SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2022 MarsdenLR 585

MAHKAMAH SESYEN PETALING JAYA
HOME TOWN STEAMBOAT HOLDING SDN BHD LWN. PLATINUM PROSPERITY SDN BHD & YANG LAIN
[Guaman Sivil No: BB-A52-11-04/2021]



Petitioner Advocates:Koh Shu Yin ,Respondent Advocate: Choo Wai Hou

A licensing agreement constituting a franchise was deemed void due to non-registration under Franchise Act, necessitating restitution.

Headnote:(A) Franchise Act 1998 – Sections 4 and 6 – Contracts Act 1950 – Sections 2(g) and 66 – A licensing agreement found constituting a franchise due to control over operations and the right to use trademarks; the failure to register as a franchisor rendered the agreement null and void under law. (Paras 28, 32, 34) (B) The legality of the agreement was questioned and determined without a full trial, allowing restitution for payments made. (Paras 6, 29, 37)

Facts of the case: The plaintiff supplied goods to the first defendant under a licensing agreement for using a trademark, claiming unpaid dues while the defendant counterclaimed for restitution, arguing the agreement was void due to illegal franchising practices.

Findings of Court: The court declared the licensing agreement void under the Franchise Act due to the plaintiff's failure to register, granting restitution of RM150,000 to the defendant. (Paras 37)

Issues: Whether the agreement was a franchise and the implications of its illegality on enforceability, especially concerning registration requirements. (Paras 6, 34)

Ratio Decidendi: The court ruled that the agreement's characteristics satisfied the definition of a franchise and the absence of registration meant it was not enforceable, necessitating restitution. (Paras 32, 36)

Result: The defendant's application was granted.

PENGHAKIMAN

Faiz Dziyauddin HMS:

Pendahuluan

[1] Mahkamah ini pada 8 Februari 2022 telah membenarkan permohonan Defendan Pertama di Lampiran 19 di bawah A 14A dan/atau A 33 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dengan kos sebanyak RM1,500.00.

Fakta Kes

[2] Tuntutan Plaintif terhadap Defendan Pertama adalah untuk jumlah sebanyak RM119,892.80 bagi bayaran tertunggak barangan yang telah dibekalkan oleh Plaintif kepada Defendan Pertama bagi penggunaan nama dan cap dagangan di bawah Perjanjian Pelesenan.(Perjanjian tersebut).

[3] Jumlah tunggakan di atas adalah seperti berikut:

a. Jumlah hutang pembekalan barangan = RM24,148.35

b. Jumlah hutang bayaran perjanjian pelesenan = RM95,774.45

[4] Tuntutan balas Defendan Pertama adalah bayaran RM150,000.00 telah dibayar kepada Plaintif atas perjanjian pelesenan. Defendan Pertama memplid s 66 Akta Kontrak untuk menuntut restitusi memandangkan Plaintif telah gagal untuk mendaftar francais di bawah s 6 Akta Francais 1998. Defendan Pertama juga bergantung kepada s 24 dan s 2(g) Akta Kontrak 1950 yang Perjanjian Lesen bertarikh 13 Mei 2016 adalah tidak sah dan 'void ab initio'.

[5] Permohonan Plaintif bagi jumlah hutang RM24,148.35 telah dibenarkan oleh Mahkamah di bawah A 14 k 1 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 seperti di Lampiran 16.

Asas Permohonan Defendan Pertama Di Lampiran 19

[6] Bahawa persoalan-persoalan undang-undang yang berikut ditentukan secara terus oleh Mahkamah ini untuk menentukan tuntutan Defendan Pertama untuk restitusi bagi wang yang telah dibayar kepada Plaintif dibawah Perjanjian tersebut yang bertarikh 13 Mei 2016 dan 21 September 2017 tersebut dalam tindakan ini tanpa satu perbicaraan penuh, iaitu:

a. Sama ada Perjanjian tersebut adalah pada asasnya dalam undang-undang merupakan satu Perjanjian Francais; dan

b. Jika ya kepada (a), sama ada Plaintif telah melanggar s 6 Akta Francais 1998; dan

c. Jika ya kepada (a) dan (b), sama ada Perjanjian tersebut adalah tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan di sisi undang-undang dan terbatal ("void ab initio").

[7] Jika jawapan-jawapan kepada persoalan-persoalan undang-undang di atas adalah afirmatif, Defendan Pertama diberikan deklarasi-deklarasi yang berikut:

a. Bahawa Perjanjian tersebut antara Plaintif dengan Defendan Pertama yang bertarikh 13 Mei 2016 dan 21 September 2017 adalah tidak sah di sisi undang-undang dan terbatal ("void ab initio");

b. Bahawa Plaintif hendaklah membayar kembali RM150,000.00 fi lesen tersebut kepada Defendan Pertama dibawah s 66 Akta Kontrak 1950.

[8] Alasan-alasan ringkas permohonan Defendan Pertama ini adalah, antara lain, seperti berikut:

a. Persoalan-persoalan undang-undang yang dinyatakan di atas adalah sesuai untuk penentuan tanpa perbicaraan penuh tindakan ini;

b. Penentuan persoalan-persoalan undang-undang yang dinyatakan di atas akan menentukan secara muktamad keseluruhan kausa atau perkara; dan

c. Penentuan ini adalah perlu untuk mempercepatkan penyelesaian muktamad kehakiman tindakan ini untuk menjimatkan perbelanjaan dan kelewatan yang akan sebaliknya timbul sekiranya tindakan ini diteruskan ke perbicaraan penuh.

Alasan-Alasan Plaintif

[9] Klausa Perjanjian tersebut 2016 dan 2017 dengan jelasnya menunjukkan bahawa:

a. Pada setiap masa material, niat Plaintif dan Defendan Pertama dalam menandatangani Perjanjian tersebut tersebut adalah untuk Plaintif memberikan satu lesen tidak eksklusif kepada Defendan Pertama untuk mengguna nama dan cap dagangan 'HOME TOWN STEAMBOAT" yang dimiliki Plaintif yang tidak berkaitan dengan apa-apa francais dan/atau sebarang hak pemberian hak francais.

b. Plaintif tidak pernah memberi sebarang representasi kepada Defendan Pertama bahawa Plaintif adalah 'franchaisor' bagi Home Town Steamboat di Malaysia.

c. Perjanjian tersebut bukannya satu perjanjian francais dan adalah semata-mata perjanjian pelesenan sahaja dan

d. Ketika perjanjian pelesenan ditandatangani, Defendan Pertama mempunyai pengetahuan bahawa perniagaan Plaintif bukannya satu francais.

Prinsip Undang-Undang Aturan 14A, KKM 2012

[10] Aturan 1


Click Here to Read the rest of this document

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top