SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2025 MarsdenLR 4536

MAHKAMAH TINGGI MALAYA KUALA LUMPUR
YAN MOHD NOORDIN & SATU LAGI LWN. KAMAL BAHAREIN NORDIN & SATU LAGI
[Guaman Sivil No: WA-22NCVC-416-06/2021]



Petitioner Advocates:Kok Onn Aundre ,Respondent Advocate: Nabila Sulaiman,Sofia Adani Azhar

The court established that an administrator can be held liable for breaches of fiduciary duty in estate administration, particularly in cases of mismanagement and conflict of interest, warranting damages for beneficiaries.

Headnote:(A) Administrasi Harta Pusaka - Akta Pembahagian Harta Pusaka 1959 - Seksyen 34 - Penipuan pentadbiran harta - Defendan didapati memungkiri tanggungjawab sebagai pentadbir harta dan gagal mengemukakan semua aset harta pusaka - Mahkamah memutuskan tuntutan plaintif dibenarkan - Barang bukti tidak mencukupi untuk menyokong dakwaan pemalsuan tanda tangan, dan defendan dibebaskan dari tanggungjawab tersebut. (Paras 28, 42, 46, 61)

(B) Kewajipan Fidusiari - Defendan dikatakan melanggar kewajipan fidusiari dengan bertindak dalam konflik kepentingan dan mengabaikan tanggungjawab pentadbir - Kegagalan menunaikan tanggungjawab ini menjejaskan kepentingan harta pusaka. (Paras 76, 90)

(C) Gantirugi - Gantirugi teruk dan teladan akan diberikan sebagai hukuman untuk penyalahgunaan yang berlaku dalam pentadbiran harta. (Paras 89, 91)

Table of Content
1. heirs defined as per quranic injunction. (Para 1 , 2 , 3)
2. clarification on party roles and litigation background. (Para 4 , 6 , 7)
3. plaintiffs allege misconduct by administrate. (Para 8 , 9)
4. court assesses key legal questions in case. (Para 10 , 21)
5. witness testimonies revealed issues in administration. (Para 22 , 23 , 24 , 25 , 26)
6. finding of fraud by court based on evidence. (Para 27 , 28 , 29)
7. court affirms validity of letters of administration. (Para 30 , 31 , 32)
8. plaintiffs failed to prove sufficient cause for revocation. (Para 36 , 37 , 38 , 42)
9. court finds administrator did not fulfill duties properly. (Para 45 , 46 , 88)
10. court orders restitution and damages to plaintiffs. (Para 89 , 90)
Arziah Mohamed Apandi PK:

Surah An-Nisa Ayat 33 (4:33 Quran)

[1] Dan untuk masing-masing (laki-laki dan perempuan) Kami telah menetapkan para ahli waris atas apa yang ditinggalkan oleh kedua orang tuanya dan karib kerabatnya. Dan orang-orang yang kamu telah bersumpah setia dengan mereka, maka berikanlah kepada mereka bagiannya. Sungguh, Allah Maha Menyaksikan segala sesuatu.

(And for all, We have made heirs to what is left by parents and relatives. And to those whom your oaths have bound [to you] - give them their share. Indeed Allah is ever, over all things, a Witness.)

(I) Pengenalan

Latar Belakang Kes

[2] Rayuan dibuat oleh Defendan Pertama yang tidak berpuas hati dengan sebahagian penghakiman yang telah diberikan iaitu Defendan Pertama telah didapati memungkiri tanggungjawabnya selaku pentadbir estet simati Che Soo binti Chi dan diperintahkan untuk mengembalikan semua aset harta estet simati, Che Soo binti Chi. Defendan Pertama adalah pentadbir yang dilantik oleh Mahkamah untuk mentadbir estet Che Soo tersebut.

[3] Kes ini melibatkan pertikaian keluarga mengenai pentadbiran harta pusaka almarhum Che Soo binti Chi (estet Che Soo) yang meninggal dunia tanpa meninggalkan wasiat. Pertikaian timbul apabila Plaintif-Plaintif, yang mendakwa sebagai waris sah simati, mempersoalkan kesahihan dan ketulenan Surat Kuasa Mentadbir yang diberikan kepada Defendan Pertama untuk mentadbir harta pusaka tersebut.

[4] Untuk penjelasan, Plaintif-plaintif telah melepaskan tuntutan mereka terhadap 2nd Defendant atas faktor kegagalan Plaintif-plaintif menyerahkan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan disebabkan faktor keuzuran dan ketidakupayaan 2nd Defendant membela dirinya di dalam tindakan di sini. Oleh itu, Mahkamah telah membatalkan tindakan Plaintif-plaintif terhadap 2nd Defendant pada 24 Oktober2024.

[5] Dalam pada itu, untuk kesenangan dan kesinambungan rujukan, kedudukan pihak-pihak adalah 1st Plaintiff (P1) dan 2nd Plaintiff (P2) manakala 1st Defendant dirujuk sebagai Defendan sahaja. Defendan merupakan pentadbir yang dilantik melalui Surat Kuasa Mentadbir yang kini dipertikaikan. 2nd Defendant ialah Pesuruhjaya Sumpah Malaysia yang terlibat dalam proses pengesahan dokumen- dokumen berkaitan. Plaintif-plaintif telah mengesahkan penarikan tuntutan terhadap 2nd Defendant sebelum perbicaraan berlangsung pada hari pertama. Maka, rujukan 1st Defendant adalah Defendan selepas ini.

[6] Seperkara lagi untuk dijelaskan adalah semua dokumen yang dikemukakan di hadapan Mahkamah adalah dokumen yang persetujui Bahagian B iaitu pembuat dokumen dikecualikan untuk pembuktian tetapi isi kandungan dokumen adalah dipertikaikan yang memerlukan pembuktian (rujuk Jaafar Shaari & Siti Jama Hashim v. Tan Lip Eng & Anor ; ; [1997] 4 AMR 3744 SC ).

Pihak-Pihak Dalam Pertikaian

[7] Plaintif-Plaintif memulakan tindakan ini untuk melindungi hak mereka sebagai waris dan mempersoalkan pentadbiran harta yang dilakukan tanpa pengetahuan mereka.

(II) Intipati Pertikaian

[8] Plaintif-Plaintif mendakwa bahawa:

(a) Surat Kuasa Mentadbir diperoleh melalui cara yang salah atau melalui penipuan;

(b) Mereka tidak diberitahu tentang permohonan pentadbiran harta pusaka;

(c) Defendan mentadbir harta tanpa kuasa yang sah; dan

(d) Kepentingan mereka sebagai benefisiari tid

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top