2021 MarsdenLR 2649
MAHKAMAH TINGGI MALAYA KUALA LUMPUR
LIM KOK WING UNIVERSITY OF CREATIVE TECHNOLOGY INTERNATIONAL SENDIRIAN BERHAD LWN. ASHLEY ALEXANDER ....
[Guaman Sivil No: WA-22NCVC-651-10-2020]
Award Persetujuan harus dihormati dan tidak boleh diketepikan tanpa bukti 'fraud', 'mistake', atau 'misrepresentation'.
Headnote:(A) Akta Syarikat 2016 – Pemecatan secara konstruktif – Award Persetujuan yang dimasuki oleh pihak-pihak dalam Mahkamah Perusahaan harus dihormati oleh kedua-dua pihak dan tidak boleh dicabar. (Paras 6, 12, 14)
(B) Rukun Turquand – Rukun ini melindungi individu yang berurusan dengan syarikat dengan baik, membolehkan mereka untuk menganggap bahawa semua tatacara dalaman telah diuruskan dengan betul. (Paras 16, 17, 20)
(C) Alasan untuk mengetepikan Award Persetujuan adalah tidak berasas melainkan dibuktikan dengan 'fraud', 'mistake', atau 'misrepresentation'. (Paras 25, 26)
Facts of the case: Plaintif mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah yang membatalkan Writ Saman mereka berhubung Award Persetujuan berkaitan pemecatan defendan, yang melibatkan RM800,000.00. (Paras 1, 4)
Findings of Court: Mahkamah mendapati bahawa Award Persetujuan tidak sepatutnya diketepikan atas alasan pembelaan mengandaikan kekurangan mandat. (Paras 28)
Issues: 1. Sama ada Award Persetujuan boleh diketepikan. 2. Sama ada terdapat bukti yang mencukupi untuk menunjukkan bahawa defendan mempunyai alasan untuk mengetepikan Award. (Paras 11)
Ratio Decidendi: Mahkamah menegaskan bahawa Award Persetujuan harus dihormati dan alasan yang mendasari permohonan untuk mengetepikannya adalah tidak sah. (Paras 28)
Result: Permohonan defendan dibenarkan dengan kos RM10,000.00.
PENGHAKIMAN
Rayuan
[1] Perayu/plaintif yang dinamakan di atas tidak berpuas hati dengan keseluruhan keputusan Mahkamah pada 8 November 2021 dan merayu kepada Mahkamah Rayuan Malaysia terhadap keseluruhan keputusan tersebut yang memutuskan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan Terpinda plaintif dibatalkan dengan kos RM10,000.00 tertakluk kepada fi alokatur.
Latar Belakang
[2] Pihak-pihak akan dirujuk sebagai plaintif dan defendan dalam alasan penghakiman ini seperti di Mahkamah Tinggi.
[3] Plaintif ialah sebuah syarikat sendirian berhad yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat 2016 yang mempunyai alamat penyampaian di Inovasi 1-1, Jalan Teknokrat 1/1, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan. Plaintif menjalankan perniagaan berasaskan perkhidmatan Pendidikan dan ada menubuhkan institusi pengajian tinggi yang dikenali sebagai Lim Kok Wing University of Creative Technology International Sendirian Berhad ("Universiti plaintif").
[4] Defendan ialah seorang individu warganegara British yang mempunyai alamat penyampaian di No 16, Jalan Mirage 1, Mirage By The Lake, Perdana Lakeview West, Cyber 7, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan. Defendan merupakan seorang bekas Pengarah Pembangunan Antarabangsa (International Development Director) di Universiti plaintif.
[5] Pada November 2019, defendan telah memulakan tindakan di Mahkamah Perusahaan atas kausa tindakan pemecatan secara konstruktif (constructive dismissal) terhadap plaintif.
[6] Pada 7 September 2020, satu Award Persetujuan dimasuki antara defendan dan plaintif dalam kehadiran peguam cara defendan, defendan, peguam cara plaintif serta wakil plaintif iaitu Dato' Wong Yeng Hoong dan Dr Mahaganapathy a/l Dass @ Paskaradass dengan amaun penyelesaian sebanyak RM800,000.00.
[7] Pada 7 Oktober 2020, plaintif telah memfailkan Guaman Sivil ini terhadap defendan untuk mengetepikan Award Persetujuan tersebut dengan alasan wakil plaintif yang hadir di Mahkamah Perusahaan pada tarikh 7 September 2020 tersebut, iaitu Dato' Wong Yeng Hoong, hanya hadir untuk memberikan keterangan dan tiada mandat untuk merekodkan sebarang persetujuan dengan defendan bagi pihak plaintif.
[8] Defendan kemudian memfailkan Notis Permohonan di Lampiran 24 untuk membatalkan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan Terpinda plaintif dibawah A 18 k 19(1)(b) dan/atau (c) dan/atau (d) Kaedah-kaedah Mahkamah 2012.
[9] Permohonan defendan adalah di bawah A 18 k 19(1)(b) dan/atau (c) dan/ atau (d) Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 (KKM 2012) dan bidang kuasa Mahkamah di bawah A 92 k 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.
[10] Alasan permohonan defendan adalah seperti berikut:
1. Writ saman dan Pernyataan Tuntutan plaintif adalah mengaibkan, remeh dan menyusahkan serta merupakan penyalahgunaan proses Mahkamah.
2. Keseluruhan tindakan plaintif untuk mengetepikan Award Persetujuan Mahkamah Perusahaan No 22/4-1797/19 bertarikh 7 September 2020 ("Award Persetujuan") adalah atas alasan bahawa Dato' Wong Yeng Hoong ("Dato' Wong") yang merupakan Naib Presiden Kanan (Pembangunan Korporat) plaintif tidak mempunyai mandat untuk merekodkan Award Persetujuan.
3. Alasan yang dikemukakan oleh plaintif untuk mengetepikan Award Persetujuan adalah tidak berasas kerana ia merupakan pengurusan dalaman plaintif ("internal management of the plaintif ") dan tidak boleh menjadi alasan yang sah untuk mengetepikan sesuatu Award Persetujuan.
4. Alasan yang dikemukakan oleh plaintif untuk mengetepikan Award Persetujuan, sekiranya dibenarkan, akan membuka "floodgate" dan menjadi duluan (precedent) bagi mana-mana syarikat yang ingin mengetepikan Award Persetujuan Mahkamah Perusahaan yang dimasuki secara sah, dan perkara ini adalah bertentangan dengan polisi awam.
5. Tiada sebarang alegasi 'fraud', 'mistake' atau 'misrepresentation' yang diplidkan oleh plaintif yang membolehkan plaintif mengetepikan Award Persetujuan.
6. Tindakan dan tuntutan plaintif terhadap defendan adalah dengan begitu jelas tidak dapat dikekalkan.
7. Secara keseluruhannya, pliding-pliding plaintif tiada