SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2026 MarsdenLR 1240

MAHKAMAH TINGGI MALAYA SEREMBAN
MOHAMAD HALDAR ABDUL AZIZ, J
MOHD NOOR UZAIRI ADAM & YANG LAIN – Appellant
Versus
MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN – Respondent
[Guaman Sivil No: NA-21NCvC-5-07/2023]



Legal Category Hierarchy

Table of Contents

1. Application to set aside judgment entered for non-appearance at trial – Abuse of process and lack of merit in underlying claim for wrongful termination of contract service. (Para 1 , 6 , 15 )

2. Plaintiffs contended non-appearance due to conflicting hearings and claim had merit; Defendant opposed arguing abuse of process and valid termination under contract. (Para 1 , 7 , 8 , 31 )

3. Application dismissed with costs to the defendant. (Para 3 , 47 )

4. What constitutes abuse of court process in the context of serial litigation and non-compliance?

Repeated filing of similar actions, failure to pay costs, and non-attendance due to poor diary management amount to abuse of court process. (Para 18 , 19 , 20 , 21 , 22 , 23 , 24 , 25 , 26 , 27 , 28 , 29 , 30 , 31 , 32 )

5. Is termination of a contract employee under a clause permitting termination by notice without cause valid?

Yes, termination simpliciter under such a clause is valid and does not constitute wrongful dismissal. (Para 33 , 34 , 35 , 36 , 37 , 38 , 39 , 40 , 41 , 42 , 43 , 44 , 45 , 46 )

6. Does a contract employee have a right to be heard before termination under a clause that allows termination without cause?

No, the employee cannot insist on a hearing when the contract permits termination without reasons; the employer may choose to act under that clause. (Para 40 , 41 , 42 , 43 , 44 )

PENGHAKIMAN

Mohamad Haldar Abdul Aziz H:

Pendahuluan

Notis Permohonan Plaintif-Plaintif (Lampiran - 71)

[1] Di dalam Lampiran - 71, Plaintif-Plaintif memohon kepada Mahkamah di bawah a 35 k 2 dan/ atau a 1A dan/ atau a 92 k 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan / atau bidang kuasa sedia ada Mahkamah untuk perintah-perintah berikut:

(a) Masa untuk memfailkan permohonan ini dilanjutkan (jika perlu);

(b) Bahawa Penghakiman di bawah a 35 k 1 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 yang diberikan pada 5 Januari 2026 (selepas ini dirujuk sebagai "Penghakiman tersebut") diketepikan menurut a 35 k 2 dan/atau a 1A dan/atau a 92 k 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan/atau kuasa-kuasa sedia ada Mahkamah Yang Mulia ini;

(c) Bahawa kes ditetapkan untuk Sambung Bicara untuk mendengar keterangan saksi-saksi pihak Plaintif-Plaintif;

(d) Bahawa kesemua prosiding pelaksanaan dan/atau arahan-arahan yang diberikan dalam guaman ini adalah digantungkan sehingga permohonan ini didengar dan dilupuskan sepenuhnya oleh Mahkamah Yang Mulia ini;

(e) Kos permohonan ini ditanggung oleh pihak Plaintif- Plaintif; dan

(f) Apa-apa relif dan/atau perintah lain yang dianggap suai manfaat, adil dan wajar oleh Mahkamah Yang Mulia ini.

[2] Notis Permohonan Plaintif-Plaintif di bawah Lampiran - 71 ini disokong oleh afidavit yang telah diikrarkan oleh Plaintif Kelima iaitu Muhammad Firdaus bin Abbas (No. K/P: 810105-04-5251) (Lampiran - 72) yang telah diberi kuasa sepenuhnya untuk mengikrarkan afidavit ini bagi pihak Plaintif Pertama, Plaintif Kedua, Plaintif Ketiga dan juga Plaintif Keempat dalam kes ini.

[3] Setelah Mahkamah ini mendengar, membaca, meneliti dan menilai afidavit-afidavit yang telah difailkan di dalam permohonan ini berserta hujahan-hujahan bertulis yang telah difailkan oleh kedua belah pihak iaitu Plaintif-Plaintif dan Defendan, maka pada 15 Mei 2026, Mahkamah memutuskan untuk menolak Notis Permohonan Plaintif-Plaintif di bawah Lampiran - 71 tersebut dengan kos sebanyak RM5,000.00 kepada Defendan tertakluk kepada pembayaran fi alokatur.

[4] Plaintif-Plaintif merasa tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah ini yang bertarikh 15 Mei 2026 tersebut, dan telah memfailkan Notis Rayuan ke Mahkamah Rayuan Malaysia bertarikh pada 29 Mei 2026 terhadap keseluruhan keputusan Mahkamah bertarikh 15 Mei 2026 tersebut yang telah menolak Notis Permohonan Plaintif-Plaintif dalam Lampiran 71 tersebut.

[5] Oleh itu, Notis Rayuan yang difailkan oleh Plaintif-Plaintif adalah terhadap keseluruhan keputusan yang telah diberikan oleh Mahkamah ini yang bertarikh pada 15 Mei 2026 berkenaan.

Fakta Ringkas Kes

[6] Di dalam tindakan ini, Plaintif-Plaintif telah memfailkan guaman ini iaitu Writ Saman (Lampiran - 1) dan Pernyataan Tuntutan (Lampiran - 2) yang kedua-duanya bertarikh pada 26 Julai 2023.

[7] Di antara relif-relif yang dipohon oleh Plaintif-Plaintif terhadap Defendan sepertimana yang terdapat dalam Pernyataan Tuntutan Plaintif-Plaintif (Lampiran - 2), adalah untuk satu perintah deklarasi bahawa Penamatan Perkhidmatan Plaintif Pertama, Plaintif Kedua, Plaintif Ketiga dan Plaintif Keempat oleh Defendan pada 31 Ogos 2020 melalui Notis Pemberhentian Perkhidmatan Kontrak sebagai Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41 di Majlis Agama Islam Negeri Sembilan yang bertarikh pada 28 Julai 2020 tersebut adalah salah, tidak sah dan terbatal.

[8] Begitu juga, dalam Pernyataan Tuntutan Plaintif (Lampiran - 2), Defendan Kelima memohon kepada Mahkamah satu perintah deklarasi bahawa Penamatan Perkhidmatan Plaintif Kelima pada 31 Ogos 2020 melalui Notis Pemberhentian Perkhidmatan Kontrak sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29 di Majlis Agama Islam Negeri Sembilan yang bertarikh pada 28 Julai 2020 tersebut adalah salah, tidak sah dan terbatal.

[9] Tindakan ini telah dimulakan dengan perbicaraan penuh pada 11 Disember 2025 dengan Plaintif Kelima (Muhammad Firdaus bin Abbas) (SP1) memberikan keterangannya kepada Mahkamah sebagai saksi pertama Plaintif-Plaintif. Setelah SP1 selesai memberikan keterangannya kepada M


Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top