SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2025 MarsdenLR 4216

MAHKAMAH TINGGI MALAYA SEREMBAN
HARTANI MAJU SDN BHD & SATU LAGI LWN. PENTADBIR TANAH PORT DICKSON (LAMP 1 & 6)
[Saman Pemula No: NA-24NCvC-459-08/2024]



Pemindahan milik tanah di bawah Akta 530 hanya boleh dilakukan oleh waris kadim. Pemindahan melibatkan dokumen palsu adalah tidak sah dan melanggar peruntukan undang-undang.

Headnote:(A) Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 - Seksyen 14, 15 dan 19; Kanun Tanah Negara 1965 - Seksyen 340 - Permohonan untuk membatalkan kaveat pendaftar pada hartanah pertanian ditolak, setelah diperolehi melalui dokumen palsu dan tidak sah - Pemindahan milik tanah di bawah Akta 530 hanya terhad kepada waris kadim, dan pemindahan kepada syarikat adalah dilarang. (Paras 19-29)

(B) Penggunaan dokumen palsu dalam proses pemindahan hakmilik adalah tidak sah dan melanggar peruntukan undang-undang - Mahkamah mendapati perjanjian jual beli adalah 'void ab initio' dan perlu dipulihkan kepada keadaan asal. (Paras 19-30)

(C) Peruntukan undang-undang yang jelas menetapkan bahawa pemindahan tanah tanpa mengikuti prosedur dan kelulusan yang betul adalah bertentangan dengan matlamat pemilikannya. (Paras 1-32)

Facts of the case:
Pemohon Pertama memohon pendaftaran hakmilik bagi tanah di bawah Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) namun pendaftaran tersebut ditentang atas alasan terdapat unsur penipuan dalam dokumen. Responden memasukkan kaveat pendaftar untuk melindungi kepentingan sebelum tindakan ini.

Findings of Court:
Saman Pemula Pemohon-Pemohon ditolak dengan kos RM3,000.00 yang perlu dibayar oleh Pemohon kepada Responden, selaras dengan peruntukan undang-undang berkenaan pemindahan hartanah yang tidak sah.

Issues: Isu utama adalah sama ada responden mempunyai hak ke atas hartanah dan sama ada dokumen pemindahan milik tersebut adalah sah di sisi undang-undang.

Ratio Decidendi: Mahkamah menegaskan pentingnya pematuhan kepada undang-undang yang mengawal pemindahan milik tanah, dan sebarang pemindahan yang melanggar ketetapan perundangan adalah dipandang sebagai tidak sah dan perlu dibatalkan.

Result: Saman Pemula Pemohon-Pemohon ditolak.

Table of Content
1. application for land ownership relief. (Para 1 , 2 , 3)
2. dissatisfaction with trial court’s decision. (Para 4 , 5 , 6)
3. authority over group settlement lands under law. (Para 12 , 13 , 14 , 15)
4. validity of agreements under land law. (Para 16 , 17 , 18 , 19)
5. fraud in registration undermines land ownership. (Para 20 , 21 , 22 , 23)
6. ownership through fraudulent documents is defeatably void. (Para 24 , 25 , 26 , 27 , 28 , 29 , 30)
7. court dismisses plaintiff's action. (Para 31)
Mohamad Haldar Abdul Aziz PK:

Pendahuluan

Saman Pemula Plaintif (Lampiran -1)

[1] Di dalam Lampiran - 1, Pemohon-Pemohon memohon kepada Mahkamah untuk mendapatkan perintah-perintah seperti berikut:

(a) Kaveat Pendaftar dalam No Perserahan 264/2022 didaftarkan pada 14 Julai 2022 yang dimasuki oleh Responden iaitu Pentadbir Tanah, Port Dickson ke atas hartanah yang dipegang di bawah Geran Mukim 1352, Lot 3730, Mukim Jimat, Tempat RTP Sungai Nipah (Chuah III), Daerah Port Dickson, Negeri Sembilan Darul Khusus ("Hartanah Tersebut") adalah dipotong dan dibatalkan dengan serta merta;

