh OKT, SP3 menjumpai 49 paket plastik dadah disyaki syabu dan selepas dianalisia oleh SP2, ianya adalah dadah jenis Methamphetamine.

[9] Ma

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top