SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2025 MarsdenLR 2464

MAHKAMAH TINGGI MALAYA SHAH ALAM
PENDAKWA RAYA LWN. SOON PING KIONG & SATU LAGI DAN KES-KES YANG LAIN
[Perbicaraan Jenayah No: BA-45A-41-3/2022 BA-45A-42-3/2022 BA-45A-43-3/2022 & BA-45-60-11/2022]



Petitioner Advocates:Mohd Firdaous Mohamed Idris ,Respondent Advocate: Datuk N. Sivananthan,Low Huey Theng

Pendakwaan perlu membuktikan elemen milikan, kawalan, dan pengetahuan untuk sabitan pengedaran dadah, yang ditunjukkan melalui keterangan pembuktian. Tertuduh disabitkan dengan hukuman penjara seumur hidup.

Headnote:(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 - Seksyen 39B(1)(a) dan 39B(2) - Tertuduh telah dituduh melakukan kesalahan mengedar dadah dengan berat berbeza termasuk Methamphetamine, MDMA, Ketamine, dan Heroin - Mahkamah mendapati pendakwaan telah membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh - Tertuduh tidak mengaku salah dan memilih untuk memberi keterangan bersumpah - Mahkamah memutuskan tertuduh disabitkan kesalahan dan dikenakan hukuman penjara seumur hidup dengan hukuman tambahan sebatan. (Paras 1-3, 4, 103-156)

(B) Prinsip Pembuktian - Mahkamah memutuskan bahawa beban pembuktian terletak pada pihak pendakwaan untuk membuktikan elemen kawalan, jagaan, milikan, dan pengetahuan terhadap dadah yang dirampas serta pengedaran dadah - Mahkamah mendapati tertuduh memiliki pengetahuan dan kawalan ke atas barang kes berdasarkan keterangan yang dikemukakan. (Paras 22, 45, 130-134)

(C) Keputusan Rayuan - Rayuan tertuduh ditolak berdasarkan fakta kes yang kukuh dan tiada keraguan munasabah yang ditimbulkan. (Paras 155-156)

Table of Content
1. court finds evidence of prima facie case. (Para 4)
2. charges against defendants for drug distribution. (Para 7 , 8 , 10)
3. prosecution proves illegal possession of controlled substances. (Para 21 , 22 , 23)
4. defense claims lack of control and knowledge over drugs. (Para 39 , 104 , 140 , 146 , 147)
5. defendants have exclusive control over the seized drugs. (Para 63 , 76 , 78)
6. court imposes life sentences based on severity. (Para 149 , 154 , 155 , 156 , 157)

[4] Pada 6 Jun 2025, di akhir kes pendakwaan, Mahkamah memutuskan pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes di luar keraguan munasabah dan Mahkamah telah mensabitkan OKT- OKT sepertimana pertuduhan.

[5] Tidak berpuas hati atas keputusan Mahkamah ini, OKT-OKT telah memfailkan Notis Rayuan bertarikh 11 Jun 2025 terhadap keseluruhan keputusan atas sabitan dan hukuman untuk pertuduhan di bawah s 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB 1952) yang dihukum di bawah s 39B(2) Akta yang sama ke Mahkamah Rayuan.

[6] Manakala untuk pertuduhan di bawah s 12(2) yang dihukum di bawah s 39A(2) ADB 1952 dan pertuduhan di bawah s 30(3) Akta Racun 1952 yang dihukum di bawah s 30(5) Akta Racun 1952 , rayuan atas sabitan sahaja

[7] Berikut adalah keputusan muktamad Mahkamah ini.

Fakta Kes

[8] Keempat-empat kes (No. Kes: BA-45A-41-03/2022, BA-45A-42-03/2022, BA-45A-43-03/2022 dan BA-45-60-11/2022) adalah dibicarakan secara bersama kerana keempat-empat kes ini melibatkan saksi-saksi yang sama. Hanya No kes: BA-45A-41- 03/2022 melibatkan OKT Soon Ping Kiong sahaja dan pertuduhan tersebut adalah berkenaan dengan dadah di dalam kotak (eksibit P21) yang dijumpai di dalam kereta.

[9] Manakala kes kedua, kes ketiga dan kes keempat (No. Kes: A-45A- 42-03/2022, BA-45A-43-03/2022 dan BA-45-60-11/2022) melibatkan OKT - Soon Ping Kiong dan OKT Miss Prakat Tachan telah dituduh bersama dan pertuduhan-pertuduhan adalah berkenaan dengan dadah dan racun yang dijumpai di dalam rumah.

[10] Pihak Pendakwaan telah memanggil seramai sebelas (11) orang saksi bagi membuktikan kes terhadap OKT-OKT seperti berikut:

[11] Pada 17 November 2020 jam lebih kurang 11.40 pagi, pengadu (SP5) dan anggota serbuan telah membuat pemerhatian ke atas sebuah kereta Toyota Altis nombor pendaftaran VFA 6330 yang di parkir di tepi kedai pusat servis kereta Hup Tuck Air Cond & Auto Service, No 43, Jalan Apollo U5/192, Bandar Pinggir Subang, seksyen U5, Shah Alam, Selangor (tempat kejadian). Kemudian, datang OKT 1 yang membawa sebuah kotak menghala ke arah kereta tersebut. OKT 1 dilihat memasukkan kotak tersebut ke dalam boot kereta tersebut.

[12] SP5 telah menghampiri OKT 1 dan memperkenalkan diri sebagai polis lalu membuat pemeriksaan fizikal ke atas OKT 1 namun tidak menjumpai apa-apa barang salah. SP5 menjumpai serangkai kunci dan alat kawalan jauh berlogo Toyota (P41A) dalam genggaman tangan kanan OKT 1. Melalui semakan JPJ, kereta Toyota Altis tersebut dimiliki oleh teman Wanita (OKT2) kepada OKT1.

[13] Pemeriksaan ke atas kotak (P21) yang dibawa oleh OKT 1 menjumpai (1) bungkusan besar plastik berwarna hitam (P31) dan di dalamnya terdapat (17) bungkusan kecil warna hitam (P31A - P31Q) dan di dalam setiap bungkusan kecil itu terdapat plastik lutsinar bertulis AAA (P31A(1) - P31Q(1)) mengandungi ketulan mampat kristal disyaki dadah syabu anggaran berat 17480 gram.

[14] Seterusnya, OKT 1 telah membuka kunci mangga pada pintu gril tingkat bawah menggunakan kunci yang dijumpai daripada OKT 1 dan pergi ke rumah di tingkat atas pusat servis kereta Hup Tuck Air Cond & Auto Service tersebut. Ketika SP5 dan anggota serbuan bersama OKT 1 sampai di hadapan pintu utama rumah tersebut dapati pintu bertutup tetapi tidak berkunci.

[15] OKT 1 membuka pintu tersebut dan apabila memasuki rumah tersebut, pengadu dapati terdapat OKT 2 dan anaknya yang berada di ruang tamu rumah. Pengadu memperkenalkan diri sebagai polis kepada OKT 2.

[16] Seterusnya, OKT 1 telah menunjukkan (3) beg bagasi dan (1) beg plastik yang terdapat di ruang tamu sebela

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
logo-black

An indispensable Tool for Legal Professionals, Endorsed by Various High Court and Judicial Officers

Please visit our Training & Support
Center or Contact Us for assistance

qr

Scan Me!

India’s Legal research and Law Firm App, Download now!

For Daily Legal Updates, Join us on :

whatsapp-icon Back to top