(b) Responden sama ada melalui wakilnya, ejennya atau pengkhidmatnya atau selainnya untuk dan bagi dirinya sendiri atau bagi pihak lain adalah dihalang daripada memasukkan apa-apa kaveat Pendaftar lain atau lanjut ke atas Hartanah tersebut berdasarkan alasan dan asas yang sama dengan itu yang telah disandarkan bagi memasukkan Kaveat Pendaftar No Perserahan 264/2022, didaftarkan pada 14 Julai 2022;

(c) Pentadbir Tanah dan/atau Pendaftar Hakmilik dan/atau kesemua pihak berkuasa adalah diarahkan menurut s 417 Kanun Tanah Negara 1965 untuk memberi kesan kepada perintah-perintah dalam ini dengan membatalkan kaveat pendaftar tersebut di atas dokumen hakmilik Tanah itu;

(d) Suatu Perintah Mahkamah memerintahkan pindahmilik Hartanah dipegang di bawah Geran Mukim 1352, Lot 3730, Mukim Jimah, Tempat RTP Sungai Nipah (Chuah III), Daerah Port Dickson, Negeri Sembilan Darul Khusus ("Hartanah Tersebut") dari nama pemilik berdaftar Hartani Maju Sdn Bhd terus kepada Gan Kok Chian (No. K/P: 721002-05-5049) tanpa perlu apa-apa permohonan kebenaran dari pihak berkuasa negeri dan/atau mana- mana pihak.

(e) Suatu Perintah Mahkamah memerintahkan Pemohon Pertama, Hartani Maju Sdn Bhd menandatangani serta memberi kuatkuasa Memorandum Pindah-Milik (Borang 14A) untuk memindahmilik Hartanah tersebut kepada Pemohon Kedua, Gan Kok Chian (No. K/P: 721002-05-5049) sebagai penerimaan pindahmilik/nomini Hartanah tersebut.

(f) Responden diperintahkan untuk mendaftarkan Gan Kok Chian (No. K/P: 721002-05-5049) sebagai pemilik berdaftar baru hartanah tersebut yang bernombor Geran Mukim 1352, Lot 3730, Mukim Jimah, Tempat RTP Sungai Nipah (Chuah III), Daerah Port Dickson, Negeri Sembilan;

(g) Kos permohonan ini ditanggung oleh Pemohon- Pemohon.

(h) Relief lain atau lanjut yang Mahkamah ini anggap adil dan suaimanfaat.

[2] Saman Pemula Pemohon-Pemohon ini disokong oleh afidavit yang diikrarkan oleh Pemohon Kedua (Gan Kok Chian) yang telah diberi kuasa untuk mengikrarkan afidavit ini bagi pihak Defendan Pertama, Hartani Maju Sdn Bhd bertarikh 28 Ogos 2024 (Lampiran- 2).

[3] Di antara alasan-alasan yang disandarkan oleh Plaintif di dalam tindakan Saman Pemula ini (Lampiran - 1) adalah seperti berikut:

(a) Perkara pokok dalam tindakan ini adalah sebidang tanah yang dipegang di bawah Geran Mukim 1352, Lot 3730, Mukim Jimah, Daerah Port Dickson, Tempat RTP Sungai Nipah (Chuah III), Daerah Port Dickson, Negeri Sembilan Darul Khusus ("Tanah itu"). Tanah itu adalah tanah pertanian. Tuanpunya berdaftar Tanah itu adalah Pemohon Pertama (1).

(b) Responden adalah Pentadbir Tanah Port Dickson dan merupakan pihak-pihak berkuasa berkaitan hal-hal tanah di Port Dickson.

(c) Melalui satu perjanjian jualbeli bertulis bertarikh 15 Jun 2017, Pemohon Pertama (1) telah membeli daripada Hakeem Faizal bin Mohd Hasan (No. K/P: 820526-71-5021) itu untuk balasan wang sebanyak RM530,000.00 (Ringgit Malaysia: Lima Ratus Tiga Puluh Ribu Saha

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top