2024 MarsdenLR 2796
MAHKAMAH TINGGI MALAYA IPOH
AHMAD RADZI ROSLAN LWN. PENDAKWA RAYA & SATU LAGI KES
[Rayuan Jenayah No: AA-42JSKS-1-02/2023 & AA-42JSKS-1-02/2023]
Keterangan mangsa dalam kes rogol yang konsisten adalah mencukupi untuk mensabitkan tertuduh tanpa sokongan keterangan tambahan, walaupun terdapat ketidakkonsistenan kecil.
Headnote:(A) Kanun Keseksaan - Seksyen 376(2)(d) - Kesalahan merogol - Keterangan mangsa sahaja mencukupi untuk mensabitkan tertuduh tanpa keperluan keterangan sokongan tambahan - Ketidakkonsistenan kecil dalam keterangan mangsa tidak menjejaskan kredibiliti keseluruhan saksi. (Paras 1, 13, 26)
(B) Keterangan - Keterangan baru semasa pemeriksaan semula adalah penjelasan yang sah dan relevan, tidak membawa kepada percanggahan material. (Paras 16, 18)
(C) Penilaian Keterangan - Keterangan pakar perubatan menyokong dakwaan rogol walaupun tiada koyakan pada 'himen' mangsa. (Paras 21, 22)
(D) Hukuman - Penentuan hukuman adalah budi bicara hakim dan tidak akan dicampuri kecuali terdapat kesilapan jelas. (Paras 44, 46)
Facts of the case:
Tertuduh didakwa merogol seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun. Keterangan mangsa yang konsisten dan sokongan daripada keterangan pakar perubatan membuktikan kes pendakwaan. (Paras 2, 4, 12)
Findings of Court:
Sabitan terhadap tertuduh adalah selamat dan wajar dikekalkan berdasarkan keterangan yang kukuh daripada mangsa dan saksi-saksi lain. (Paras 49)
Issues: Ketidakkonsistenan keterangan mangsa, keterangan baru semasa pemeriksaan semula, dan penilaian keterangan saksi pembelaan. (Paras 9, 16, 35)
Ratio Decidendi: Keterangan mangsa adalah mencukupi untuk mensabitkan kesalahan tanpa keperluan keterangan sokongan, dan ketidakkonsistenan kecil tidak merosakkan keseluruhan keterangan. (Paras 13, 26)
Result: Rayuan ditolak.
PENGHAKIMAN
Pengenalan
[1] Kes ini berkaitan dengan prinsip undang-undang yang telah diuji dan ditetapkan ("tried and settled law"), iaitu apabila keterangan mangsa dalam kes jenayah seksual adalah mencukupi, keterangan sokongan tidak diperlukan. Mahkamah boleh mensabitkan tertuduh hanya berdasarkan keterangan mangsa (SP3), selagi ia dipercayai dan konsisten.
Latar Belakang
[2] Pada 1 Jun 2018, Ahmad Radzi B Roslan (Perayu), seorang kenalan keluarga mangsa, didakwa atas kesalahan merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun di ruang tamu rumahnya di Ipoh. Dalam alasan penghakiman ini, nama mangsa (SP3) serta ahli keluarganya tidak dinyatakan untuk melindungi identiti mangsa. Kejadian didakwa berlaku pada waktu pagi semasa mangsa sedang bermain di ruang tamu rumahnya. Pada petang hari yang sama, mangsa mengadu kepada ibunya (SP1) tentang kesakitan di bahagian kemaluannya.
Pertuduhan Bawah Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan
[3] Perayu telah dituduh di bawah s 376(2)(d) Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun. Kesalahan ini didakwa berlaku pada 1 Jun 2018 di ruang tamu rumahnya di Ipoh, Perak.
[4] Seksyen 376(2)(d) memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada sepuluh tahun dan boleh dikenakan hukuman sebat, jika sabitan dibuat. Kesalahan ini merangkumi situasi di mana tertuduh mempunyai kuasa atau kepercayaan terhadap mangsa, seperti dalam kes ini, di mana perayu dikenali oleh mangsa sebagai "Abang Aji".
Isu-Isu Yang Menjadi Rayuan Pihak Perayu
a) Keterangan mangsa yang tidak konsisten.
b) Keterangan baru oleh mangsa semasa pemeriksaan semula c) Kegagalan mengambil kira ekshibit D15 (surat akuan sumpah)
d) Tiada penilaian keterangan saksi pembelaan (SD2)
e) Gagal memberi penilaian maksima kes pembelaan
f) Hukuman terlalu berat (oleh pembelaan)/ terlalu kurang (oleh pendakwaan
Keterangan Mangsa Yang Tidak Konsisten
[5] Mahkamah menerima hujahan pendakwaan bahawa dakwaan ketidakkonsistenan dalam keterangan mangsa mengenai kemasukan zakar adalah kecil dan tidak material. Ketidakkonsistenan kecil dalam keterangan saksi tidak semestinya menjejaskan inti pati kes pendakwaan, terutamanya jika keterangan utama adalah konsisten dan boleh dipercayai. Hal ini disokong oleh prinsip yang dinyatakan dalam Pie Chin v. PP ; [1983] 1 MLRH 196[1985] 1 MLJ 234; [1983] CLJ (Rep) 703, di mana Yang Arif Hakim Wan Yahya HMT (ketika itu) menegaskan so bahawa percanggahan kecil dalam keterangan saksi lazim berlaku dan tidak semestinya menjejaskan kredibiliti keseluruhan saksi. Berikut adalah petikan berkaitan dari kes Pie Bin Chin (supra):
"I shall be dealing with the first point last. As regards the second ground of appeal, my attention had been drawn to various discrepancies between PW1's evidence itself as well as between him and his wife. This, by itself, according to Counsel for the Appellant, is good enough reason for the learned President to reject the complainant's story. Discrepancies are no doubt present in this case, as they do ostensibly appear in most cases in evidence of witnesses for the prosecution as well as the defence. The transcripts of most evidence, when thoroughly tooth-combed by any able lawyer, never failed to yield some form of inconsistencies, discrepancies or contradictions but these do not necessarily render the witness's entire evidence incredible. It is only when a witness's evidence on material and obvious matters in the case is so irreconcilable, ambivalent or negational that his whole evidence is to be disregarded.
Forgetfulness and failure to recall exactly certain events, which did not seem to be important to the witness, do not necessarily shake his credibility or render other parts of his story unworthy of belief. Various persons are endowed with varying powers of cognition, attentiveness and perception, so that it is not uncommon for two witnesses to a common event to describe it in slightly differing versions.
[Penekanan Diberi]
[6] Mahkamah telah