2025 MarsdenLR 1358
MAHKAMAH TINGGI MALAYA SHAH ALAM
PENDAKWA RAYA LWN. THIRUMURUGAN MUTIAH & YANG LAIN
[Perbicaraan Jenayah No: BA-45B-34-10/2020]
The prosecution failed to establish a prima facie case against the accused, as inconsistencies and lack of direct evidence linked them to the victim's death, requiring acquittal.
Headnote:(A) Kanun Keseksaan - Seksyen 302 dan 34 - Pendakwaan ke atas OKT yang didakwa membunuh simati di Pulau Carey - Mahkamah memutuskan bahawa pendakwaan gagal membuktikan elemen kes prima facie terhadap OKT - Bukti tidak kukuh untuk menunjukkan hubungan langsung antara OKT dan kematian simati - OKT dibebaskan. (Paras 83-133)
(B) Elemen 'culpable homicide' - Perlu dibuktikan niat bersama di antara OKT untuk membunuh - Keterangan tidak konsisten dan kesukaran membuktikan fakta kunci - Mahkamah berpegang kepada prinsip 'beyond a reasonable doubt'. (Paras 84-130) Fakta Kes: OKT menghadapi pertuduhan membunuh seorang individu, namun keterangan saksi utama menunjukkan keraguan mengenai niat dan tindakan OKT yang menyebabkan kematian mangsa. Mahkamah mempertimbangkan semua keterangan yang ada.
Findings of Court:
Pendakwaan gagal membuktikan bahawa kematian mangsa disebabkan oleh perbuatan OKT, dan tidak menunjukkan niat yang jelas untuk membunuh.
Issues: Adakah pendakwaan mampu membuktikan kes prima facie; adakah terdapat bukti yang cukup untuk mensabitkan OKT dengan kesalahan membunuh simati?
Ratio Decidendi: Kegagalan pendakwaan untuk memberi bukti yang meyakinkan atau bukti yang mencukupi untuk mengaitkan OKT dengan tindakan yang menyebabkan kematian tersebut membawa kepada keputusan melepaskan OKT dari pertuduhan.
Result: OKT dibebaskan.
| Table of Content |
|---|
| 1. court's final decision to acquit defendants. (Para 132) |
[127] Dalam hal ini, tidak ada DNA OKT-OKT dijumpai pada barang kes. Walaupun Mahkamah bersetuju dengan prinsip asas bahawa ketiadaan DNA tertuduh pada barang kes tidak menjejaskan kes pendakwaan kecuali sekiranya saksi mata dapat mengenali dan mengecam tertuduh ketika menyaksikan kejadian sepertimana diputuskan di dalam kes Saimon Anthony lwn. Pendakwa Raya & Rayuan Yang Lain [2023] MLRAU 54; [2023] 5 MLJ 222. Akan tetapi, berdasarkan kepada keterangan saksi-saksi pendakwaan yang melimpah ruah, adalah jelas bahawa SP6 tidak dapat mengecam OKT-OKT sepertimana laporan-laporan polis yang dibuat oleh SP6 selepas tarikh kejadian (16 Mac 2020).
[128] Manakala mengenai rotan (eksibit P47), menurut SP18, rotan tersebut telah ditunjukkan oleh OKT1 dan OKT2 dan laporan polis ID65 telah dibuat oleh SP18. Mahkamah ini mendapati bahawa ID65 tidak boleh diterima oleh Mahkamah memandangkan ia boleh dikatakan sebagai suatu pengakuan oleh OKT1 dan OKT2 mengenai senjata rotan yang digunakan dalam kes ini. Tidak ada keterangan kukuh yang mengaitkan OKT1 dan OKT2 kerana bukan sahaja DNA OKT-OKT tersebut tidak ada pada rotan. Malahan DNA simati juga tidak ada pada rotan berkenaan. Oleh itu, Mahkamah ini tidak menerima ID65 sebagai bukti bagi pihak pendakwaan. Mahkamah ini merujuk kepada keputusan Privy Council di dalam Noor Mohamed v. R [1949] AC 182 yang telah dirujuk oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Amathevelli P Ramasamy v. PP [2009] 1 MLRA 153; [2009] 2 MLJ 367; [2009] 3 CLJ 109.
[129] Dengan demikian, Mahkamah berpandangan bahawa terdapat keraguan bahawa kelima-lima OKT yang dihadapkan di Mahkamah merupakan OKT-OKT yang telah menyebabkan kecederaan sehingga menyebabkan kematian kepada simati.
[130] Di dalam kes ini, Mahkamah turut bersetuju kesan percanggahan keterangan SP6, pihak pembelaan berhujah bahawa pihak pend