SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2025 MarsdenLR 4380

MAHKAMAH RAYUAN PUTRAJAYA
TAN TAI KWAN LWN. PENDAKWA RAYA
[Rayuan Jenayah No: W-09-71-04-2023]



Petitioner Advocates:Wong Chiang Kiat,Jason Ng Kau,Michelle Paula Liong ,Respondent Advocate: Aznika Mohd Anas,Nurul Qistini Qamarul Abrar,Wan Nur Iman Wan Ahmad Afzal

Court upheld the statutory presumption of guilt under corruption laws, stressing the obligation on the accused to refute such presumption with credible evidence.

Headnote:(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 - Seksyen 17(b) dan Seksyen 24 - Pertuduhan terhadap tertuduh atas kesalahan rasuah melibatkan pemberian wang rasuah sebanyak RM19,050 kepada pegawai kerajaan untuk menghalang tindakan undang-undang - Tertuduh didapati bersalah dan dikenakan hukuman pemenjaraan satu (1) hari dan denda RM30,000.00, gagal bayar, enam (6) bulan pemenjaraan. (Paras 1, 4, 64)

(B) Pemutusan berdasarkan keterangan yang mendukung sabitan dan pematuhan terhadap anggapan statutori, di mana beban pembuktian terletak kepada tertuduh untuk mematahkan anggapan rasuah. (Paras 12, 50)

(C) Fidusia dan pertimbangan hukuman wajar, di mana rayuan silang pendakwaan dijadualkan disokong oleh keseriusan kesalahan dan kepentingan awam. (Paras 56, 64)

Facts of the case:
Tertuduh didakwa selepas menawarkan wang kepada pegawai JPN untuk tidak mengambil tindakan terhadap rakan wanitanya yang disyaki melakukan kesalahan pendaftaran. Setelah proses perbicaraan, tertuduh dibebaskan, tetapi keputusan itu dicabar oleh pendakwaan. (Paras 3-4)

Findings of Court:
Mahkamah Tinggi menyatakan HMS gagal mempertimbangkan bukti sepenuhnya dan mendapati tertuduh bersalah, menjatuhkan hukuman pemenjaraan dan denda. (Paras 62, 66)

Issues: Pertikaian berkisar pada kekuatan dan ketepatan pertuduhan, serta kesesuaian hukuman yang dikenakan. (Paras 23)

Ratio Decidendi: MAH mendapati kes prima facie terpapar substans, dengan anggapan statutori mendukung pertuduhan, membuktikan bahawa tertuduh tidak dapat memberikan penjelasan yang meyakinkan terhadap pengakuan bersalah. (Paras 26, 64)

Result: Rayuan pendakwaan dibenarkan; hukuman diperbaharui kepada pemenjaraan dua (2) tahun dan denda RM92,250. (Paras 66)

Table of Content
1. charges and proceedings against the accused (Para 1 , 2 , 3 , 4 , 5)
2. summary of prosecution's case (Para 6 , 7)
3. defense arguments and testimonial support (Para 10 , 11 , 12)
4. court's agreement and assessment of lower court's findings (Para 14 , 15 , 16 , 17)
5. credibility of witnesses and doubt in defense (Para 18 , 19 , 20 , 21)
6. legal sufficiency of the charges against the accused (Para 24 , 25 , 26 , 27 , 28 , 29)
7. validity of the approval from the public prosecutor (Para 30 , 31 , 32 , 33 , 34)
8. impact of non-existence of certain testimonies (Para 37 , 38 , 39 , 40 , 41 , 42 , 43 , 44 , 45)
9. discrepancy in bribery amount and its implications (Para 46 , 47 , 48 , 49)
10. challenges regarding sentencing adequacy (Para 52 , 53 , 54 , 55 , 56 , 57 , 58 , 59)
11. final judgment on sentencing severity (Para 60 , 61 , 62 , 63 , 64 , 65)
Azman Abdullah HMR:

A. Latar Belakang Kes

[1] Tertuduh, Tan Tai Kwan (No. K/P: 691113-01-5651) telah dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dengan satu pertuduhan di bawah s 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (ASPRM) dan boleh dihukum di bawah s 24 Akta yang sama kerana telah secara rasuah memberikan sejumlah wang RM19,050.00 kepada Pegawai Jabatan Pendaftaran Negara ("JPN") iaitu Rosidi bin Basri ("KSP1"), supaya tidak diambil tindakan undang-undang terhadap Tertuduh dan seorang rakan wanitanya bernama Li Ting ("SD3") yang disyaki melakukan kesalahan masing-masing di bawah Peraturan 25(1)(n) dan Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 .

[2] Pertuduhan terhadap Tertuduh adalah sebagaimana berikut:

"Bahawa kamu, pada 28 Jun 2018 jam lebih kurang 09:00 malam, di Bahagian Siasatan & Penguatkuasaan Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya di dalam Wilayah Persekutuan Putrajaya, telah secara rasuah memberi satu suapan, iaitu wang tunai RM 19,050.00 kepada seorang ejen kerajaan Malaysia, Rosidi Bin Basri, Penolong Pengarah Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Jabatan Pendaftaran Negara sebagai dorongan supaya tidak melakukan satu perbuatan berhubung dengan hal ehwal prinsipalnya, iaitu tidak mengambil tindakan ke atas kamu dan seorang lagi individu warganegara China bernama Li Ting kerana telah melakukan satu kesalahan masing-masing di bawah Peraturan 25(1)(n) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 dan Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 , dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah s 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah s 24 Akta yang sama.

Hukuman:

(a) Dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun; dan

(b) Didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan itu didapati dinilai atau berbentuk wang atau RM10,000.00 mengikut mana-mana yang lebih tinggi."

[3] Tertuduh tidak mengaku bersalah, justeru satu perbicaraan penuh dijalankan. Di akhir kes pembelaan, Hakim Mahkamah Sesyen ("HMS") telah melepaskan dan membebaskan Tertuduh daripada pertuduhan.

[4] Tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, Pendakwa Raya telah merayu ke Mahkamah Tinggi. Setelah mendengar rayuan Pendakwa Raya, Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi ("YA HMT") telah membenarkan rayuan Pendakwa Raya di mana Tertuduh didapati bersalah sebagaimana pertuduhan, disabitkan dan dijatuhkan hukuman pemenjaraan selama satu (1) hari dan denda sebanyak RM30,000.00, gagal bayar, enam (6) bulan pemenjaraan.

[5] Tertuduh yang tidak berpuas hati dengan keputusan YA HMT telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan terhadap sabitan dan hukuman, dan telah didaftarkan sebagai Rayuan Jenayah No.: W-09-71-04/2023. Pendakwa Raya juga telah membuat rayuan silang terhadap hukuman yang telah diberikan oleh YA HMT, dan telah didaftarkan sebagai Rayuan Jenayah No: W-09-80-04/2023.

B. Kes Pendakwaan

[6] Semasa prosiding perbicaraan di Mahkamah Sesyen, kes pendakwaan secara ringkasnya adalah seperti berikut:

i) Pada 28 Jun 2018, SP3 (Pegawai JPN) ser

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top