MAHKAMAH TINGGI MALAYA KOTA BHARU
NORDIN MOHAMED LWN. DATO SRI HJ MUSTAFAR HJ ALI & YANG LAIN
[Permohonan Bagi Semakan Kehakiman No: DA-25-6-06/2022]
| Table of Content |
|---|
| 1. judicial review application for employment reinstatement. (Para 1 , 2 , 3 , 4 , 5 , 6 , 7 , 8 , 9 , 10 , 11 , 12) |
| 2. judicial review principles under kkm 2012. (Para 13 , 14) |
| 3. main issues raised by the parties. (Para 15 , 16) |
| 4. court's observations on procedural compliance. (Para 17 , 18 , 19 , 20 , 21 , 22 , 23 , 24 , 25 , 26 , 27 , 28 , 29 , 30 , 31) |
| 5. mandatory procedural requirements in disciplinary actions. (Para 32 , 33 , 34 , 35 , 36 , 37 , 38 , 39 , 40) |
| 6. delay in notifying decision and its implications. (Para 41 , 42 , 43 , 44 , 45 , 46 , 47) |
| 7. invalid notification of disciplinary decision. (Para 48 , 49 , 50 , 51) |
| 8. compliance with procedural requirements for disciplinary actions. (Para 52 , 53 , 54 , 55 , 56 , 57 , 58 , 59 , 60 , 61 , 62) |
| 9. court's final ruling on procedural defects. (Para 63) |
[1] Ini adalah merupakan satu Permohonan Semakan Kehakiman yang difailkan oleh Pemohon di bawah Aturan 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (KKM 2012) bagi memohon satu relif untuk membatalkan hukuman buang kerja yang dibuat oleh Responden serta satu Perintah Mandamus untuk Pemohon dikembalikan semula kepada pekerjaannya serta relif-relif lain yang berkait.
Fakta Kes
[2] Pemohon adalah merupakan bekas Pegawai Imigresen berjawatan Pegawai Imigresen Gred KP22 yang telah berkhidmat selama 16 tahun. Pada masa yang material, Pemohon berkhidmat di Pejabat Imigresen Lapangan Terbang KLIA.
[3] Pada pertengahan tahun 2016, satu operasi besar-besaran dibawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan Akta Pencegahan Jenayah 1959 (APJ) oleh Polis DiRaja Malaysia dilakukan ke atas pegawai-pegawai Jabatan Imigresen kerana disyaki terlibat di dalam sindiket penyeludupan warga asing di KLIA dimana Pemohon adalah salah seorang yang ditahan dalam operasi tersebut. Di dalam operasi tersebut, Pemohon telah ditangkap serta ditahan, namun tiada sebarang pertuduhan dikenakan ke atas Pemohon.
[4] Sebaliknya, pada Pada 9 September 2016, Pemohon telah diperintahkan menjalani Perintah Tahanan Di Bawah s 19A(1) Akta APJ ("Perintah Tahanan Tersebut") selama 2 tahun bermula 9 September 2016 hingga 9 September 2018. Pemohon telah ditahan di Pusat Pemulihan Khas (PPK) Bentong, Pahang. Berikutan itu, Responden Pertama selaku Pengerusi Lembaga Tatatertib, telah membuat pengaduan kepada Responden Kedua.
[5] Pada 8 Jun 2017, semasa Pemohon berada dalam tahanan di Pusat Pemulihan Khas (PPK) Bentong, Pemohon telah menerima surat daripada Responden Pertama melalui pihak Pegawai Yang Menjaga PPK Bentong yang memaklumkan bahawa Responden Kedua dalam Mesyuarat Bil 01/2017 pada 24 Januari 2017 setelah mempertimbangkan dengan teliti, memutuskan Pemohon bersalah setelah Lembaga Pencegahan Jenayah membuat keputusan untuk meletakkan Pemohon di bawah Perintah Tahanan Tersebut. Responden Kedua turut mengenakan hukuman Buang Kerja mengikut Peraturan 38(g) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) 1993 (PPA (K&T)) berkuatkuasa pada 24 Januari 2017.
[6] Responden Pertama selaku Pengerusi Responden Kedua kemudiannya memberikan peluang kepada Pemohon di bawah Peraturan 14 & 15(1) Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993 (PPLTPA) untuk membuat rayuan kepada Responden Ketiga melalui Ketua Jabatan Pemohon dalam masa 14 hari dari tarikh terima surat keputusan Responden Kedua.
[7] Pada 15 Jun 2017 Pemohon melalui surat PPK Bentong bertarikh 16 Jun 2017, telah mengemukakan Rayuan kepada Responden Ketiga memohon agar tidak dikenakan hukuman buang kerja.
[8] Pada 5 Oktober 2017, Perintah Tahanan Tersebut telah digantung dibawah s 19C(1) APJ 1959 sehingga 8 September 2018 di mana Pemohon dikenakan sekatan dalam kawasan Bandar Kecil Rantau Panjang, Jajahan Pasir Mas, Kelantan bermula pada 7 Oktober 2017 sehingga 8 September 2018 tertakluk kepada syarat-syarat yang dikenakan.
[9] Pada 2 Januari 2022, Pemohon telah melantik peguamcara iaitu Tetuan Shaharuddin Hidayu & Marwaliz dan mengarahkan peguamcara tersebut menul
Wira Swire Sdn Bhd v. Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri
Peguam Negara Malaysia v. Chin Chee Kow & Another Appeal
T Ganeswaran lwn. Suruhanjaya Polis DiRaja Malaysia & Satu Lagi
Rohana bte Ariffin & Anor v. Universiti Sains Malaysia
Mohd Shukri Roslan lwn. Dato' Sri Hj Mustafar Hj Ali & Yang Lain
Public Services Commission Malaysia & anor v. Vickneswary RM Santhivelu
Bursa Malaysia Securities Bhd v. Mohd Afrizan Husain
Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd v. Pegawai Kewangan Negeri Pahang
Login now and unlock free premium legal research
Login to SupremeToday AI and access free legal analysis, AI highlights, and smart tools.
Login
now!
India’s Legal research and Law Firm App, Download now!
Copyright © 2023 Vikas Info Solution Pvt Ltd. All Rights Reserved.