MAHKAMAH TINGGI MALAYA KOTA BHARU
WAN AZIZ WAN OMAR LWN. PENDAKWA RAYA & SATU LAGI KES
[Rayuan Jenayah No: DA-42JSKS-4-11/2023 & DA-42S-10-11/2023]
| Table of Content |
|---|
| 1. establishment of factual background of the case (Para 1 , 5 , 6 , 7 , 8 , 9 , 10 , 11) |
| 2. court's analysis of prima facie case established (Para 2 , 3 , 12) |
| 3. final judgment and dismissal of appeal (Para 4 , 55) |
| 4. court affirming evidence supporting prosecution case (Para 15 , 17 , 18 , 19 , 20) |
| 5. validity of evidential standard for establishing rape (Para 21 , 22 , 23 , 24 , 25) |
| 6. defendant's failure to establish reasonable doubt (Para 26 , 27 , 28 , 30 , 31) |
| 7. court's rejection of alibi defense (Para 32 , 33 , 34 , 35) |
| 8. legal requirements for an acceptable alibi defense (Para 36 , 37 , 38 , 39 , 40) |
| 9. guidelines for sentencing in criminal cases (Para 47 , 48 , 49 , 50 , 51) |
| 10. court's reasoning for appropriate sentencing (Para 52 , 53 , 54) |
Mukadimah
[1] Perayu telah dituduh di Mahkamah Sesyen Kota Bharu dengan pertuduhan-pertuduhan seperti berikut:
Kes: DJ-62JSK-34-08/2021:
PERTUDUHAN PINDAAN.
"Bahawa kamu pada sekitar hujung bulan Oktober 2018 jam lebih kurang 6.30 petang, di sebuah rumah Lot 604, Taman Bistari, di dalam Daerah Tanah Merah, dalam Negeri Kelantan telah merogol adik ipar kamu bernama Siti Nur Baiti Binti Bakri (No. K/P: 030123-03-0750) yang mana perhubungan kamu dengannya adalah tidak dibenarkan di bawah undang-undang, hukum agama, adat atau kebiasaan untuk berkahwin dengannya, oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah s 376(3) Kanun Kesiksaan .
Kes DJ-62JS-16-08/2021:
PERTUDUHAN PERTAMA PINDAAN:
"Bahawa kamu pada 1 Julai 2021 jam lebih kurang 10.30 pagi, di kawasan semak sebelah rumah Lot 604, Taman Bistari, di dalam Daerah Tanah Merah, dalam Negeri Kelantan telah merogol adik ipar kamu bernama Siti Nur Baiti Binti Bakri (No. K/P: 030123-03- 0750) yang mana perhubungan kamu dengannya adalah tidak dibenarkan di bawah undang-undang, hukum agama, adat atau kebiasaan untuk berkahwin dengannya, oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah s 376(3) Kanun Kesiksaan .
PERTUDUHAN KEDUA PINDAAN:
"Bahawa kamu pada 2 Julai 2021 jam lebih kurang 9.00 pagi, di kawasan semak sebelah rumah Lot 604, Taman Bistari, di dalam Daerah Tanah Merah, dalam Negeri Kelantan telah merogol adik ipar kamu bernama Siti Nur Baiti Binti Bakri (No. K/P: 030123-03- 0750) yang mana perhubungan kamu dengannya adalah tidak dibenarkan di bawah undang-undang, hukum agama, adat atau kebiasaan untuk berkahwin dengannya, oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah s 376(3) Kanun Kesiksaan .
PERTUDUHAN KETIGA PINDAAN:
"Bahawa kamu pada 7 Julai 2021 jam lebih kurang 10.00 pagi, di kawasan semak sebelah rumah Lot 604, Taman Bistari, di dalam Daerah Tanah Merah, dalam Negeri Kelantan telah merogol adik ipar kamu bernama Siti Nur Baiti Binti Bakri (No. K/P: 030123-03-0750) yang mana perhubungan kamu dengannya adalah tidak dibenarkan di bawah undang-undang, hukum agama, adat atau kebiasaan untuk berkahwin dengannya, oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah s 376(3) Kanun Kesiksaan .
[2] Kedua-dua kes ini telah didengar bersama dan di akhir kes pendakwaan, HMS yang bijaksana telah mendapati pihak pendakwaan telah menjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap perayu dan memanggil perayu untuk membela diri.
[3] Selanjutnya, di akhir kes pembelaan, HMS mendapati bahawa perayu telah gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan dan HMS telah mensabitkan perayu bersalah dan setelah meneliti faktor-faktor peringanan dan pemberat, HMS telah menjatuhkan hukuman berikut terhadap perayu:
Kes DJ-62JSK-34-08/2021:
Pertuduhan Pindaan: Penjara 10 tahun dari tarikh tangkap (22 Julai 2021) dan 10 sebatan.
Kes DJ-62JS-16-08/2021:
Pertuduhan Pindaan Pertama: Penjara 14 tahun dari tarikh tangkap (22 Julai 2021) dan 10 sebatan;
Pertuduhan Pindaan Kedua: Penjara 17 tahun dari tarikh tangkap (22 Julai 2021) dan 10 sebatan; dan
Pertuduhan Pindaan Ketiga: Penjara 20 tahun dari
Login now and unlock free premium legal research
Login to SupremeToday AI and access free legal analysis, AI highlights, and smart tools.
Login
now!
India’s Legal research and Law Firm App, Download now!
Copyright © 2023 Vikas Info Solution Pvt Ltd. All Rights Reserved.