2025 MarsdenLR 3648
MAHKAMAH RAYUAN PUTRAJAYA
PENDAKWA RAYA LWN. MOHD NOOR AFFENDI ZAUKLFLI & RAYUAN YANG LAIN
[Rayuan Jenayah Nos: T-06B-3-01-2023 T-06B-4-01-2023 T-06B-5-01-2023 T-06B-6-01-2023 T-06B-9-01-2023 & T-06B-10-01-2023]
In criminal cases, the prosecution must prove its case beyond a reasonable doubt, and the defense may introduce an 'innocent explanation' to create reasonable doubt regarding the accusations.
Headnote:(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 - Seksyen 17(a) dan 24(1) - Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 - Pertuduhan terhadap anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim mengenai penerimaan suapan berkaitan perlindungan bot nelayan asing - Mahkamah Sesyen mendapati pihak pembelaan berjaya membuktikan 'innocent explanation' dan menimbulkan keraguan munasabah, lalu membebaskan responden. (Paras 6, 7, 12, 36)
(B) Pembelaan - Beban pembuktian - Pihak pendakwaan yang berusaha membuktikan pertuduhan mesti melampaui keraguan munasabah - Tiada bukti bahawa responden melepaskan bot-bot nelayan asing - Mahkamah Tinggi menolak rayuan pendakwaan dan mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen. (Paras 60, 62)
(C) Prinsip undang-undang - Anggapan di bawah s 50 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia - Responden berjaya mematahkan anggapan tersebut dengan penjelasan yang tidak mencurigakan - Kewujudan transaksi terhadap akaun pihak ketiga tidak menunjukkan adanya perbuatan rasuah. (Paras 41, 42)
| Table of Content |
|---|
| 1. initial accusations against the respondent. (Para 1) |
| 2. respondent denies all charges. (Para 2 , 30) |
| 3. court's decision to call for defense. (Para 3 , 4 , 5 , 7 , 8 , 10) |
| 4. appeals against the acquittal. (Para 6 , 11) |
| 5. evidence of bribery and money laundering. (Para 12 , 13 , 14 , 15 , 16 , 17 , 18 , 19) |
| 6. court's evaluation of witness credibility. (Para 31 , 32 , 33 , 34 , 35 , 36) |
| 7. assessment of evidence provided. (Para 37 , 38 , 39 , 40 , 41 , 42 , 43 , 44 , 45) |
| 8. defense's arguments on reasonable doubt. (Para 46 , 47 , 48 , 49 , 50) |
| 9. legal principles regarding appellate review. (Para 51 , 52 , 53 , 54 , 55) |
| 10. reflections on the trial process. (Para 56 , 57 , 58 , 59) |
| 11. final ruling on the appeal. (Para 60 , 61) |
Mukadimah
[1] Responden telah dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu di atas sepuluh (10) pertuduhan di bawah s 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan lima (5) pertuduhan di bawah s 4(1)(b) Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 . Butiran terperinci pertuduhan-pertuduhan tersebut adalah seperti berikut:
Pertuduhan Di Bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009
Perbicaraan Jenayah No: TA-61R-3-07/2019
Pertuduhan Pindaan Pertama
Bahawa kamu pada 22 April 2017, di dalam Daerah Dungun, di dalam Negeri Terengganu, sebagai agen Kerajaan Malaysia iaitu Leftenan Komander Maritim yang bertugas di KM Bagahak, Pengkalan Maritim Kemaman, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia telah secara rasuah memperoleh untuk diri kamu iaitu satu suapan wang berjumlah RM4,900.00 melalui Mat Nasir Bin Junoh, No K/P: 630307-03-5547 melalui akaun bank Malayan Banking Berhad nombor: 162142992027, sebagai dorongan untuk melakukan suatu perbuatan berhubung hal ehwal prinsipal kamu iaitu untuk tidak menahan dan mengambil tindakan terhadap bot-bot nelayan asing yang menceroboh perairan Negeri Terengganu. Dengan itu kamu telah melakukan kesalahan di bawah s 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah s 24(1) Akta yang sama.
Pertuduhan Pindaan Kedua
Bahawa kamu pada 22 April 2017, di dalam Daerah Dungun, di dalam Negeri Terengganu, sebagai agen Kerajaan Malaysia iaitu Leftenan Komander Maritim yang bertugas di KM Bagahak, Pengkalan Maritim Kemaman, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia telah secara rasuah memperoleh untuk diri kamu iaitu satu suapan wang berjumlah RM4,850.00 melalui Mat Nasir Bin Junoh, No K/P: 630307-03-5547 melalui akaun bank Malayan Banking Berhad nombor: 162142992027, sebagai dorongan untuk melakukan suatu perbuatan berhubung hal ehwal prinsipal kamu iaitu untuk tidak menahan dan mengambil tindakan terhadap bot-bot nelayan asing yang menceroboh perairan Negeri Terengganu. Dengan itu kamu telah melakukan kesalahan di bawah s 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah s 24(1) Akta yang sama.
Pertuduhan Pindaan Ketiga
Bahawa kamu pada 22 April 2017, di dalam Daerah Dungun, di dalam Negeri Terengganu, sebagai agen Kerajaan Malaysia iaitu Leftenan Komander Maritim yang bertugas di KM Bagahak, Pengkalan Maritim Kemaman, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia telah secara rasuah memperoleh untuk diri kamu iaitu satu suapan wang berjumlah RM4,900.00 melalui Mat Nasir Bin Junoh, No K/P: 630307-03-5547 melalui akaun bank Malayan Banking Berhad nombor: 162142992027, sebagai dorongan untuk melakukan suatu perbuatan berhubung hal ehwal prinsipal kamu iaitu untuk tidak menahan dan mengambil tindakan terhadap bot-bot nelayan asing yang menceroboh perairan Negeri Terengganu. Dengan itu kamu telah melakukan kesalahan di bawah s 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah s 24(1) Akta yang sama.
Perbicaraan Jenayah No: TA-61R-4-07/2019
Pertuduhan Pindaan Pertama
Bahawa kamu pada 29 Mei 2017, di dalam Daerah Kuala Terengganu, di dalam Negeri Terengganu, sebagai agen Kerajaan Malaysia iaitu Leftenan Komand