2025 MarsdenLR 1598
MAHKAMAH SESYEN KUALA LUMPUR
PENDAKWA RAYA LWN. MOHD FIRDAUS ABDUL RASHID
[Kes Jenayah No: WA-62R-1-01/2022]
The court established that an agent receiving bribes, as outlined in the anti-corruption law, constitutes a prima facie case of corruption, effectively shifting the burden of proof to the accused to provide a credible defense.
Headnote:(A) Akta Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia 2009 - Perenggan 17(a) dan seksyen 24 - Pertuduhan rasuah - Tertuduh didakwa menerima suapan sebanyak RM99,986.00 pada 28 Jun 2013 dan RM99,986.00 pada 1 Julai 2013 - Pihak pendakwaan membuktikan bahawa tertuduh adalah ejen dan suapan diberikan sebagai dorongan untuk memperoleh tender - Tertuduh gagal membuktikan sebarang keraguan terhadap kes pendakwaan - Anggapan di bawah subseksyen 50(1) kesalahan SPRM terpakai. (Paras 65, 156, 170)
(B) Pembelaan - Tertuduh menafikan perlakuan jenayah tetapi hanya mengemukakan penafian tanpa keterangan substantif - Pembelaan tidak berjaya mematahkan kes pendakwaan. (Paras 137)
(C) Denda dan penjara - Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama 12 bulan dan denda RM499,930.00 bagi setiap pertuduhan kerana kesalahan rasuah. (Paras 161)
| Table of Content |
|---|
| 1. accusation details and background context. (Para 1 , 2) |
| 2. key witnesses and their roles identified. (Para 3 , 4) |
| 3. detailed witness testimonies are presented. (Para 5 , 6 , 7 , 8 , 9 , 10 , 11) |
| 4. witness statements relevant to accusations. (Para 12 , 13 , 14 , 15 , 16) |
| 5. introduction to court's evaluation phase. (Para 17 , 18) |
| 6. key legal arguments and issues raised. (Para 19 , 20 , 21 , 22) |
| 7. arguments by the accused presented. (Para 23 , 24 , 25) |
| 8. conclusion by the court on evidence review. (Para 104 , 105) |
| 9. final ruling and sentencing details. (Para 156 , 157) |
[1] Dalam kes ini, Mohd Firdaus Bin Abdul Rashid (Orang Kena Tuduh ("OKT")) telah dituduh dengan 2 pertuduhan dibawah perenggan 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia 2009 (Akta 574) ("Akta SPRM 2009") yang boleh dihukum dibawah s 24 Akta yang sama.
[2] Pertuduhan tersebut adalah seperti yang berikut:
PERTUDUHAN PINDAAN PERTAMA
"Bahawa kamu pada 28 Jun 2013, bertempat di Malayan Banking Berhad Cawangan Bukit Bintang, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sebagai Eksekutif Kanan Syarikat Sapura Kencana Petroleum Berhad telah secara rasuah memperoleh untuk diri kamu satu suapan iaitu wang berjumlah RM99,986.00 daripada Tang Kuok Sing, Pengarah Syarikat Gafung Petroleum (M) Sdn Bhd melalui akaun Malayan Banking Berhad bernombor 164089829161 milik Nadiatul Farhana Binti Kamarul Zaman sebagai upah untuk diri kamu iaitu dengan mencadangkan Syarikat Gafung Petroleum (M) Sdn Bhd untuk memperoleh kerja-kerja pembekalan bahan api kapal daripada Syarikat Sapura Kencana Petroleum Berhad, dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan dibawah s 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum dibawah s 24 Akta yang sama."
PERTUDUHAN PINDAAN KEDUA
"Bahawa kamu pada 1 Julai 2013, bertempat di Malayan Banking Berhad Cawangan Bukit Bintang, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sebagai Eksekutif Kanan Syarikat Sapura Kencana Petroleum Berhad telah secara rasuah memperoleh untuk diri kamu satu suapan iaitu wang berjumlah RM99,986.00 daripada Tang Kuok Sing, Pengarah Syarikat Gafung Petroleum (M) Sdn Bhd melalui akaun Malayan Banking Berhad bernombor 164089829161 milik Nadiatul Farhana Binti Kamarul Zaman sebagai upah untuk diri kamu iaitu dengan mencadangkan Syarikat Gafung Petroleum (M) Sdn Bhd untuk memperoleh kerja-kerja pembekalan bahan api kapal daripada Syarikat Sapura Kencana Petroleum Berhad, dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan dibawah s 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum dibawah s 24 Akta yang sama.
HUKUMAN
Apabila disabitkan, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan dengan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000.00 mengikut mana yang lebih tinggi."
[3] Pada mulanya, kes ini telah dibicarakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen terdahulu, Puan Rozina Bt Ayob ("Puan HMS"). Pada 3 Januari 2022, OKT telah dibawa di hadapan Puan HMS dan selepas pertuduhan dibacakan, OKT tidak mengaku salah serta minta dibicarakan. Perbicaraan kes pendakwaan telah bermula pada 25 Januari 2023 dan selepas memanggil 16 orang saksi, pihak pendakwaan telah menutup kesnya pada 7 Mei 2024. Berdasarkan keterangan saksi pendakwaan, secara ringkasnya naratif kes pendakwaan adalah seperti dalam perenggan berikut.
Kes Pendakwaan
[4] Semasa kes pendakwaan, pihak pendakwaan telah memanggil 16 orang saksi untuk membuktikan kesnya dan senarai saksi pendakwaan serta peranan mereka adalah seperti yang berikut:
(a) Zaizilan Abdul Rashid (Pengurus Bahagian Marine Operation di Sapura Energy Berhad (SEB) (TL Offshore Sdn Bhd (TLO) pada ketika itu (kemudiannya ditukar nama kepada Sapura Kencana Petroleum Bhd (SKPB)) - SP1;
(b) Noor Zaidah Binti Shahi (Pengurus Bahagian Sumber Manusia, SEB) - SP2;
(c) Faizah Binti Baharom (Senior Executive di Bahagian Procurement, SEB) - SP3;
(d) Khairul Bariah Binti Abu Bakar (Pengurus Kanan Unit "Governance and Corporate",