SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2025 MarsdenLR 604

MAHKAMAH RAYUAN PUTRAJAYA
HEMANATHAN SELVARAJAH LWN. PENDAKWA RAYA & SATU LAGI RAYUAN
[Rayuan Jenayah No: B-07-111-12/2024 & B-07-113-12/2024]



Petitioner Advocates:Dzvuriyah Belayit Hussein,Naizatul Zamrina Karizaman ,Respondent Advocate: TPR Zaki Asyraf Zubir

The court ruled that the applicants did not meet the threshold of illness required for bail under section 13(2) of SOSMA, as their health conditions were not life-threatening.

Headnote:(A) Kanun Keseksaan - Subseksyen 130V(1) - Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 2012 - Seksyen 13 - Permohonan jaminan oleh tertuduh yang didakwa menganggotai kumpulan jenayah terancang - Permohonan ditolak oleh Mahkamah Tinggi berdasarkan ketiadaan bukti kesihatan yang mencukupi untuk membenarkan jaminan - Mahkamah memutuskan bahawa pemohon tidak memenuhi ambang penyakit yang membolehkan jaminan diberikan. (Paras 1-35)

(B) Kuasa budi bicara Mahkamah - Mahkamah mempunyai kuasa budi bicara untuk membenarkan permohonan jaminan jika pemohon menunjukkan keadaan kesihatan yang serius - Mahkamah menegaskan bahawa penyakit yang dihadapi pemohon tidak mencapai tahap yang membolehkan jaminan diberikan. (Paras 17-34)

(C) Keterangan perubatan - Laporan perubatan menunjukkan keadaan kesihatan pemohon adalah stabil dan tidak mengancam nyawa - Mahkamah menolak permohonan berdasarkan bukti perubatan yang ada. (Paras 21-32)

(D) Permohonan baru - Pemohon boleh memohon semula untuk jaminan di masa hadapan jika terdapat perubahan dalam keadaan kesihatan mereka. (Paras 35)

PENGHAKIMAN

Che Mohd Ruzima Ghazali JCA:

Pendahuluan

[1] Hemanathan A/L Selvarajah (Hemanathan) dan Nithiyan A/L Nagarajan (Nithiyan) telah ditahan pada 3 Mei 2024 dan kemudiannya dituduh dengan pertuduhan melakukan kesalahan menganggotai kumpulan jenayah terancang menurut subseksyen 130V(1) Kanun Keseksaan (KK) di Mahkamah Sesyen Kuala Selangor pada 29 Mei 2024. Oleh kerana kesalahan menurut subseksyen 130V(1) KK telah disenaraikan sebagai kesalahan keselamatan di dalam Jadual Pertama, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 2012 (SOSMA), Hemanathan dan Nithiyan tidak boleh diberikan jaminan menurut s 13(1) SOSMA, dan telah berada dalam tahanan reman di Penjara Sungai Buloh semenjak ditahan sementara menunggu perbicaraan. Kes terhadap Hemanathan dan Nithiyan kemudiannya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Klang untuk dibicarakan.

[2] Di Mahkamah Tinggi Klang, Hemanathan dan Nithiyan telah membuat permohonan untuk dilepaskan dengan jaminan menurut subseksyen 13(2) SOSMA. Alasan yang disandarkan ialah bahawa mereka tergolong dalam kategori orang yang sakit atau uzur, iaitu alasan berdasarkan perenggan 13(2)(c) SOSMA. Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi (HMT) telah menolak permohonan mereka. Hemanathan dan Nithiyan kemudiannya mengemukakan permohonan melalui satu Notis Usul ke Mahkamah ini bagi memohon kebenaran untuk dilepaskan dengan ditetapkan suatu kadar jaminan yang munasabah serta boleh dikenakan apa-apa syarat tambahan oleh Mahkamah sementara menunggu perbicaraan.

[3] Di hadapan kami, permohonan Hemanathan disenaraikan sebagai NU10 dan permohonan Nithiyan disenaraikan sebagai NU11. Kedua-dua permohonan tersebut telah dipanggil dan didengar secara bersama. Untuk memudahkan sebutan, kedua-dua pemohon akan dirujuk dengan menggunakan nama mereka secara individu dan secara jamaknya akan dirujuk sebagai "pemohon-pemohon".

Pendengaran Permohonan Di Hadapan Kami

[4] Permohonan pemohon-pemohon telah ditetapkan untuk pendengaran pada 14 Januari 2025. Setelah membuat pemerhatian berkaitan dengan keadaan fizikal pemohon-pemohon yang kelihatan seperti tiada masalah kesihatan, dan setelah mengemukakan beberapa soalan berhubung dengan kesihatan pemohon-pemohon, kami dimaklumkan oleh peguam pemohon-pemohon bahawa mereka tidak dapat mengemukakan status terkini keadaan kesihatan anak guamnya kerana kesukaran mendapatkan kebenaran daripada pihak Jabatan Penjara untuk membawa keluar pemohon-pemohon bagi menjalani pemeriksaan perubatan di mana-mana hospital swasta atau pun hospital kerajaan.

[5] Oleh kerana ketiadaan maklumat terkini untuk menentukan tahap kesihatan pemohon-pemohon, kami telah memutuskan untuk menangguhkan pendengaran permohonan dan telah memberikan arahan kepada pihak Jabatan Penjara untuk membawa pemohon-pemohon ke Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dalam tempoh yang munasabah. Satu tarikh pengurusan kes telah ditetapkan pada 28 Januari 2025.

[6] Pemohon-pemohon telah dibawa ke HSB oleh pihak Jabatan Penjara untuk pemeriksaan kesihatan dan pihak HSB telah pun menyediakan dua laporan perubatan. Laporan perubatan untuk Hemanathan bertarikh 27 Januari 2025 disediakan oleh Dr Benedict Sim Lim Heng dan laporan perubatan Nithiyan bertarikh 6 Februari 2025 disediakan oleh Dr Mohd Abd Hafiz bin Mohd Abd Rahim telah dikemukakan kepada Mahkamah dan juga kepada peguam pemohon-pemohon. Permohonan pemohon-pemohon didengar di hadapan kami pada 26 Februari 2025.

Permohonan Pemohon-Pemohon

Pemohon-pemohon telah mengemukakan alasan-alasan permohonan melalui afidavit-afidavit yang difailkan di dalam permohonan masing- masing. Kami perhatikan bahawa alasan-alasan yang diberikan di dalam kedua-dua afidavit adalah hampir sama kecuali di bahagian keterangan berkaitan dengan penyakit yang dihadapi pemohon-pemohon.

i. Hemanathan

[7] Keterangan berkaitan dengan keadaan kesihatan Hemanathan boleh dilihat di perenggan 7 hingga 13 afidavit sokongan. Hemanathan juga menyatakan bahawa semasa di dalam tahanan reman di penj


Click Here to Read the rest of this document

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
logo-black

An indispensable Tool for Legal Professionals, Endorsed by Various High Court and Judicial Officers

Please visit our Training & Support
Center or Contact Us for assistance

qr

Scan Me!

India’s Legal research and Law Firm App, Download now!

For Daily Legal Updates, Join us on :

whatsapp-icon Back to top