SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2023 MarsdenLR 1564

MAHKAMAH TINGGI MALAYA JOHOR BAHRU
PENDAKWA RAYA LWN. AZAHARUDIN MD SOOD & SATU LAGI
[Rayuan Jenayah No: JA-42LB-3-06/2022]



Petitioner Advocates:Mohd Syafiq Mohd Ghazali ,Respondent Advocate: Gunaseelan Padmanaban

The prosecution must prove essential elements of employment under the Immigration Act when charging for employing illegal workers.

Headnote:The court assessed the validity of the charges under section 55B(1) of the Immigration Act 1959/1963 against the respondents, focusing on the prosecution's burden to establish elements of employment and the identity of migrant workers. The court determined that errors made by the lower court in assessing evidence warranted a review. The final verdict was that the prosecution had established a prima facie case and ordered the respondents to enter a defense.

Table of Content
1. initial facts of the case involving the charges against the respondents. (Para 1 , 5 , 6 , 9)
2. the court's observations regarding the shortcomings in the initial ruling. (Para 14 , 20 , 24)
3. the legal findings established on appeal regarding the sufficiency of evidence. (Para 32)
PENGHAKIMAN

Abu Bakar Katar H:

Pengenalan

[1] A'zaharudin Bin Md Sood [Responden Pertama] [R1] dan Norhayati Binti Md Noor [Responden Kedua] [R2] telah dituduh di Mahkamah Sesyen Khas (PATI), Pontian, Johor Darul Takzim atas pertuduhan pindaan [P5] di bawah s 55B(1) Akta Imigresen 1959/1963 [Akta itu].

[2] Perbicaraan pada mulanya telah diadakan di hadapan Puan Zahilah Binti Mohammad Yusoff, Hakim, Mahkamah Sesyen Khas (PATI), Pontian, Johor Darul Takzim [Puan HMS (1) itu]. Puan HMS (1) telah mendengar keterangan saksi pendakwaan SP1 hingga SP8 diperingkat pemeriksaan utama. Puan HMS (1) itu tidak dapat menghabiskan perbicaraan kerana diarahkan berpindah ke Jabatan Peguam Negara. Perbicaraan diteruskan oleh Puan Norsiah Binti Ujang [Puan HMS (2) itu], Hakim yang mengambil alih perbicaraan dari Puan HMS (1) itu.

[3] Puan HMS (2) itu telah mendengar perbicaraan kes R1 dan R2, di akhir kes pendakwaan Puan HMS (2) memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie atas Pertuduhan Pindaan [P5]. Puan HMS (2) itu memerintahkan R1 dan R2 lepas dan bebas daripada Pertuduhan Pindaan [P5] tanpa dipanggil untuk membela dirinya.

[4] TPR yang terpelajar yang terkilan dengan keputusan Puan HMS (2) itu telah memfailkan Notis Rayuan ke Mahkamah Tinggi, Johor Bahru atas keseluruhan keputusan.

Latar Belakang Kes

[5] Pertuduhan pindaan [P5] yang dirangka oleh pendakwaan terhadap R1 dan R2 berbunyi seperti berikut:

"Bahawa kamu bersama-sama pada 17 Mac 2019 jam lebih kurang 8.20 malam di Cafe Lesung Batu, No 1 Jalan Ciku Off Jalan Duku, Taman Tiram Baru 81800 Ulu Tiram di dalam daerah Johor Bahru, di dalam negeri Johor dengan niat bersama telah mengambil kerja seramai (5) orang warganegara asing iaitu (1) Mr Yuha Suelaemae (Thailand / 31 tahun / Lelaki / No Pasport: AA8642202), (2) Miss Cherohaya Thuiloh (Thailand / 38 tahun / Perempuan / No Pasport: AA8642201), (3) Miss Aresoh Musoma (Thailand / 19 tahun / Perempuan / No Pas Sempadan: AA0393297), (4) Eny Rusniana (Indonesia / 26 tahun / Perempuan / No Pasport:B1724681) dan (5) Mohd Subhan bin Mohd Usman (Myanmar / 23 tahun / Lelaki / No Pasport:Tiada) yang bukan warganegara atau pemegang suatu Permit Masuk, tanpa memiliki suatu pas yang sah untuk bekerja di premis tersebut. Oleh itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah s 55B(1) dan boleh dihukum di bawah Akta yang sama dibaca bersama s 34 Kanun Keseksaan (Akta 574)."

[REKOD RAYUAN [RR] [JILID 3] [muka surat (8)]

[6] Secara ringkas kes pendakwaan seperti berikut: Ruzaidi Bin Ramli [SP2], Pegawai Kanan Imigresen, Bahagian Penguatkuasa Imigresen Johor Bahru pada 17 Mac 2019 jam lebih kurang 8.30 malam mengetuai sepasukan Imigresen dalam Ops Bersepada (Ops Selera). SP2 dan pasukan telah membuat pemeriksaan di premis Cafe Lesung Batu yang beralamat No 1 Jalan Ciku Off Jalan Duku, Taman Tiram Baru, 81800 Ulu Tiram, Johor Bahru, Johor Darul Takzim.

[7] SP2 bersama anggota telah melakukan pemeriksaan ke atas Cafe Lesung Batu. SP2 berjumpa Puan Fauaniza Binti Khamsan [SP1] yang berada di kaunter. SP2 telah menemui 5 orang migran seperti dalam gambar P6 (1)-(5) yang sedang bekerja di Cafe Lesung Batu. SP2 telah mengambil 11 barang kes daripada premis tersebut iaitu berupa passport, apron dan senduk [P8 hingga P18]. SP2 telah menyediakan Borang Geledah [P21]. Borang Geledah telah ditandatangani oleh R1. SP2 turut mengeluarkan Saman Kepada Saksi [BORANG 29] kepada SP1 [P19] dan kepada R1 [P20].

[8] SP2 telah membuat tangkapan ke atas 5 orang migran yang dinyatakan dalam Pertuduhan Pindaan [P5]. SP2 telah membuat laporan polis sebagaimana Ulu Tiram Report No: 001480/2019[ P23].

[9] Siasatan kes R1 dan R2 diteruskan oleh Pegawai Penyiasat iaitu Ramsumar A/L Am

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top