2025 MarsdenLR 3659
MAHKAMAH MAJISTRET JOHOR BAHRU
A T TAXATION SDN BHD LWN. PERUNDING JURU JASA SDN BHD
[Guaman No: JA-A72NCC-1256-07/2024]
Penghakiman terus boleh dipenuhi jika Plaintif menunjukkan tuntutan jelas dan Defendan gagal memberi pembelaan bermerit.
Headnote:(A) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 - Aturan 14 k 1 dan k 2 - Penghakiman terus - Tuntutan untuk bayaran RM38,700.00 bagi perkhidmatan oleh Plaintif sebagai Ejen Cukai - Defendan tidak memfailkan Afidavit Jawapan dan tiada Pembelaan yang kukuh. (Paras [24]-[45])
(B) Tuntutan yang jelas dan berbukti - Permohonan untuk penghakiman terus dibenarkan jika Plaintif menunjukkan tiada Pembelaan bermerit oleh Defendan. (Paras [24]-[30])
(C) Burden of proof - Defendan meminjamkan beban pembuktian untuk menunjukkan kenapa penghakiman terus tidak wajar. (Paras [33]-[44])
Facts of the case:
Plaintif adalah syarikat yang menuntut bayaran RM38,700.00 dari Defendan untuk perkhidmatan penilaian cukai. Defendan gagal membayar walaupun diberi notis tuntutan. (Paras [4]-[9])
Findings of Court:
Permohonan Plaintif diluluskan dengan kos sebanyak RM1500.00. (Para [45])
Issues: Apakah elemen-elemen yang diperlukan untuk penghakiman terus dan sama ada Defendan telah menunjukkan Pembelaan yang bermerit?
Ratio Decidendi: Mahkamah memutuskan bahawa Defendan gagal membuktikan isu yang boleh dibicarakan kerana tidak memfailkan sebarang Afidavit Jawapan. (Paras [42]-[44])
Result: Permohonan Plaintif dibenarkan.
| Table of Content |
|---|
| 1. granting summary judgment application. (Para 1 , 2 , 3) |
| 2. plaintiff's claim for service fee. (Para 4 , 5 , 6 , 7 , 8 , 9) |
| 3. defendant's defenses raised. (Para 10 , 11 , 12) |
| 4. application process under kkm 2012. (Para 13 , 14 , 15) |
| 5. plaintiff's burden to prove clear claim. (Para 16 , 24 , 25 , 26 , 27 , 28) |
| 6. affidavit requirements fulfilled. (Para 29 , 30 , 31 , 32) |
| 7. defendant's need to show triable issues. (Para 33 , 34 , 35 , 36 , 37 , 38 , 39 , 40 , 41) |
| 8. court's decision to grant judgment. (Para 42 , 43 , 44) |
[1] Plaintif telah memfailkan satu Notis Permohonan bertarikh pada 4 Oktober 2024 memohon untuk satu penghakiman terus dimasukkan terhadap Defendan menurut A 14 k (1) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 ("KKM 2012") (selepas ini dirujuk sebagai "Lampiran 11").
[2] Pada 7 Januari 2025, Mahkamah telah membenarkan permohonan Plaintif sebagaimana di Lampiran 11 tersebut dengan kos sebanyak RM1500.00.
[3] Defendan, yang tidak berpuas hati dengan Keputusan Mahkamah ini telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi dan ini adalah alasan Mahkamah kepada Keputusan tersebut.
Tuntutan Plaintif
[4] Plaintif adalah sebuah syarikat sendirian berhad yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat di Malaysia dan mempunyai alamat tempat perniagaan di No 24, Jalan Bendahara 12, Taman Ungku Tun Aminah, 81300, Skudai, Johor.
[5] Defendan adalah sebuah syarikat sendirian berhad yang diperbadankan di Malaysia di bawah Akta Syarikat dan mempunyai alamat tempat perniagaan di No 34-02, Jalan Puteri 7/7, Bandar Puteri Puchong, 47100 Puchong, Selangor dan mempunyai alamat pejabat berdaftar di Suite B, 24- A, Jalan Bendahara 12, Taman Ungku Tun Aminah, 81300, Skudai, Johor.
[6] Tuntutan Plaintif terhadap Defendan adalah untuk wang sebanyak RM38,700.00 yang merupakan fi penilaian cukai pendapatan bagi perkhidmatan yang telah disedia dan diberikan oleh PlaintIf kepada Defendan sebagai Ejen Cukai Syarikat Defendan.
[7] Tuntutan ini adalah berdasarkan invois-invois bertarikh 5 Jun 209 sehingga 6 Jun 2023.
[8] Walaupun telah diminta berulang kali oleh Plaintif, Defendan telah gagal dan/ atau enggan untuk membayar kepada Plaintif jumlah tuntutan tersebut atau mana- mana bahagian daripada jumlah tersebut sehingga sekarang.
[9] Plaintif telah menghantar satu Notis Tuntutan bertarikh 17 Julai 2024 kepada Defendan namun Defendan masih gagal untuk membuat apa- apa bayaran sehinggalah tarikh pemfailan Writ Saman ini.
Pembelaan Defendan
[10] Defendan di dalam Pembelaannya menyatakan bahawa Defendan mengesyaki Plaintif melakukan penyelewengan apabila menyimpan dokumen- dokumen kepunyaan Defendan tanpa memberi salinan dokumen- dokumen yang difailkan di Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri.
[11] Plaintif tidak berhak untuk menuntut bayaran bagi bil- bil yang telah dikeluarkan di luar had masa 6 tahun dalam tindakan ini.
[12] Plaintif sedia maklum bahawa cek- cek Defendan disimpan oleh Pengarah dan pemegang saham Plaintif iaitu Tiong Kim Yok yang menggunakan cek-cek tersebut untuk membuat bayaran kepada beliau sendiri sedangkan cek-cek Defendan tersebut cukup untuk membuat bayaran kepada syarikat Plaintif.
Lampiran 11 - Permohonan Plaintif Dibawah Aturan 14 KKM 2012 Pemakaian Undang-Undang
[13] Di dalam permohonan ini, Mahkamah telah merujuk kepada A 14 K 1 Kedah-Kaedah Mahkamah 2012 ("KKM 2012") yang memperuntukkan seperti berikut:
"Application by plaintiff for summary judgment (O 14, r 1)
1. (1) Where in an action to which this rule applies a statement of claim has been served on a defendant and that defendant has entered an appearance in the action, the plaintiff may, on the ground that the defendant has no defence to a claim included in the writ, or to a particular part of such a claim, or has no defence to such a claim or part thereof except as to the amount of any damages claimed, apply to the Court for judgment against that defendant."
[14] Permohonan di bawah A 14 k 1 KKM 2012 merupakan prosedur yang membolehkan tuntutan Plaintif diputuskan dan dibenarkan tanpa me