2025 MarsdenLR 4143
MAHKAMAH SESYEN IPOH
KARANJIT SINGH UPAL SARJIT SINGH LWN. NORAPIPI HAJI ABDULLAH & YANG LAIN
[Guaman Sivil No: AA-A53KJ-412-09/2019]
Liabiliti penuh Defendan Pertama dan Kedua terhadap kemalangan ditentukan oleh pengakuan kecuaian pemandu, dengan tiada sumbangan liabiliti dari pihak lain; ganti rugi khas perlu ditetapkan dan dibuktikan.
Headnote:(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 - Seksyen 101 & 109(1) dan (2) - Liabiliti dalam kemalangan jalan raya - Defendan Pertama dan Kedua didapati 100% bertanggungjawab terhadap kemalangan yang berlaku akibat kecuaian pemandu Motolori - Tidak terdapat sumbang cuai di pihak Plaintif atau Defendan Ketiga dan Keempat. (Paras 25-32)
(B) Gantirugi khas - Kewajiban untuk membuktikan ganti rugi khas - Tuntutan untuk ganti rugi khas perlu ditetapkan dan dibuktikan secara spesifik. (Paras 36-42)
(C) Kecuaian - Pengakuan oleh Defendan Kedua mempengaruhi keputusan mengenai liabiliti. (Paras 17-22)
Facts of the case:
Plaintif telah terlibat dalam kemalangan yang melibatkan Motolori dan Motobas pada 11 Oktober 2017, yang mengakibatkan kecederaan serius dan tuntutan ganti rugi. Defendan Kedua diakui bersalah dan memohon pertanggungjawaban kepada Defendan Pertama. (Paras 4-6)
Findings of Court:
Mahkamah mendapati Defendan Pertama dan Kedua bertanggungjawab sepenuhnya untuk kemalangan tersebut tanpa sebarang penyumbang liabiliti daripada Plaintif atau Defendan Ketiga dan Keempat. (Paras 25-35)
Issues: Isu liabiliti berkaitan kecuaian pemandu, pengesahan liabiliti vicarious terhadap Defendan Pertama, dan kebenaran untuk tuntutan ganti rugi khas. (Paras 17, 22, 36)
Ratio Decidendi: Mahkamah meneruskan bahawa Defendan Pertama bertanggungjawab secara vicarious bagi tindakan Defendan Kedua yang memandu kenderaan tersebut; standard bukti terletak pada Plaintif untuk membuktikan tuntutan khas mereka. (Paras 22-24, 36)
Result: Tuntutan Plaintif dibenarkan dengan 100% liabiliti dikenakan ke atas Defendan Pertama dan Kedua serta pelbagai ganti rugi khas diterima. (Paras 46)
| Table of Content |
|---|
| 1. judgment initiation and case overview. (Para 1 , 2 , 3) |
| 2. background details of the accident and injuries. (Para 4 , 5 , 6 , 7) |
| 3. witnesses called in the case. (Para 8 , 9) |
| 4. arguments regarding liability of defendants. (Para 10 , 11 , 12 , 13 , 14 , 15 , 16) |
| 5. court's reasoning on burden of proof. (Para 17 , 18 , 19 , 20 , 21 , 22 , 23 , 24) |
| 6. awarding of damages and relevant case law. (Para 25 , 26 , 27 , 28 , 29 , 30 , 31 , 32 , 33 , 34 , 35) |
| 7. final judgment and orders. (Para 36 , 37 , 38 , 39 , 40 , 41 , 42 , 43 , 44 , 45) |
(Lampiran 26)
Latar Belakang Kes
[1] Ini merupakan rayuan sivil oleh Defendan Pertama dan Kedua terhadap keputusan yang diberikan pada 8 November 2024.
