SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Headnote Court Copy Facts Arguments Court observation Judicial Analysis Case Map Category Hierarchy Table of Content
Listen Article Pause Article
judgment-img

2025 MarsdenLR 2661

MAHKAMAH TINGGI MALAYA JOHOR BAHRU
MUHAMAD HAZWAN MD ZAINI LWN. SUGUMARAN EGHAMPARAM
[Rayuan Sivil No: JA-12B-79-10/2022]



Petitioner Advocates:Samantha Sam Huey Lee ,Respondent Advocate: Samreet Singh Sagoo

Important Points

The Plaintiff must prove the Defendant's negligence in a personal injury claim, and appellate courts are reluctant to interfere with trial court findings unless clearly erroneous.

Subject

Tort Law - Negligence

Headnote

(A) Road Traffic Act - Liability and Quantum of Damages - Plaintiff's appeal against the decision of the Sessions Court rejecting the claim against the Defendant for negligence and damages related to severe injuries sustained in a road accident on 19 May 2019 - Court found no evidence supporting Plaintiff's claim of liability against Defendant, ruling that the Plaintiff failed to prove the Defendant's negligence (Paras 2, 26, 49).

(B) Appeal Principles - The appellate court is reluctant to interfere with the trial court's findings unless it is plainly wrong or misdirected - The burden of proof lies with the Plaintiff to establish negligence (Paras 7, 8, 49).

(C) Quantum of Damages - The court upheld the trial court's decision on the quantum of damages, agreeing with the assessment and rationale provided by the trial judge (Paras 26, 49).

Facts of the case:
The Plaintiff was involved in a severe motorcycle accident with the Defendant's vehicle, resulting in significant injuries. The trial court ruled against the Plaintiff due to insufficient evidence of negligence by the Defendant.

Findings of Court:
The appellate court found that the trial court's decision was justified, and the evidence did not support the Plaintiff's claims.

Issues: The main issues addressed were the liability of the Defendant for the accident and the appropriateness of the damages awarded.

Ratio Decidendi: The court emphasized the importance of the burden of proof on the Plaintiff and the need for credible evidence to support claims of negligence.

Result: Appeals dismissed; trial court's decision upheld.

[1] Bagi tujuan rayuan ini, pihak-pihak dirujuk sebagaimana status mereka semasa prosiding di Mahkamah Sesyen sebelum ini.

[2] Ini adalah rayuan Plaintif terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen ("HMS") pada 20 Oktober 2022 yang menolak tuntutan Plaintif terhadap Defendan dengan kos. Rayuan Plaintif adalah berkaitan dengan liabiliti dan kuantum gantirugi yang melibatkan beberapa kecederaan tertentu yang dialami oleh Plaintif serta pendapatan masa hadapan di samping rawatan pada masa hadapan.

[3] Pada masa yang sama Defendan juga telah memfailkan rayuan balas bagi kuantum gantirugi yang berkaitan dengan ankle foot orthosis.

[4] Sebagai latar belakang, pada 19 Mei 2019 jam 11.20 malam, suatu kemalangan jalan raya telah berlaku yang melibatkan sebuah motosikal No. Pendaftaran JNT 2071 yang ditunggang oleh Plaintif dengan kereta No Pendaftaran JRB 6721 yang dipandu oleh Defendan di KM 26 Lebuhraya Pasir Gudang, Seri Alam, Johor Bahru. Akibat daripada kemalangan tersebut, Plaintif telah mengalami kecederaan yang teruk.

[5] Semasa perbicaraan di Mahkamah Sesyen, 9 orang saksi termasuk Plaintif sendiri telah memberi keterangan bagi pihak Plaintif manakala Defendan sendiri memberi keterangan bagi pihaknya.

[6] Setelah perbicaraan, HMS memutuskan bahawa Plaintif gagal membuktikan liabiliti di pihak Defendan dan menolak tuntutan Plaintif terhadap Defendan dengan kos.

Prinsip Mahkamah dalam mendengar rayuan

[7] Dalam hal rayuan, saya menyedari bahawa prinsip asas adalah sebagai mahkamah yang mendengar rayuan, mahkamah ini hendaklah perlahan dalam mengganggu dapatan HMS melainkan beliau jelas salah (plainly wrong), tidak cukup menilai keterangan yang dikemukakan (insufficient judicial appreciation of evidence), bertindak atas prinsip undang-undang yang salah atau tersalah arah (misdirected) mengenai fakta atau undang-undang (lihat kes Tan Kuan Yau v. Suhindrimani Angasamy ; [1985] CLJ (Rep) 323, Topaiwah v. Salleh ; , Mokhtarudin Abdullah & Anor v. Norizan Rosdi & 2 Ors ; dan Rasidin Partorjo v. Frederick Kiai ; [1976] 2 MLJ 214).

Tanggungjawab Plaintif Berkaitan Dengan Liabiliti

[8] Sebagai permulaan, adalah menjadi prinsip asas undang-undang yang mantap bahawa plaintif mestilah membuktikan kesnya sepertimana yang diputuskan dalam kes Kogilamah Malayan v. Aieyappan Tulukanam ; [2016] 6 MLJ 663, Ambank (M) Bhd v. Masri Abdul Rahman [2010] 15 MLRH 698, Juahir Sadikon v. Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor [1996] 1 MLRA 448; [1996] 3 MLJ 627; [1996] 4 CLJ 1; [1996] 3 AMR 2984, The Carbon Company Sdn Bhd v. Ng Lee Hoon [2017] 3 MLRA 650; [2017] 4 MLJ 791; [2017] 6 CLJ 189.

[9] Berbalik kepada rayuan di hadapan saya ini, adalah menjadi tanggungjawab Plaintif untuk membuktikan bahawa kemalangan berkenaan adalah berpunca daripada kecuaian Defendan.

Sama Ada Defendan Merupakan Punca Kemalangan

[10] Dalam rayuannya, Plaintif menyatakan bahawa kemalangan tersebut berlaku disebabkan motosikal Plaintif telah dilanggar dari belakang oleh Defendan yang menyebabkan Plaintif jatuh dan mengalami kecederaan yang teruk. Sebaliknya Defendan menegaskan bahawa Plaintif telah terjatuh terlebih dahulu di hadapan Defendan yang menyebabkan Defendan tidak dapat mengelak dan seterusnya melanggar motorsikal Plaintif.

[11] Memandangkan Plaintif dan Defendan memberikan dua versi yang berlainan dalam kes ini, maka Mahkamah hendaklah memilih versi mana yang "more inherently probable" (lihat kes Tabarani Mohd Arsad & Anor v. Chan Tenn Yeu [1999] 1 MLRH 489; [1999] 3 CLJ 188; [1999] 2 AMR 1884 dan Lee Ewe Teik v. Ariffin Hussain [1990] 1 MLRH 664; [1990] 2 CLJ (Rep) 332).

[12] Dalam kes Noor Famiza Zabri & Anor v. Awang Muda & Anor ; [1994] 2 CLJ 418; [1994] 1 AMR 679, Abdul Malik Ishak PK (pada masa itu) menyebut:

"It is also pertinent to point out that the Trial Court should not approach a case on the basis of deciding which of the two conflicting versions which should be believed but rather on the basis of considering which version is inherently probable or improbable (K

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top