2023 MarsdenLR 1704
MAHKAMAH TINGGI MALAYA KUALA LUMPUR
DATUK BANDAR KUALA LUMPUR LWN. NUZLAIDI MOKHTAR
[Guaman Sivil No: WA-22NCVC-455-08/2022]
Continuous trespass on property constitutes actionable claims even without proof of damage.
Headnote:The court examined the application for a summary judgment filed under Order 14 of the Court Rules and the issue of trespass regarding a drain constructed on the plaintiff's property without permission. The court established the plaintiff's lawful ownership and confirmed no construction permission was obtained by the defendant, constituting a continuous trespass. The ratio decidendi reflects that trespass is actionable per se, hence, the plaintiff's claims were upheld.
| Table of Content |
|---|
| 1. plaintiff's claim is based on established ownership and unauthorized construction. (Para 1 , 2 , 3) |
| 2. tort of trespass is actionable without proof of damage. (Para 8 , 12 , 14) |
| 3. the severity of unauthorized construction constitutes a breach of duty. (Para 22 , 28 , 30) |
| 4. court allows summary judgment based on clear and apparent issues. (Para 25) |
Rayuan
[1] Perayu tidak berpuashati dengan keseluruhan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang diberikan pada 15 Februari 2023 dan merayu kepada Mahkamah Rayuan terhadap keseluruhan keputusan tersebut yang membenarkan permohonan Responden / Plaintif melalui Notis Permohonan [Kandungan 10] bagi suatu penghakiman terus dibawah Aturan 14 Kaedah-Kaedah Mahkamah terhadap Perayu / Defendan dengan kos sejumlah RM5,000.00
Notis Permohonan
[2] Permohonan Plaintif di bawah Aturan 14, Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 untuk memasukkan Penghakiman Terus terhadap Defendan seperti perintah-perintah berikut:
i. suatu deklarasi bahawa pembinaan Longkang tersebut oleh Defendan di atas Tanah tersebut merupakan suatu pencerobohan ke atas tanah Plaintif dan melanggar Artikel 13 Perlembagaan Persekutuan;
ii. suatu deklarasi bahawa Defendan telah memungkiri kewajipan berjaga-jaga dan/atau cuai dengan membina dan mengekalkan Longkang tersebut tanpa kebenaran Plaintif sebagai pemilik yang sah dan berdaftar;
iii. suatu perintah untuk Defendan membeli keseluruhan Tanah tersebut daripada Plaintif dengan membayar kepada Plaintif mengikut nilai pasaran semasa yang dinilai oleh penilai hartanah berdaftar;
iv. suatu perintah untuk Defendan membayar gantirugi kehilangan kegunaan Tanah tersebut mengikut kadar sewaan semasa dan terkebelakang yang akan dinilai oleh penilai hartanah berdaftar bermula daripada pemilikan Tanah tersebut oleh Plaintif pada 19 Mac 2014 sehingga keseluruhan jumlah bagi perenggan (iii) di atas dibayar sepenuhnya kepada Plaintif;
v. lanjutan kepada Perenggan (iii) dan Perenggan (iv), segala kos yang berkaitan termasuklah tetapi tidak terhad kepada kos pindahmilik dan fi penilai hartanah berdaftar adalah ditanggung oleh Defendan;
vi. suatu perintah untuk Defendan membayar Plaintif gantirugi-gantirugi seperti berikut:
(a) gantirugi umum bagi pencerobohan dan/atau kecuaian untuk ditaksirkan;
(b) gantirugi umum bagi kesusahan serta tekanan emosi dan mental yang dialami Plaintif akibat daripada pencerobohan berterusan Defendan untuk ditaksirkan;
(c) gantirugi teruk dan/atau teladan atas kecuaian dan/atau tindakan Defendan dalam menidakkan hak-hak ketuanpunyaan Plaintif ke atas Tanah tersebut untuk ditaksirkan;
vii. faedah bagi kesemua jumlah yang diawadkan oleh Mahkamah yang Mulia ini pada kadar 5% setahun;
viii. kos tindakan ini; dan
ix. apa-apa relif atau perintah lanjut dan/atau selainnya yang dianggap sesuai dan patut oleh Mahkamah Yang Mulia ini.
[3] Alasan-alasan ringkas Permohonan Plaintif adalah seperti berikut:
1. Plaintif merupakan pemilik yang sah dan berdaftar bagi suatu bidang hartanah No Hakmilik 32367, Lot 57404, Jalan 12, Kampong Cheras Baru, 56100 Mukim Kuala Lumpur, Daerah Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ("Tanah tersebut") di mana Plaintif telah mendapat pemilikan yang sah bagi Tanah tersebut pada 19 Mac 2014.
2. Pada sekitar tahun 2017, Plaintif berniat untuk membina sebuah rumah di atas Tanah tersebut dengan kadar segera dan Plaintif telah melantik, antara lain, Juruukur Tanah Berlesen untuk menyediakan Ukur Butiran dan Aras Laras Tanah tersebut ("Pelan Ukuran tersebut") dan untuk penyediaan dokumen-dokumen yang berkaitan bagi tujuan pembinaan di atas Tanah tersebut.
3. Berdasarkan kepada Pelan Ukuran tersebut, terdapat suatu binaan kekal iaitu longkang monsun dan/atau longkang parit induk ("Longkang tersebut") yang telah dibina oleh Defendan merentasi Tanah tersebut, tanpa sebarang pengetahuan, kebenaran dan/atau persetujuan Plaintif.
4. Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan ("PTGWP") telah mengesahkan bahawa berdasarkan semakan ke