2025 MarsdenLR 2010
MAHKAMAH TINGGI MALAYA ALOR SETAR
PENDAKWA RAYA LWN. MOHD IKHMAL AFIQ SHAMSHURI
[Perbicaraan Jenayah No: KA-45A-37-11/2021]
The court established that possession of drugs requires the ability to exclude others and that reasonable doubt in the prosecution's case leads to acquittal.
Headnote:(A) Dangerous Drugs Act 1952 - Sections 39B(1)(a), 39B(2), 12(2)/(3) - Accused charged with distribution and possession of methamphetamine and heroin - Evidence required to establish prima facie case against the accused - The court determined that the prosecution successfully proved possession and distribution based on the weight of drugs exceeding statutory limits, leading to a presumption of distribution. (Paras 26, 28, 61)
(B) Burden of Proof - The prosecution must establish a prima facie case based on credible evidence, and any reasonable doubt must benefit the accused. (Paras 5, 61)
Facts of the case:
The accused was found with methamphetamine and heroin during a police raid at a residence. The prosecution presented five witnesses, and the evidence suggested the accused had control over the drugs found. (Paras 1-4)
Findings of Court:
The court concluded that the prosecution met the burden of proof for all charges, establishing possession and distribution of the drugs. (Paras 28, 61)
Issues: The main issues included whether the accused had possession and control over the drugs, and whether the prosecution met its burden of proof. (Paras 5, 61)
Ratio Decidendi: The court emphasized that possession requires the ability to exclude others and that knowledge of the drugs can be inferred from circumstances. The failure to call a key witness raised reasonable doubt about the prosecution's case. (Paras 19, 61)
Result: The accused was acquitted of all charges.
[1] Orang Kena Tuduh ("OKT") di dalam kes ini telah dipertuduhkan dengan 3 pertuduhan. Pertuduhan pertama adalah di bawah s 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234) dan boleh dihukum di bawah s 39B(2) Akta 234, iaitu mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 93.21 gram. Manakala pertuduhan kedua adalah di bawah s 12(2)/(3) Akta 234 kerana memiliki dadah jenis Heroin dan Monoacetylmorphines seberat 5.72 gram dan pertuduhan ketiga juga di bawah s 12(2)/(3) Akta 234 kerana memilik dadah jenis Methamphetamines seberat 0.43 gram.
[2] Pertuduhan-pertuduhan ke atas OKT adalah seperti berikut:
Pertuduhan (KA-45A-37-11/2021):
Bahawa kamu pada 24 Januari 2021, jam lebih kurang 12.30 pagi, di sebuah rumah alamat 165 B, belakang Masjid Bukit Pinang, Kepala Batas, di dalam daerah Kota Setar, di dalam negeri Kedah, telah didapati mengedar dadah berbahaya iaitu Methamphetamine seberat 93.21 gram. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah s 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah s 39B(2) Akta yang sama.
Pertuduhan (Ka-45-10-11/2021):
Bahawa kamu pada 24 Januari 2021, jam lebih kurang 12.30 pagi, di sebuah rumah alamat 165 B, belakang Masjid Bukit Pinang, Kepala Batas, di dalam daerah Kota Setar, di dalam negeri Kedah, telah didapati dalam kawalan kamu dadah berbahaya seberat 5.72 gram (4.40 gram Heroin dan 1.32 gram Monoacetylmorphines). Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah s 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah s 39A(2) Akta yang sama.
Pertuduhan (Ka-45-32-11/2022):
Bahawa kamu pada 24 Januari 2021, jam lebih kurang 12.30 pagi, di sebuah rumah alamat 165 B, belakang Masjid Bukit Pinang, Kepala Batas, di dalam daerah Kota Setar, di dalam negeri Kedah, telah didapati ada dalam milikan kamu dadah berbahaya iaitu Methamphetamine seberat 0.43 gram. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah s 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah s 12(3) Akta yang sama.
Fakta Kes
[3] Pihak Pendakwa Raya (PR) telah mengemukakan 5 orang saksi.
[4] Berdasarkan keterangan-keterangan di peringkat pendakwaan, fakta kes boleh diringkaskan seperti berikut;
(a) pada 24 Januari 2021 jam lebih kurang 12.05 tengah malam, SP2 bersama sepasukan anggota polis telah membuat serbuan ke atas sebuah rumah yang beralamat di 165 B, Belakang Masjid Bukit Pinang, 06200 Kepala Batas, Kedah (rumah tersebut);
(b) serbuan tersebut adalah berdasarkan kepada maklumat bahawa terdapat aktiviti dadah di rumah tersebut;
(c) rumah tersebut merupakan sebuah rumah kampung 2 tingkat;
(d) pemerhatian selama beberapa minit telah dijalankan oleh pasukan polis apabila tiba di rumah tersebut. Di dalam pemerhatian tersebut, SP2 mendapati bahawa tiada sebarang kenderaan atau individu yang keluar masuk dari rumah tersebut;
(e) pihak polis selanjutnya telah menjalankan serbuan di mana SP2 bersama-sama Kpl 152265 Ahmad Syahir telah masuk melalui pintu utama rumah tersebut. SP2 mendapati seorang lelaki Melayu iaitu SP3 berada di pintu hadapan luar;
(f) SP2 telah menahan SP3 yang pada ketika itu sedang bekerja mengikat bata. SP2 dan pasukan polis telah membawa SP3 masuk ke dalam rumah untuk dijalankan pemeriksaan;
(g) pemeriksaan telah dijalankan di bilik pertama bersebelahan dengan ruang tamu. SP2 mendapati terdapat dua orang lelaki Melayu iaitu OKT dan SP4 sedang duduk di atas lantai;
(h) pemeriksaan ke atas SP4 tidak menemui apa-apa barang salah manakala pemeriksaan ke atas OKT menemukan 1 peket plastik lutsinar yang sedang digenggam di tangan kanannya dan SP2 turut menemui sebuah beg silang bertali serta berzip jenama SUON bewarna hitam (P39) yang sedang dikepit di bawah ketiak sebelah kanan;
(i) pemeriksaan ke atas beg P39 tersebut telah menjumpai 2 plastik lutsinar seal zipper dan di dalamnya terdapat 5 paket plastik lutsinar mengandungi bahan putih serbuk kristal yang disyaki dadah; dan
(j) SP2 telah merampas kesemua barang kes, serta menahan OKT.
Beban Pembuktian Di Akhir Kes