SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2023 MarsdenLR 2277

MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH WILAYAH PERSEKUTUAN
DAINAN ABU MANSOR LWN. HASMAH MOHAMED & YANG LAIN
[Kes Rayuan No: 14060-017-0002-2022]



Petitioner Advocates:Ishak Shaaban,Mohd Hafizal Parcho ,Respondent Advocate: Ammar Muhammad

Mahkamah memutuskan bahawa pemilikan hartanah yang telah didaftarkan adalah sah dan tidak boleh dicabar, dan Perayu tidak mempunyai locus standi untuk menuntut harta sepencarian si mati.

Headnote:(A) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 - Locus Standi - Pemilikan harta sepencarian - Mahkamah menolak rayuan Perayu yang tidak mempunyai locus standi untuk menuntut harta sepencarian si mati, kerana pemilikan telah berpindah secara sah kepada Responden-Responden. (Paras 36-40)

(B) Bantahan Awal - Isu bidang kuasa - Mahkamah memutuskan bahawa bantahan awal harus diputuskan tanpa perbicaraan penuh, kerana ia melibatkan isu undang-undang dan kedudukan Perayu. (Paras 12-19) Fakta Kes: Perayu adalah adik kandung si mati yang meninggal dunia pada 1984. Si mati telah memindahkan hak milik hartanah kepada suami, Omar, yang meninggal pada 2011. Responden-Responden adalah waris Omar dan telah memohon pembahagian harta pusaka. Perayu menuntut harta sepencarian si mati. (Paras 4-10)

Findings of Court:
Mahkamah mendapati pemilikan hartanah oleh Responden-Responden adalah sah dan sempurna, dan Perayu tidak mempunyai hak untuk menuntut. (Paras 41-42)

Issues: Pertanyaan utama adalah sama ada bantahan awal wajar diputuskan melalui perbicaraan penuh, dan sama ada Perayu mempunyai locus standi untuk menuntut. (Paras 12-13)

Ratio Decidendi: Mahkamah memutuskan bantahan awal adalah wajar diputuskan tanpa perbicaraan penuh dan menegaskan bahawa pemilikan yang telah didaftarkan adalah tidak boleh dicabar. (Paras 28-29)

Result: Rayuan Perayu DITOLAK dan keputusan Mahkamah Tinggi DIKEKALKAN.

Table of Content
1. overview of appeal against high court decision (Para 1 , 2)
2. summary of appeal grounds (Para 3)
3. factual background of the case (Para 4 , 5 , 6 , 8 , 9 , 10 , 11)
4. issues raised in the appeal (Para 12 , 14 , 15)
5. court's analysis on procedural issues (Para 13 , 16 , 18 , 19)
6. consideration of delay in claims (Para 20 , 21 , 22 , 23 , 24)
7. examination of perfected ownership (Para 26 , 27 , 28 , 29)
8. discussion on abuse of court process (Para 30 , 31 , 32)
9. jurisdiction considerations (Para 33 , 34)
10. locus standi and legal standing issues (Para 35 , 36 , 37 , 38 , 39 , 40)
11. conclusion on appeal merits (Para 41)
12. final decision and order (Para 42)

[1] Rayuan ini difailkan oleh pihak Perayu/Responden terhadap keseluruhan keputusan YA Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (selepas ini dirujuk sebagai "YA Hakim Bicara") dalam kes Permohonan Bantahan Awal No: 14300-041-0177-2021) yang diberikan pada 12 April 2022.

[2] Dalam kes tersebut YA Hakim Bicara telah membenarkan Permohonan Bantahan Awal yang difailkan oleh Responden-Responden/Pemohon- Pemohon dan dengan itu kes induk Tuntutan Harta Sepencarian dalam kes Saman No: 14300-017-0136-2021 yang difailkan oleh Perayu dibatalkan.

Alasan Rayuan

[3] Perayu memplidkan tiga Alasan Rayuan sebagaimana yang terkandung pada halaman 212-213 Rekod Rayuan yang dapat diringkaskan seperti berikut:

i. YA Hakim Bicara terkhilaf dari segi fakta, undang-undang dan hukum Syarak apabila meluluskan bantahan awal Responden-Responden dan membatalkan kes induk harta sepencarian Perayu tanpa mendengar dan meneliti keterangan meiaiui perbicaraan penuh berkenaan pemilikan sebidang hartanah yang menjadi pertikaian.

ii. YA Hakim Bicara terkhilaf dari segi fakta, undang-undang dan hukum Syarak apabila memutuskan Perayu tidak mempunyai locus standi untuk menuntut harta sepencarian arwah kakak kandungnya.

iii. YA Hakim Bicara terkhilaf dari segi fakta, undang-undang dan hukum Syarak apabila memutuskan proses pemilikan yang dipertikaikan telah sempuma dan Mahkamah Syariah bukanlah forum yang sesuai untuk memutuskan pertikaian ini.

Fakta Kes

[4] Perayu adalah adik kandung kepada Dermawan binti Abu Mansor (selepas ini dirujuk sebagai "si mati") yang meninggal dunia pada 29 Januari 1984. Semasa hayatnya si mati telah berkahwin dengan Omar bin Bahrul sekitar tahun 1959 dan meninggal dunia pada 6 Februari 2011. Perkahwinan si mati dan Omar tidak dikurniakan anak.

[5] Responden Pertama pula adalah isteri Omar yang dikahwini pada tahun 1986 iaitu selepas kematian si mati. Manakala Responden Kedua dan Ketiga adalah anak-anak hasil perkahwinan antara Responden Pertama dan Omar.

[6] Sebelum berkahwin, si mati telah membeli sebidang tanah di Lot 518A, Sekysen 41 No HS(D),78051 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (selepas ini dirujuk sebagai "hartanah terse but"). Pada 30 Jun 1982 si mati telah melakukan pemindahan hak milik hartanah tersebut kepada Omar.

[7] Pemindahan tersebut dilakukan sebagai cagaran kepada Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk Omar mendapatkan pinjaman. Setelah pinjaman tersebut diselesaikan, Omar sekali lagi telah membuat gadaian hartanah tersebut kepada Arab Malaysian Bank Berhad pada tahun 1997 bagi tujuan yang sama.

[8] Setelah kematian Omar, Responden-Responden selaku ahli waris telah membuat permohonan Surat Kuasa Mentadbir dan Permohonan Pembahagian Harta Pusaka pada tahun 2016 di Unit Pembahagian Pusaka Kecil, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) Kuala Lumpur dan telah diturun hak milik kepada Responden-Responden.

[9] Pada 13 September 2021 Perayu telah memfailkan tuntutan bagi hartanah tersebut diisytiharkan sebagai harta sepencarian antara si mati dan Omar dengan menuntut keseluruhan hartanah tersebut sebagai hak milik si mati sepenuhnya. Asas kepada tuntutan tersebut kerana Perayu mendakwa Omar gagal mengembalikan semula pemilikan hartanah tersebut kepada si mati atau waris-warisnya sebagaimana yang dijanjikan selepas pinjaman wang diselesaikan.

[10

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top