2023 MarsdenLR 837
MAHKAMAH TINGGI MALAYA KUALA LUMPUR
SITI BAINUN AHD RAZALI LWN. PENDAKWA RAYA
[Permohonan Jenayah No: WA-44-42-05/2023]
The court emphasized that the burden to demonstrate special circumstances for a stay of execution lies with the applicant, and mere personal circumstances do not suffice for granting such a stay.
Headnote:(A) Kanun Acara Jenayah - Seksyen 311 - Akta Kanak-Kanak 2001 - Seksyen 31(1)(a) dan 31(1) - Permohonan penggantungan perlaksanaan sabitan dan hukuman penjara - Permohonan ditolak oleh Mahkamah setelah menilai keterangan dan hujahan - Pemohon disabitkan atas dua pertuduhan mengabaikan dan menganiayai seorang kanak-kanak. (Paras 2, 4, 12, 33)
(B) Penangguhan Perlaksanaan - Beban membuktikan keadaan khas terletak pada bahu Pemohon - Pemohon gagal menunjukkan keadaan khas yang wujud untuk membenarkan permohonan. (Paras 7, 9, 30)
(C) Kesihatan Pemohon - Tiada bukti kukuh untuk menyokong dakwaan masalah kesihatan Pemohon - Laporan perubatan menunjukkan Pemohon dalam keadaan stabil. (Paras 16, 20)
(D) Alasan Peribadi - Faktor peribadi dan kemanusiaan tidak mencukupi untuk membenarkan permohonan. (Paras 25, 28) (E) Rayuan Mempunyai Merit - Merit rayuan bukanlah satu pertimbangan untuk penggantungan perlaksanaan. (Paras 30, 32) (F) Keputusan - Permohonan untuk penggantungan perlaksanaan ditolak. (Paras 33)
| Table of Content |
|---|
| 1. stay of execution application context. (Para 1 , 2 , 3 , 4 , 5) |
| 2. legal standards for stay of execution. (Para 6 , 7 , 8 , 9 , 10) |
| 3. assessment of special circumstances. (Para 11 , 12 , 13) |
| 4. health issues and evidentiary standards. (Para 14 , 15 , 16 , 17 , 18 , 19 , 20 , 21 , 22) |
| 5. credibility of witness statements. (Para 23 , 24) |
| 6. personal circumstances not sufficient. (Para 25 , 26 , 27 , 28 , 29) |
| 7. merit of appeal does not justify stay. (Para 30 , 31) |
| 8. conclusion on application for stay. (Para 32) |
A. Pendahuluan
[1] Ini adalah permohonan penggantungan perlaksanaan (stay of execution) yang dibuat oleh OKT/Pemohon melalui Notis Usul terhadap sabitan dan hukuman penjara yang dikenakan ke atasnya yang telah dimohon di bawah s 311 Kanun Acara Jenayah ("KAJ"). Perlu ditekankan di sini bahawa ini bukan rayuan mengenai keseluruhan kes.
[2] Ringkasnya pada 3 Mei 2023, OKT/Pemohon telah disabitkan dan dijatuhkan hukuman 10 tahun dan 12 tahun penjara masing- masing di atas 2 pertuduhan di bawah s 31(1)(a) dan 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 di Mahkamah Sesyen kerana mengabaikan dan menganiayai seorang kanak-kanak perempuan bernama XXXXX berusia 13 tahun dengan menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan fizikal dan emosi.
[3] OKT/Pemohon telah memohon kepada Hakim Mahkamah Sesyen (HMS) untuk penangguhan perlaksanaan terhadap sabitan dan hukuman tersebut sementara menunggu rayuannya didengar di Mahkamah Tinggi, namun permohonan tersebut ditolak oleh HMS. Di atas sebab itu OKT/Pemohon telah membuat permohonan ini di Mahkamah ini.
[4] Pihak-pihak telah berhujah di hadapan Mahkamah ini dan pada 18 Mei 2023. Setelah menimbangkan keterangan melalui Affidavit serta hujahan pihak-pihak, Mahkamah telah memutuskan untuk menolak permohonan ini.
[5] Tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, OKT/Pemohon telah memfailkan rayuan kepada Mahkamah Rayuan.
[6] Ini adalah alasan-alasan terhadap keputusan tersebut.
B. Undang-Undang Mengenai Penangguhan Perlaksanaan
[7] Memandangkan kesalahan yang dilakukan Tertuduh/Pemohon adalah satu kesalahan yang tidak boleh dijamin melainkan dengan budi bicara Mahkamah (non-bailable), Mahkamah boleh menggunakan budi-bicaranya untuk membenarkan permohonan penggantungan perlaksanaan tersebut dengan membenarkan jaminan diberi sementara menunggu rayuan kes perayu, jika OKT/Pemohon berjaya memenuhi syarat-syarat tertentu. Di dalam hal ini, adalah menjadi tanggungjawab OKT/Pemohon untuk membuktikan kepada Mahkamah bahawa terdapatnya keadaan-keadaan khas (special and exceptional circumstances) yang wujud yang melayakkan permohonan tersebut dibenarkan.
[8] Seksyen 311 KAJ menyatakan Pemfailan Notis Rayuan bukan bermakna secara automatik sabitan dan hukuman boleh ditangguhkan. Ini dinyatakan juga di dalam s 57 Court of Judicature Act (1964). Lihat juga kes Sharma Kumari a/p Oam Prakash v. PP ; .
[9] Beban untuk membuktikan keadaan-keadaan khas ini terletak di bahu OKT/Pemohon. Ini dinyatakan di dalam kes KOSMA Palm Oil Mill Sdn Bhd & Ors v. Koperasi Serbausaha Makmur Bhd ; yang diputuskan seperti berikut:
"[23] The onus is on the applicants to demonstrate the existence of special circumstances to justify the grant of a stay of execution. The reasons must relate to the enforcement of the judgment. They must be deposed in the affidavit filed in support of the application (see Syarikat Berpakat v. Lim Kai Kok [1982] 1 MLRH 863; [1983] 1 MLJ 406)."
[10] Sebagai contoh di dalam kes KWK (A Child) v. PP ; di mana Mahkamah Rayuan melalui Auqustine Paul, HMR memutuskan apa yang dimaksudkan dengan "keadaan khas":
"The factors that may constitute special circumstances to justify the grant of a stay of execution after conviction are well settled (see, for example, Re Kwan Wan Yip; Ganesan v. Public Prosecutor [1983] 1 MLRH 121; ; Yusof bin Mohamed v. Public Prosecutor [1995] 4 MLRH 792; [1995] 3 MLJ 66; Ralph v. Public Prosecutor [1972] 1 MLRH 110; [1972] 1 MLJ 242). They can be enumerated as follows:
(a) the g