SESYEN MAHKAMAH (KUALA KANGSAR)
ROHAIDA ISHAK, J
Pendakwa Raya lwn – Appellant
Versus
Haney Sham bin Abdul Hamid – Respondent
PERBICARAAN JENAYAH NO AG-83-108-08 TAHUN 2024 DAN AG-85-7-08 TAHUN 2024
ALASAN PENGHAKIMANPENGENALAN
[1]HANEY SHAM BIN ABDUL HAMID di dalam kes ini telah dituduh di mahkamah ini pada 15.8.2024 bagi dua (2) kesalahan yang boleh dihukum dibawah Seksyen 323Kanun Keseksaan
[2]Pertuduhan-pertuduhan yang dikemukakan terhadap tertuduh adalah seperti berikut:
PERTUDUHAN BAGI KES AG-83-108-08/2024
Bahawa kamu pada 9/8/2024 jam lebih kurang 1.15 petang bertempat di rumah UP 55 Kampung Ulu Piol Manong, di dalam Daerah Kuala Kangsar di dalam Negeri Perak Darul Ridzuan dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada isteri kamu Nor Alliza Binti Mohd Alwi, KP : 800628-08-5050. Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan dibawah Seksyen 323Kanun KeseksaanSeksyen 326AKanun Keseksaan
HUKUMAN:
SEK. 323KK
Penjara selama tempoh setahun, atau dengan denda yang boleh sampai dua ribu ringgit, atau dengan kedua-duanya.
SEK. 326AKK
Diseksa dengan pemenjaraan bagi suatu tempoh dua kali ganda tempoh maksimum yang mana boleh dikenakan atas sabitan bagi kesalahan itu dibawah Seksyen yang relevan.
PERTUDUHAN BAGI KES AG-85-7-08/2024
Bahawa kamu pada 9/8/2024 jam lebih kurang 2.30 petang, di UP55 Kampung Ulu Piol 33800 Manong, dalam Daerah Kuala Kangsar, dalam Negeri Perak, dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan ke atas Mohd Azlan bin Mohd Alwi, KPT: 840227085267 dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 323Kanun Keseksaan
HUKUMAN:
SEK. 323KK
Dihukum pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai setahun atau dengan denda yang boleh sampai dua ribu ringgit atau dengan kedua-duanya
[3]Semasa OKT dituduh di mahkamah, Encik Imran, peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) hadir mewakili OKT. Seterusnya kedua dua pertuduhan di atas telah dibacakan, diterangkan dan difahamkan kepada OKT. OKT mengakui faham kedua dua pertuduhan yang telah dikemukakan terhadapnya dan memilih untuk mengaku salah. Mahkamah seterusnya telah membacakan dan menjelaskan hukuman hukuman yang boleh dikenakan ke atas OKT sekiranya beliau disabitkan bersalah. OKT mengakui faham kesan dan akibat pengakuan bersalahnya dan masih mahu mengaku salah ke atas kedua dua pertuduhan.
[4]Seterusnya fakta kes telah dibacakan kepada OKT-OKT. Kedua dua OKT juga telah mengesahkan fakta kes yang dibentangkan dan tidak ada membuat apa apa bantahan. Barang barang kes yang berkaitan telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan dan kesemua barang kes juga diakui benar tanpa sebarang syarat. Setelah mahkamah berpuas hati bahawa OKT faham sebab dan akibat pengakuan salahnya dan pengakuan salahnya juga dibuat dengan rela hati tanpa sebarang paksaan dari mana-mana pihak, mahkamah telah menerima pengakuan salah OKT dan seterusnya mensabitkan OKT bersalah ke atas pertuduhan setelah mahkamah berpuas hati bahawa pengakuan salah oleh OKT adalah unreserved, unequivocal and unqualified seperti mana yang telah diputuskan di dalam kes PP V NOR ZULIANA TAHIR & ANOR [2017] 1 LNS 1137
“It is trite law that there are safeguards which must be complied with before a court can accept a plea of quilty as valid and unequivocal. First, the court must ensure that it is the accused himself who wishes to plead guilty and the accused must plead guilty by his mouth, and not through his counsel. Secondly, the Court must ascertain that the accused understands the nature and consequences of his plea. Thirdly, the Court must ensure that the accused intends to admit without qualification the offence alleged against him. This is done by the prosecution tendering a statement of facts disclosing all the necessary elements of the offence.”
[5]Sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman, OKT telah diberikan peluang untuk mengemukakan rayuan. Timbalan Pendakwaraya juga telah diberi peluang untuk memberikan hujahan untuk pemeratan hukuman.
[6]Setelah Mahkamah mendengar rayuan meringankan hukuman yang disampaikan oleh peguam YBGK dan mendengar hujahan pemberatan hukuman yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan maka Mahkamah telah menjatuhkan hukuman seperti berikut:
Kes no:
Login now and unlock free premium legal research
Login to SupremeToday AI and access free legal analysis, AI highlights, and smart tools.
Login
now!
India’s Legal research and Law Firm App, Download now!
Copyright © 2023 Vikas Info Solution Pvt Ltd. All Rights Reserved.