SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2022 MarsdenLR 1849

MAHKAMAH TINGGI MALAYA ALOR SETAR
ABDUL MANAB HUSSAIN LWN. PENTADBIR TANAH DAERAH LANGKAWI & SATU KES LAIN
[Rujukan Tanah No: KA-15-22-10/2020 & KA-15-21-10/2020]



Petitioner Advocates:Victor Paul Dorai Raj ,Respondent Advocate: Puan Ana Rozana Mohd Nor

The court affirmed that a 'paymaster' can be regarded as an interested party under the Land Acquisition Act if they demonstrate significant involvement and interest in the compensation proceedings.

Headnote:(A) Akta Pengambilan Tanah 1960 (Akta 486) – Seksyen 37, 10, 11 dan 16 – Notis Permohonan untuk menentukan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) sebagai pihak berkepentingan dikaji – Mahkamah mendapati LADA mempunyai status sebagai pihak berkepentingan berdasarkan tafsiran luas apt 1960 dan penyampaian dokumen pengambilan. (Paras 14-49)

(B)

Konsep 'paymaster' yang bertindak untuk kepentingan awam mencukupi untuk membolehkan LADA membuat bantahan berkaitan pampasan; Mahkamah mengenggangkan pandangan terdahulu yang menafikan дозволу seperti itu. (Paras 41-47)

(C)

Mahkamah memutuskan Borang N LADA adalah sah dan tidak terbatal. (Paras 50-51)

Facts of the case:

Rayuan difailkan oleh Tuan Tanah untuk menantang keputusan bahawa LADA adalah pihak berkepentingan mengenai pampasan untuk pengambilan tanah. (Para 1-3)

Findings of Court:

LADA diiktiraf sebagai pihak berkepentingan dalam kes ini.

Issues

: Status LADA sebagai pihak berkepentingan dan hak untuk membantah pampasan.

Ratio Decidendi:

Mahkamah memutuskan tafsiran luas bagi 'pihak berkepentingan' termasuk 'paymaster' dalam konteks pampasan pengambilan tanah adalah sah dan bertepatan.

Result:

Rayuan ditolak.

PENGHAKIMAN

Arik Sanusi Yeop Johari PK:

Pendahuluan

[1] Rayuan ini telah difailkan oleh Perayu/Pemohon (Tuan Tanah) yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah ini yang dibuat pada 15 Disember 2021 yang memutuskan bahawa Responden Pertama/Pemohon (Lembaga Pembangunan Langkawi atau Langkawi Development Authority) (selepas ini dirujuk sebagai "LADA") adalah pihak berkepentingan menurut s 37 Akta Pengambilan Tanah 1960 [Akta 486] (selepas ini dirujuk sebagai "APT 1960") dengan kos sebanyak RM1,000.00. Keputusan ini dibuat berikutan daripada Notis Permohonan (Di bawah Aturan 14A kaedah 1 dan/atau Aturan 33 kaedah 2 dan/atau Aturan 33 kaedah 5 Kaedah- Kaedah Mahkamah 2012 ("KKM 2012")) (selepas ini dirujuk sebagai "Notis Permohonan tersebut") yang difailkan oleh Pemohon (Tuan Tanah) seperti di Lampiran 18.

[2] Dalam Penghakiman ini, pihak-pihak akan dirujuk sebagaimana mereka dirujuk di hadapan Mahkamah ini dan akan mengguna pakai sepenuhnya Penghakiman Mahkamah ini dalam kes Rujukan Tanah No: KA-15-7-01/2019 yang digabungkan dengan kes Rujukan Tanah No: KA-15-8-01/2019 seperti di bawah.

Fakta Dan Latar Belakang Kes

[3] Pemohon (Tuan Tanah) dan Pemohon (LADA) masing-masing telah memfailkan bantahan melalui Borang N, APT 1960 (Permohonan Supaya Bantahan Dirujukkan Kepada Mahkamah menurut s 38(1) APT 1960 (selepas ini dirujuk sebagai "Borang N tersebut") terhadap Award yang diberikan oleh Pentadbir Tanah Daerah Langkawi (Penentang) berhubung dengan pengambilan sebahagian tanah Pemohon (Tuan Tanah) yang terletak dalam Mukim Kedawang, Bandar Padang Matsirat, Daerah Langkawi, Kedah Darul Aman (selepas ini dirujuk sebagai "Hartanah tersebut").

[4] Kedua-dua bantahan tersebut telah dirujuk oleh Pentadbir Tanah Kedah Darul Aman melalui Borang O, APT 1960 (Rujukan Pada Mahkamah menurut s 38(5) APT 1960 (selepas ini dirujuk sebagai "Borang O tersebut") ke Mahkamah Tinggi Alor Setar, masing-masing melalui kes Rujukan Tanah No: KA-15-7-01/2019 dan kes Rujukan Tanah No: KA-15-8-01/2019.

[5] Kedua-dua kes Rujukan Tanah tersebut telah digabungkan untuk perbicaraan di hadapan Mahkamah ini atas persetujuan kedua-dua pihak Pemohon (Tuan Tanah) dan Pemohon (LADA).

[6] Sementara menunggu perbicaraan di hadapan Mahkamah ini berkenaan dengan bantahan amaun pampasan di bawah s 38(5) APT 1960 yang berbangkit dalam kedua-dua kes Rujukan Tanah yang digabungkan tersebut, Pemohon (Tuan Tanah) telah memfailkan Notis Permohonan tersebut untuk mendapatkan perintah-perintah berikut:

(1) Bahawa kebenaran diberikan kepada Pemohon untuk memfailkan permohonan ini;

(2) Bahawa persoalan berikut diputuskan oleh Mahkamah:

(i) sama ada LADA adalah satu pihak berkepentingan seperti yang dimaksudkan oleh s 37 Akta Pengambilan Tanah 1960 (Akta tersebut); dan

(ii) sama ada LADA berhak membantah terhadap pampasan yang diawardkan kepada Pemohon, iaitu Abu Bakar bin Ismail oleh Penentang apabila sebahagian tanah Pemohon yang dikenali sebagai tanah PM 115, Lot No 627, s 3, PM 5, Bandar Padang Matsirat, Daerah Langkawi, Kedah Darul Aman diambil di bawah s 3(1)(a) Akta tersebut;

(3) Sekiranya persoalan di perenggan 2(i) dan/atau (ii) di atas dijawab secara negatif, maka satu perintah diberikan yang menyatakan bahawa Borang N bertarikh 19 April 2018 yang difailkan oleh LADA kepada Penentang yang mana telah dirujuk kepada Mahkamah di bawah kes Rujukan Tanah No: KA-15-8-01/2019 adalah tidak sah dan terbatal (null and void);

(4) Segala prosiding di bawah tindakan ini digantung sepenuhnya sehingga permohonan ini didengar dan diputuskan;

(5) Kos permohonan di sini; dan

(6) Relif-relif yang dianggap adil dan patut oleh Mahkamah Mulia ini.

[7] Alasan Permohonan Pemohon (Tuan Tanah) seperti dalam Notis Permohonan di Lampiran 18 tersebut adalah seperti yang berikut:

(a) Abu Bakar bin Ismail sebagai tuan tanah berdaftar Hartanah tersebut telah memfailkan bantahan melalui Borang N iaitu Permohonan supaya bantahan dirujuk kepada Mahkamah di bawah s 38 Akta Pengambilan Tanah 1960 (Akta tersebut) terhadap Awa


Click Here to Read the rest of this document

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top