SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2025 MarsdenLR 2408

MAHKAMAH SESYEN SEREMBAN
TENAGA NASIONAL BERHAD LWN. LOW CHEE KONG
[Guaman Sivil No: NA-A52NCVC-6-02/2023]



A default judgment is sustainable if obtained regularly, and excessive delay in challenging it undermines the defense's merit.

Headnote:(A) Rules of Court, 2012 - Application to set aside default judgment - Court must ascertain whether judgment was obtained regularly or irregularly - Delay in application and merit of defense are crucial factors - The judgment in this case was obtained regularly and the defendant's delay in applying was excessive, thus not justified. (Paras 10-12)

(B) Judicial principle on delay - A delay beyond the prescribed timeframe is significant and must be explained satisfactorily for the court to consider the defense. (Paras 16-22)

(C) Legal sufficiency of defense - Claims of lack of signature on contract and identity misuse deemed unmeritorious as they were unsupported by evidence. (Paras 24-25)

Facts of the case:
The defendant appealed against the decision denying their application to set aside the default judgment, claiming they were unaware of the judgment due to improper service. The plaintiff established proper service through alternate means.

Findings of Court:
The court found the default judgment was properly obtained, the defendant's delay in filing was excessive, and their defense lacked substance.

Issues: Whether the default judgment was regularly obtained, whether the defendant's delay was excusable, and whether their defense had merit.

Ratio Decidendi: The court affirmed that regularity in the obtaining of a default judgment is paramount and that failures to timely file applications or provide substantive defenses justify dismissal.

Result: Defendant's application to set aside the default judgment was denied.

Table of Content
1. defendant's application context outlined. (Para 1 , 3 , 4 , 5 , 6)
2. arguments of both parties presented. (Para 7 , 8)
3. court assesses validity of default judgment. (Para 9 , 10 , 11 , 12 , 13 , 14 , 15)
4. court evaluates delay in application submission. (Para 16 , 17 , 18 , 19 , 20 , 21 , 22)
5. defendant's defense found unmerited. (Para 24)
6. defendant's application dismissed. (Para 25)

[1] Defendan merayu terhadap keputusan Mahkamah bertarikh 11 Disember 2024 yang menolak permohonan Defendan melalui Notis Permohonan bertarikh 26 Ogos 2024 untuk mengetepikan Penghakiman Ingkar kehadiran terhadap Defendan yang bertarikh 28 April 2023.

[2] Setelah meneliti dengan berhati-hati dan bijaksana segala keterangan yang dikemukakan di hadapan Mahkamah ini termasuklah hujahan bertulis kedua-dua pihak, Mahkamah menolak permohonan Defendan untuk mengetepikan Penghakiman Ingkar atas alasan yang berikut:

(a) Penghakiman Ingkar diperoleh secara teratur;

(b) Kelewatan permohonan tidak munasabah; dan

(c) Pembelaan yang dikemukakan tanpa merit.

Pendahuluan

[3] Susulan terdapat pengusikan pada pepasangan meter, Plaintif telah menuntut kerugian hasil dan perbelanjaan yang tidak direkodkan daripada Defendan sebanyak RM222,072.20.

[4] Bagi tujuan tersebut, Plaintif telah mengambil tindakan memfailkan dokumen yang berikut:

(a) Writ Saman dan Pernyataan Tuntuan bertarikh 17 Februari 2023; dan

(b) Afidavit Penyampaian (melalui Penyampaian Ganti) yang diikrarkan oleh Ahmad Zaidi bin Hashim pada 5 April 2023.

[5] Susulan kegagalan Defendan memasukkan kehadiran selepas tempoh penyampaian ganti sempurna, Mahkamah telah mengeluarkan Penghakiman Ingkar Kehadiran bertarikh 28 April 2023.

[6] Hanya pada 26 Ogos 2024, Defendan telah memfailkan Notis Permohonan dengan Afidavit Sokongan yang dikrarkan oleh Defendan untuk mengetepikan Penghakiman Ingkar bertarikh 28 April 2023.

[7] Berdasarkan Afidavit Sokongan Defendan yang dikrarkan oleh Defendan pada 26 Ogos 2024 dan Afidavit Sokongan Balasan Defendan yang dikrarkan oleh Defendan 9 Oktober 2024, Defendan menegaskan perkara yang berikut:

(a) Kelewatan memfailkan notis permohonan disebabkan oleh Defendan tidak pernah menerima apa-apa kertas kausa atau penghakiman ingkar bertarikh 28 April 2023;

(b) Defendan hanya mengetahui mengenai tuntutan Plaintif melalui Penyampaian Ganti.

(c) Defendan mempunyai pembelaan yang bermerit.

[8] Berdasarkan Afidavit Jawapan Plaintif yang dikrarkan oleh Najat Nabilah bin Mohd Haduri, Pengurus Zon Selatan Plaintif bertarikh 23 September 2024, Plaintif menegaskan perkara yang berikut:

(a) Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan telah diserahkan dengan sempurna ke alamat Defendan yang diketahui dan melalui Penyampaian Ganti;

(b) Terdapat kelewatan pemfailan permohonan untuk mengetepikan penghakiman ingkat yang melampau;

(c) Pembelaan Defendan tidak bermerit.

Analisis Dan Penemuan Mahkamah

Peruntukan Undang-Undang Yang Terpakai

[9] Dalam mempertimbangkan permohonan untuk mengetepikan Penghakiman Ingkar, Mahkamah perlulah terlebih dahulu memastikan sama ada Penghakiman Ingkar telah diperoleh secara teratur atau tidak teratur.

[10] Sekiranya Penghakiman Ingkar diperoleh tidak teratur maka Penghakiman Ingkar akan diketepikan tanpa dinafikan hak sebagaimana yang diputuskan oleh YA Evrol Mariette Peters, Pesuruhjaya Kehakiman (pada masa itu) dalam kes Goh Hai Loong & Anor v. Ker Zee Wei ; [2021] 1 LNS 1153 seperti yang berikut:

"[5] The approach when considering an application to set aside a judgment in default is, that the Court must first ascertain if the judgment in default was a regular or irregular one. If the judgment in default was an irregular one, it should be set aside ex debitio justitae."

[11] Sebaliknya, sekiranya Penghakiman Ingkar diperoleh secara teratur, Mahkamah perlulah menentukan sama ada wujudnya pembelaan yang bermerit.

[12] Susulan itu, kelewatan membuat permohonan untuk mengetepikan Permohonan Ingkar akan menjadi faktor yang akan dipertimbangkan oleh Mahkamah dalam menentukan

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top