2025 MarsdenLR 6367
MAHKAMAH TINGGI MALAYA JOHOR BAHRU
GOAY KEAN WAY & YANG LAIN LWN. MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KER....
[Permohonan Semakan Kehakiman No: JA-25-15-07/2024]
Permohonan semakan kehakiman ditolak atas alasan difailkan lewat, tanpa justifikasi munasabah, dan pemanjangan masa serahan milikan kosong sah.
Headnote:(A) Akta Langkah-Langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19), 2020 - Permohonan semakan kehakiman ditolak kerana difailkan lewat, menyentuh kesahihan pemanjangan tempoh serahan milikan kosong dalam situasi pandemik - Permohonan dibuat hampir 2 tahun selepas keputusan pihak responden tanpa justifikasi munasabah. (Paras 1, 3, 11)
(B) Syarat permohonan kebenaran memulakan prosiding juga menghendaki tindakan dilaksanakan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh keputusan yang ingin dicabar. Mahkamah menyatakan budi bicara untuk membenarkan lanjutan masa tidak bersifat automatik dan perlu disertakan dengan alasan yang munasabah. (Paras 4, 11)
Facts of the case:
Pemohon memohon untuk mencabar keputusan yang membenarkan lanjutan masa kepada pihak responden untuk menyerahkan milikan kosong ke atas rumah dalam tempoh kawalan pandemik. Permohonan ini difailkan hampir dua tahun selepas keputusan awal.
Findings of Court:
Mahkamah membenarkan bantahan pihak responden, memutuskan bahawa tiada alasan munasabah ditunjukkan untuk kelewatan dalam memfailkan permohonan. Isu: Adakah kelewatan memfailkan permohonan semakan kehakiman boleh diterima dan adakah pemanjangan tempoh serahan milikan kosong yang diberikan oleh pihak responden adalah sah?
Ratio Decidendi: Mahkamah berpegang pada prinsip bahawa permohonan untuk kebenaran memulakan prosiding semakan kehakiman hendaklah dimulakan dalam tempoh yang ditetapkan dan kelulusan tambahan bukanlah automatik tanpa alasan yang cukup.
Result: Permohonan ditolak.
| Table of Content |
|---|
| 1. judicial review application requirements. (Para 1 , 2) |
| 2. (Para 3 , 4 , 5 , 6 , 7 , 9 , 10 , 11) |
[1] Ini adalah rayuan Pemohon atas keputusan Mahkamah ini menolak Permohonan untuk kebenaran memulakan semakan kehakiman yang difailkan pada 15 Julai 2024, atas keputusan Responden 1 dan 2 yang membenarkan lanjutan masa kepada Responden 3 untuk menyerahkan milikan kosong ke atas rumah, akibat daripada pengisytiharan tempoh kawalan pergerakan ketika tempoh pandemic Covid-19. Melalui permohonan kebenaran lampiran 1 ini, pemohon/perayu memohon lanjutan masa kebenaran diberi untuk:
a) mencabar keputusan yang dibuat oleh Responden 1 dan 2 melalui surat bertarikh 4 November 2020, 1 Disember 2021 dan 14 Jun 2022;
b) mencabar Akta Langkah-Langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19), 2020 sebagai tidak berperlembagaan "unconstitutionalâ€.
[2] Alasan kelewatan memfailkan permohonan ini ialah kerana pemohon-pemohon tidak mengetahui mereka mempunyai hak untuk memulakan prosiding semakan Kehakiman ini sehinggalah mereka melayari internet pada sekitar Mei dan/atau Jun 2024 dan mendapat maklumat bahawa surat kelulusan lanjutan masa tersebut boleh dicabar melalui permohonan semakan Kehakiman. Selain daripada itu, beban dan kesusahan menjelaskan tanggungan bulanan pinjaman bank bersabit pembelian petak-petak di projek perumahan Midas Seri Alam "MSA†turut menjadi sebab kelewatan.
[3] Peguam Kanan Persekutuan yang hadir bagi pihak Peguam Negara telah membangkitkan bantahan terhadap permohonan ini kerana difailkan lewat menjangkau hampir 2 tahun daripada tarikh keputusan yang ingin dicabar. Ini bertentangan dengan syarat yang diperuntukkan oleh Kaedah Mahkamah 2012 yang mengkehendaki apa-apa permohonan untuk kebenaran memulakan prosiding semakan kehakiman dimulakan dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh keputusan yang ingin dicabar 1 Ini turut dipersetujui oleh peguam Responden 3.
[4] Mahkamah ini bersetuju dengan bantahan pihak Responden kerana meskipun ROC memperuntukkan budi bicara kepada Mahkamah untuk membenarkan lanjutan masa, ia mestilah dengan alasan yang munasabah dan bukanlah bersifat automatik. Melihat kepada affidavit pemohon, ia mendeposkan tarikh perjanjian yang ditandatangani pihak - pihak pemohon yang berbeza namun boleh disimpulkan pada sekitar Mac 2017 hingga Disember 2018.
[5] Menurut kl 25(1) dan kl 29(1), milikan kosong dan serahan "common facilities†akan diserahkan dalam tempoh yang dinyatakan seperti berikut:
"Klausa 25(1)
"vacant possession of the said Parcel shall be delivered to the Purchaser in the manner stipulated in cl 27 within fifty four (54) months from the date of this Agreementâ€.
Klausa 29(1)
"The common facilities serving the said housing development, which shall form part of the common property, shall be completed by the Developer within fifty four (54) months from the date of this Agreement. The Developer's architect shall certify the date of completion of the said common facilities and a copy of the certification shall be provided to the Purchaser"."
[6] Ini bermaksud dari tarikh perjanjian yang ditandatangani masing- masing oleh pemohon, pemaju perlu menyerahkan milikan kosong dalam tempoh 54 bulan iaitu 4 tahun 6 bulan. Milikan kosong paling awal boleh disimpulkan pada September 2021 (mengambil kira perjanjian ditandatangani pada Mac 2017) dan paling akhir ialah pada Jun 2022 (mengambil kira perjanjian ditandatangani pada Disember 2018). Manakala surat-surat Responden 1 dan 2 memberi pelanjutan masa pula masing-masing bertarikh 4 November 2020, 1 Disember 2021 dan 14 Jun 2022 dengan tempoh lanjutan berkuatkuasa dari tarikh 18 Mac 2020 hingga 31 Ogos 2020, dari 1 September 2020 hingga 31 Disember 2020 dan pengecualian 304 hari daripada pengiraan masa serahan milikan kosong dan penyiapan kemudahan bersama bagi MSA.
[7] Mengambil kira tempoh serahan milikan kosong sepatutnya berlaku berdasarkan kl 25(1) di atas di antara September 2