[2] Bagi tujuan keseragaman, pihak-pihak dirujuk sebagaimana status asal mereka di Mahkamah ini. Defendan Pertama dan Kedua telah menfailkan rayuan vide Notis Rayuan bertarikh 21 November 2024 ke Mahkamah Tinggi seperti berikut:
AMBIL PERHATIAN bahawa Nor'apipi bin Haji Abdullah dan Jagjit Singh a/l Maranjan tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Sesyen selepas perbicaraan di Ipoh yang diberi pada 8 November 2024 merayu ke Mahkamah Tinggi terhadap keseluruhan keputusan tersebut ke atas isu liabiliti, kuantum dan faedah yang diawadkan untuk gantirugi khas sebanyak 5% setahun.
[3] Bagi kes ini, Mahkamah ini telah meneliti kertas-kertas kausa yang berikut:
(a) Writ Saman bertarikh 23 April 2019 [Lampiran 1];
(b) Pernyataan Tuntutan bertarikh 23 April 2019 [Lampiran 2];
(c) Memorandum Kehadiran Defendan Pertama dan Kedua bertarikh 11 Jun 2019 [Lampiran 4];
(d) Memorandum Kehadiran Defendan Ketiga dan Keempat bertarikh 19 Jun 2019 [Lampiran 5];
(e) Pernyataan Pembelaan Defendan Pertama dan Kedua bertarikh 26 Jun 2019 [Lampiran 7];
(f) Pernyataan Pembelaan Defendan Ketiga dan Keempat bertarikh 27 Jun 2019 [Lampiran 8];
(g) Writ Saman Terpinda bertarikh 12 April 2022 [Lampiran 26];
(h) Pernyataan Tuntutan Terpinda bertarikh 10 Mac 2022 [Lampiran 27];
(i) Pernyataan Pembelaan Defendan Ketiga dan Keempat Terpinda bertarikh 14 April 2022 [Lampiran 28]; dan
(j) Pernyataan Pembelaan Defendan Pertama dan Kedua Terpinda bertarikh 12 Julai 2024 [Lampiran 65].
Ringkasan Fakta Kes
[4] Plaintif memplidkan dalam Lampiran 27 bahawa pada 11 Oktober 2017 lebih kurang pukul 9.00 pagi, Plaintif sedang menumpang motolori nombor pendaftaran JKH 1148 (selepas ini disebut sebagai "Motolori") dari Batu Gajah ke Gunung Rapat melalui Jalan Sultan Nazrin Shah. Apabila sampai di hadapan tokong Sam Poh Tong di Jalan Sultan Nazrin Shah, Motolori tersebut yang dipandu oleh Defendan Kedua sebagai agen/pekerja Defendan Pertama telah melanggar bahagian belakang motobas nombor pendaftaran AJV 9261 (selepas ini disebut sebagai "Motobas") yang dipandu oleh Defendan Keempat sebagai agen/pekerja Defendan Ketiga dan menyebabkan Plaintif mengalami kecederaan. Pada waktu kemalangan, Motobas tersebut yang dari perhentian bas sebelah kiri di hadapan Sam Poh Tong telah tiba-tiba masuk ke jalan utama di hadapan Motolori tersebut tanpa apa-apa amaran atau lampu isyarat dan menghalang laluan Motolori tersebut.
[5] Defendan Pertama dan Kedua dalam Lampiran 65 pula memplidkan bahawa kemalangan telah berlaku antara Motobas dan Motolori tersebut. Motolori tersebut telah dipinjamkan oleh Defendan Pertama kepada Harp Logistics Sdn Bhd termasuk permitnya. Defendan Kedua sedang memandu Motolori tersebut dari Batu Gajah ke Gunung Rapat. Apabila sampai di Jalan Sultan Nazrin Shah, tiba-tiba Motobas tersebut yang berada di perhentian bas di sebelah kirinya iaitu di hadapan Kuil Sam Poh Tong telah masuk ke laluan sah Motolori tersebut. Defendan Kedua telah membrek dan cuba mengelak tetapi oleh kerana jarak yang terlalu dekat, beliau telah terlanggar bahagian sisi belakang kanan Motobas tersebut.
[6] Defendan Ketiga dan Keempat dalam Lampiran 28 juga memplidkan bahawa kemalangan telah berlaku antara Motobas dan Motolori tersebut. Kemalangan itu berlaku bukan disebabkan oleh kecuaian Defend