2025 MarsdenLR 5943
MAHKAMAH SESYEN (KUALA TERENGGANU)
NAZLYZA MOHAMAD NAZRI, J
Fatimah Zaharah bt Jusoh dan lain-lain lwn – Plaintiff
Versus
Muhammad Ayub bin Razali dan satu lagi – Defendant
GUAMAN SIVIL NO TA-B53KJ-2-01 TAHUN 2023
Defendants are 100% liable for the accident due to negligence, resulting in significant compensatory awards for injuries and losses incurred by the plaintiffs.
Headnote:(A) Road Traffic Act 1987 - Liability for negligence - Defendant found 100% liable for a road accident that occurred on 18.2.2020 - Plaintiffs awarded RM71,000 for driver, RM138,500 for front passenger, and RM254,000 for the child passenger. - Claims for dependency and bereavement by the deceased's family were also allowed, amounting to RM82,800 and RM6,900, respectively. (Paras 5, 11, 48, 59, and 60)
(B) Quantum of damages - The court emphasized that compensation must be fair and reasonable; damages for personal injuries are compensatory rather than punitive, based on the principle of reparation. (Paras 42, 44, and 58)
(C) Evidence consideration - The plaintiffs’ evidence was supported by multiple witnesses, while the defense failed to provide a coherent version of events leading to the accident. (Paras 23, 31, and 39)
| Table of Content |
|---|
| 1. plaintiffs sued for damages due to a vehicular accident. (Para 1 , 2 , 3) |
| 2. the court awarded damages based on the evidence provided. (Para 4 , 5 , 6 , 8 , 9 , 11) |
| 3. defense argued plaintiffs also contributed to the accident. (Para 29 , 30 , 31 , 32 , 33 , 34) |
| 4. court concluded defendant fully liable for the accident. (Para 39 , 40 , 58) |
| 5. final judgment on awarded damages and liabilities. (Para 59 , 60) |
ALASAN PENGHAKIMANA. PENGENALAN
[1]Plaintif-Plaintif dalam tindakan ini menyaman Defendan- Defendan berakibat satu kemalangan jalan raya yang telah berlaku pada 18.2.2020 jam lebih kurang 6.00 petang di KM 39.5 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di antara dua (2) buah kereta yang memandu dari arah saling bertentangan.
[2]Plaintif Pertama memandu kereta jenis Perodua Axia no pendaftaran TCC 4398 manakala Defendan Pertama dari arah bertentangan memandu kereta jenis Proton Iswara bernombor pendaftaran TV 1114 dan kemalangan ini telah menyebabkan kematian penumpang di tempat duduk belakang kereta dipandu Plaintif iaitu penama, Zakaria bin Nordin (si mati).
[3]Sepanjang perbicaraan Plaintif telah mengemukakan seramai lapan (8) orang saksi manakala Defendan hanya mengemukakan seorang saksi pakar iaitu SD1 dan menutup kesnya.
[4]Pada 16.1.2025, setelah Mahkamah ini meneliti dan mempertimbangkan keseluruhan keterangan dan hujah kedua belah pihak, Mahkamah ini mendapati dan memutuskan bahawa di atas imbangan kebarangkalian Defendan Pertama adalah bertanggungan sepenuhnya di dalam kemalangan ini dan demikian tuntutan Plaintif-Plaintif dibenarkan atas dasar 100%.
[5]Untuk Kuantum, Gantirugi Am yang dibenarkan kepada Plaintif Pertama adalah berjumlah RM71,000.00, Plaintif Ketiga/ SP7 adalah berjumlah RM138,500.00 manakala Gantirugi Am bagi Plaintif Keempat dibenarkan dengan jumlah RM 254,000.00 sahaja.
[6]Untuk kuantum Gantirugi Khas yang dibenarkan kepada Plaintif Pertama/pemandu adalah RM2,938.00.
[7]Manakala, bagi tuntutan kerosakan motokar no pendaftaran TCC 4398 oleh Plaintif Kedua /pemilik berdaftar motokar yang telah disetujui pihak-pihak ditarik balik adalah dibatalkan tanpa kos.
[8]Bagi tuntutan kehilangan tanggungan/dependency claim Plaintif Ketiga dan anaknya, Plaintif Keempat berakibat kematian si mati dalam kemalangan ini, Mahkamah membenarkan sejumlah RM82,800.00 manakala sejumlah RM 6,900.00 dibenarkan kepada Plaintif Kelima (ibu si mati) bagi tuntutan yang sama.
[9]Kos pengebumian dengan jumlah RM2,000.00 juga dibenarkan kepada Plaintif Ketiga sebagaimana disetujui pihak-pihak. Bagi tuntutan kesedihan/ bereavement oleh Plaintif Ketiga/ SP7, Mahkamah ini membenarkan jumlah RM30,000.00 tersebut akibat kehilangan si mati selaras Seksyen 7(3b) (A)Pindaan Akta Undang-Undang Sibil 1956
[10]Selanjutnya, Gantirugi Khas yang dibenarkan kepada Plaintif Ketiga/ SP7 adalah RM 5405.85 (dengan faedah) dan RM 150,420.00 (tanpa faedah) dan Gantirugi Khas dibenarkan kepada Plaintif Keempat adalah RM5,495.00 (dengan faedah) dan RM6,600.00 (tanpa faedah)
[11]Tuntutan Balas dan Tolakan oleh Defendan adalah ditolak sebagaimana dapatan dan keputusan liabiliti Mahkamah di atas.
[12]Faedah dibenarkan 5% setahun terhadap Gantirugi Am bermula dari tarikh penyerahan saman sehingga tarikh penghakiman, 2.5% setahun terhadap Gantirugi Khas bermula dari tarikh kemalangan sehingga ke tarikh penghakiman dan kadar 5% setahun atas Gantirugi yang dibenarkan dikira dari tarikh penghakiman sehingga penyelesaian penuh.
[13]Kos tindakan yang diputuskan adalah mengikut skala berdasarkan liabiliti yang dibenarkan. Turut diperintahkan untuk bayaran dibuat kepada Plaintif-Plaintif melalui Akuan Pelanggan Peguamcara Plaintif, Tetuan Nargis Kasam & Associates.
[14]Tidak berpuas hati dengan keseluruhan Keputusan liabilitI dan kuantum oleh Mahkamah ini, Defendan-Defendan telah memfailkan Notis Rayuan bertarikh 28.1.2025 merayu terhadap keseluruhan Keputusan liabiliti dan kuantum dan demikian Alasan ini disediakan.
B. LIABILITIVERSI PLAINTIF
[15]Keterangan pemandu iaitu Pl