SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2013 MarsdenLR 1841

Pendakwa Raya lwn Zul bin Hassan dan lain-lain



The court upheld that prima facie evidence regarding corruption must be credible and sufficient, clarifying that political contributions require proof of corrupt intent to constitute bribery.

Headnote:(A) Akta Pencegahan Rasuah 1997 - Seksyen 10(a)(aa) dan Seksyen 42 - Rayuan oleh pendakwa raya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak rayuan dan mengekalkan keputusan pelepasan dan pembebasan - Mahkamah mendapati pendakwaan gagal membuktikan prima facie di hadapan hakim mahkamah sesyen - Keterangan penting seperti keterangan agen provocateur tidak cukup kuat untuk menyokong pertuduhan. (Paras [13], [44], [58])

(B) Bukti dan keterangan - Keterangan agen provocateur boleh diterima tetapi perlu diteliti dengan berhati-hati - Keputusan mahkamah yang menolak keterangan hearsay adalah tepat. (Paras [22], [28])

(C) Prinsip undang-undang - Memerlukan bukti tertentu untuk membuktikan elemen rasuah - Sumbangan politik tidak semestinya merupakan rasuah tanpa adanya bukti niat jahat. (Paras [47], [46])

Facts of the case:
Responden dituduh meminta dan menerima rasuah dalam bentuk wang tunai dan perkhidmatan seks sebagai dorongan untuk mendapatkan projek pembangunan. (Paras [6], [8])

Findings of Court:
Mahkamah memutuskan bahawa tidak ada bukti yang mencukupi untuk menetapkan kes prima facie terhadap responden; keputusan PK disahkan. (Paras [58])

Issues: Adakah undang-undang dan fakta PK betul dalam menilai keterangan yang mengaitkan responden dengan kesalahan rasuah? (Paras [13])

Ratio Decidendi: Keterangan yang disampaikan melalui agen provocateur diperiksa dengan ketat, dan keterangan hearsay tidak boleh diterima untuk membuktikan kebenaran yang dituntut. (Paras [22], [28])

Result: Rayuan ditolak.

Table of Content
1. introduction of appeals and their nature. (Para 1 , 2 , 3)
2. details of the appeals and court orders. (Para 4 , 5)
3. facts of the bribery case. (Para 6 , 7 , 8 , 9 , 10 , 12)
4. arguments from the prosecution. (Para 13 , 14 , 15 , 16 , 17)
5. key legal questions regarding evidence. (Para 19 , 20)
6. admissibility of agency provocateur testimony. (Para 21 , 22 , 23 , 26)
7. hearsay evidence and its implications. (Para 28 , 29 , 33)
8. requirements for wiretapped evidence. (Para 35 , 36 , 39 , 40)
9. requirements for proving bribery. (Para 43 , 44)
10. analysis of specific charges and evidence. (Para 47 , 48 , 49 , 50 , 51 , 52 , 53 , 55)
11. conclusion of the court's decision. (Para 58 , 59)

Zawawi Salleh HMR:

[1]Ini adalah rayuan oleh Pendakwa Raya Malaysia (‘perayu’) terhadap keputusan pesuruhjaya kehakiman Mahkamah Tinggi Ipoh, Perak (‘PK’) pada 22 April 2011 yang menolak rayuan perayu dan mengekalkan perintah pelepasan dan pembebasan di akhir kes pendakwaan yang dibuat oleh Mahkamah Sesyen Ipoh bagi beberapa pertuduhan di bawah s 10(a)(aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (‘Akta 575’)s 16Akta yang sama.

[2]Terdapat juga rayuan silang (‘cross-appeal’) oleh Usaili bin Alias dan Mohd Osman bin Mohd Jailu, iaitu responden kedua dan responden keempat di Mahkamah Tinggi terhadap keputusan PK yang mengakas keputusan hakim mahkamah sesyen dan memutuskan bahawa pendakwa raya telah berjaya membuktikan kes prima facie serta mengarahkan mereka membela diri. Walau bagaimanapun, rayuan silang ini tidak diteruskan. Pada pandangan kami, keputusan responden ketiga dan responden keempat untuk tidak meneruskan rayuan adalah wajar kerana keputusan sama ada pendakwa raya telah berjaya membuktikan kes prima facie dalam sesuatu kes bukanlah keputusan (‘decision’) yang boleh dirayukan ke Mahkamah Rayuan (lihat Saad bin Abbas & Anor v Public Prosecutor [1998] 4 CLJ 575; Public Prosecutor v Letchumanan Suppiah [2009] 5 CLJ 625; Lim Hung Wang & Ors v Public Prosecutor [2011] 7 CLJ 318).

[3]Semasa perbicaraan dijalankan di mahkamah sesyen, seramai 30 orang saksi pendakwaan telah dipanggil untuk memberi keterangan dan sejumlah 109 barang kes telah dikemukakan. Pada 28 September 2009, selepas SP3 memberi keterangan, timbalan pendakwa raya yang mengendalikan perbicaraan telah memaklumkan kepada mahkamah bahawa salah seorang tertuduh, iaitu Ruslan bin Sahat, telah meninggal dunia dan seterusnya pendakwa raya telah menarik balik pertuduhan terhadap beliau. Mahkamah telah meneruskan perbicaraan terhadap responden-responden yang lain.

[4]PK telah menolak rayuan pendakwa raya terhadap perintah pelepasan dan pembebasan hakim mahkamah sesyen bagi kes-kes yang berikut:

(a)Kes No 61–7 Tahun 2008 terhadap responden pertama;

(b)Kes No 61–8 Tahun 2008 terhadap responden kedua dan responden ketiga;

(c)Kes No 61–10 Tahun 2008 terhadap responden ketiga berhubung dengan keempat-empat pertuduhan; dan

(d)Kes No 62–125 Tahun 2008 terhadap responden kelima.

[5]Walau bagaimanapun, PK telah membenarkan rayuan pendakwa raya dalam Kes No 61–9 Tahun 2008 terhadap responden ketiga dan responden keempat berhubung dengan kesemua ketiga-tiga pertuduhan yang dikemukakan terhadap mereka. Oleh itu, responden ketiga dan responden keempat telah diperintahkan membela diri di hadapan mahkamah sesyen.

FAKTA KES

[6]Secara ringkas, responden-responden telah dituduh meminta dan/atau menerima wang tunai dan perkhidmatan seks daripada Mohamad Imran bin Abdullah (‘SP6’) sebagai suatu dorongan supaya beliau memperolehi projek yang dicadangkan, iaitu, untuk membangunkan tanah seluas 90 ekar di kawasan Pusat Bandar Seri Iskandar secara usaha sama dengan Majlis Daerah Perak Tengah (‘MDPT’).

[7]Pada 2 Ogos 2008, Encik Firdaus bin Idris (‘SP18’), seorang Pegawai Penyiasat Badan Pencegah Rasuah Negeri Perak, telah menerima maklumat mengatakan terdapat perbuatan rasuah dan penyelewengan yang melibatkan projek pembangunan di Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (‘PKNP’) dan MDPT. Ia dikatakan melibatkan beberapa

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top