SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2025 MarsdenLR 813

MAHKAMAH TINGGI MALAYA JOHOR BAHRU
PENDAKWA RAYA LWN. MOHD AZLAN SARIMIN & SATU LAGI
[Perbicaraan Jenayah No: JA-45SOM-28-09-2021]



The prosecution must establish a prima facie case with credible evidence to sustain charges of smuggling migrants; failure to do so results in acquittal.

Headnote:(A) Anti-Trafficking in Persons and Anti-Smuggling of Migrants Act 2007 - Section 26A - Criminal Procedure Code - Section 180(4) - The prosecution failed to establish a prima facie case against the accused under the charges of smuggling migrants. The court emphasized that the prosecution must prove each element of the offense beyond reasonable doubt. (Paras 18-34)

(B) Burden of Proof - The burden of proof at the end of the prosecution's case is to establish a prima facie case, which requires credible evidence sufficient to induce belief in the existence of the facts stated in the charge. (Paras 18-20)

(C) Defective Charge - The court found the charge against the accused defective as it failed to demonstrate a shared intention in smuggling nine migrants, leading to an acquittal. (Paras 32-34)

(D) Admissibility of Evidence - The court ruled that depositions under Section 61A of the Act are admissible only if the prosecution proves the existence of an order of removal, which was not established in this case. (Paras 36-40) (E) Conclusion - The court concluded that the prosecution's failure to meet the burden of proof and present necessary evidence resulted in the acquittal of the accused. (Paras 64-65)

[1] OKT1 dan OKT2 telah dituduh di Mahkamah ini di bawah s 26A Akta Anti Permerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (Akta 670 "ATIPSOM") dan dibaca bersama-sama s 34 Kanun Keseksaan (KK). Seterusnya pada 3 Disember 2024, Mahkamah ini telah memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan satu kes Prima Facie terhadap OKT-OKT di akhir kes pendakwaan sekaligus melepas dan membebaskan kedua- dua OKT.

[2] Berikutan perintah Mahkamah ini melepas dan membebaskan 0KT1 dan 0KT2, Timbalan Pendakwa Raya telah memfailkan rayuan.

[3] Walaubagaimana pun pada masa ini, kedua-dua OKT masih dalam reman lanjutan berikutan daripada permohonan Timbalan Pendakwaraya di bawah ss 30(2) dan 30(4) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747) kepada Mahkamah ini.

[4] Pertuduhan terhadap OKT 1 dan OKT2 adalah seperti yang berikut:

Pertuduhan

"Bahawa kamu bersama-sama dengan 2 orang yang telah mengaku salah iaitu pada 1 November 2023 (Dev Afriadi Parno, PasportNo. B6055360) dan pada 4 Februari 2024 (Muhammad Taufiq Bin Zulkifli, No.K/P: 880708-23¬5533) pada 30 Mac 2021 di antara jam 2.00 pagi sehingga jam 5.00 pagi, bertempat di kawasan Tanjung Bin Permas, Sanglang, Ayer Baloi, di dalam Daerah Pontian di dalam Negeri Johor Darul Takzim didapati telah menyeludup migran-migran seperti di Lampiran A Pertuduhan. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah s 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (Akta 670) dan boleh dihukum di bawah seksyen dan Akta yang sama, dan dibaca bersama s 34 Kanun Keseksaan . "

Hukuman

"Jika disabitkan hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima belas tahun, dan boleh juga dikenakan denda, atau kedua-duanya."

Lampiran A

Latar Belakang Kes

[5] Pada 30 Mac 2021, jam lebih kurang 2.00 pagi, semasa SP1 bersama-sama anggotanya sedang membuat rondaan di KTJ Sg. Kuali, Pontian dengan menggunakan kereta jabatan telah terserempak dengan sebuah kereta jenis Toyota Vios, warna kelabu dengan nombor pendaftaran JQJ 6600 (P16) yang kelihatan mencurigakan. Ketika itu, P16 ini berada di tepi jalan Kg Sg. Kuali Pontian. Semasa memerhatikan kereta Toyota Vios ini, SP1 serta pasukannya telah melihat beberapa kelibat manusia telah memasuki kereta tersebut.

[6] Kemudian, SP1 dan pasukan telah mengejar kereta tersebut lebih kurang 2 minit dan berjaya menahannya di tepi jalan Tg Bin (J47) Pontian (Lokasi Pertama). SP1 dan pasukan telah mendapati terdapat ada tiga (3) orang berada di bahagian penumpang belakang kereta, satu (1) orang penumpang di bahagian hadapan sebelah pemandu dengan seorang pemandu. SP1 telah memperkenalkan diri dengan menunjukkan kad kuasa polis dan meminta semua penumpang dan pemandu mengemukakan kad pengenalan diri mereka.

[7] Hasil pemeriksaan SP1 di dalam kereta mendapati ada tiga (3) orang penumpang duduk di bahagian penumpang belakang dan tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah (migran) iaitu dua (2) orang lelaki dan seorang perempuan yang dalam keadaan masih memegang beg pakaian. Manakala penumpang di bahagian hadapan sebelah pemandu dan pemandu kereta merupakan warganegara Malaysia.

[8] Hasil pemeriksaan awal mendapati mereka yang ditahan adalah seperti yang berikut:

a) Mohd Azlan bin Sarmin (pemadu) - (OKT1)

b) Sian Min Siang (Penumpang sebelah pemandu) - (OKT2)

c) Ahmad Murah (penumpang belakang)

d) Raskino (Penumpang belakang)

e) Firtini (Penumpang belakang)

[9] Semua tangkapan telah dibawa ke depoh Pasukan Gerakan Am (PGA) Sg. Rambah. SP1 telah membuat laporan polis (Permas Report: 356/2021 - P4) serta dokumentasi yang lain. Semasa di PGA Sg. Rambah, pada 30 Mac 2021 jam lebih kurang 3.30 pagi, OKT2 telah menerima satu panggilan telefon melalui telefon bimbitnya daripada seorang lelaki bernama "Dedek" (juga dikenali sebagai Dev Afriando Parno (OKT4)) Dedek telah menghantar lokasi perjumpaan kepada OKT2 melalui aplikasi "whatsapp" bertujuan untuk menerima proses pembayaran migran. SP1 bersama-sama empat (4) orang ang

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
logo-black

An indispensable Tool for Legal Professionals, Endorsed by Various High Court and Judicial Officers

Please visit our Training & Support
Center or Contact Us for assistance

qr

Scan Me!

India’s Legal research and Law Firm App, Download now!

For Daily Legal Updates, Join us on :

whatsapp-icon Back to top