SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2018 MarsdenLR 3702

MAHKAMAH MAJISTRET BANDAR BARU BANGI
SIVADASS D SELVANATHAN DAN YANG LAIN LWN. NORHELMI MOHAMAD JADI DAN SATU LAGI
[Guaman No: A73KJ-705-11/2016]



The ruling confirms that in negligence cases, the burden of proof rests on the plaintiff to establish liability clearly.

Headnote:The court assessed a negligence claim following a road accident involving the plaintiff and the defendants on September 13, 2013. The plaintiff sought general and special damages on the grounds of negligence. The court ruled in favor of the plaintiff, attributing 100% liability to the defendants. Significant emphasis was placed on the lack of evidence from the defendants and the need for clear proof of damages. The decision included specific awards set forth as RM19,730.50 plus interest and costs under the applicable rules.

Table of Content
1. plaintiff's claim stems from a road accident causing injury and damages. (Para 1 , 4 , 5 , 6)
2. court observed the evidence supported the plaintiff’s claims for liability. (Para 2 , 9 , 11)
3. evidence needed for establishing claims for special damages. (Para 3 , 10)
4. comparison with past verdicts to establish precedent. (Para 7)
5. the court's reasoning cited legal precedent regarding negligence. (Para 8)

[1] Pihak plaintif telah memfailkan writ saman dan penyata tuntutan plaintif bertarikh 8, November 2016 bagi menuntut gantirugi am, khas berserta faedah dan kos serta lain-lain relif. Tuntutan plaintif adalah berdasarkan kemalangan yang berlaku pada September 13, 2013 di antara plaintif dan defendan pertama.

[2] Setelah membaca dan meneliti ikatan pliding yang difailkan berserta mendengar dan meneliti keterangan kesemua saksi-saksi pihak plaintif dan defendan serta menilai kesemua eksibit yang dikemukakan, mahkamah juga telah menilai hujahan bertulis kedua-dua belah pihak, di atas faktor imbangan kebarangkalian, mahkamah ini berpuas hati dan memutuskan bahawa tuntutan plaintif-plaintif dibenarkan dengan defendan-defendan bertanggungan sebanyak 100% liabiliti serta jumlah gantirugi keseluruhannya ditetapkan sebanyak RM19,730.50 (atas dasar 100% liabiliti) berserta faedah pada kadar biasa dan kos mengikut skala Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.

[3] Pihak defendan-defendan kemudiannya telah tidak berpuas hati terhadap keputusan ini telah memfailkan notis rayuan pada Januari 8, 2018 dan rayuan adalah terhadap isu liabiliti dan kuantum. Mahkamah berpendapat keputusan yang telah dibuat bagi kes ini adalah wajar, adil dan sesuai berdasarkan alasan-alasan seperti berikut.

1. Alasan Penghakiman Bagi Isu Liabiliti

Tuntutan Plaintif

[4] Tuntutan plaintif terhadap defendan-defendan adalah untuk gantirugi am, gantirugi khas, faedah dan kos akibat kemalangan jalan raya yang berlaku pada September 13, 2013 antara motokar WJS 7777 yang dipandu oleh plaintif pertama dan motokar WJJ 9251 yang dipandu oleh defendan kedua di Jalan KL-Seremban. Plaintif telah mengemukakan seramai empat (4) orang saksi iaitu pegawai penyiasat ("SP1"), plaintif pertama ("SP2"), wakil bengkel kereta (SP3) dan plaintif kedua ("SP4"). Manakala bagi pihak defendan-defendan, hanya seorang (1) saksi dikemukakan bagi menceritakan versi pihak defendan-defendan iaitu defendan kedua ("SD1").

Fakta Kes - Versi Plaintif

[5] Menurut keterangan SP2 (plaintif pertama) pada masa kemalangan, SP2 sedang memandu motokar milik SP4 dari arah Taman Asa Jaya menuju ke arah Semenyih melalui Jalan KL-Seremban. Manakala motokar SD1 dari arah yang berlawanan iaitu dari arah atas ke bawah dalam rajah kasar. Menurut keterangan saksi SP2, kemalangan berlaku pada waktu malam. Apabila SP2 sampai di tempat kejadian, sebuah motokar bernombor WJJ 9251 yang datang dari bertentangan telah masuk ke laluan beliau dan melanggar sisi kanan motokar yang dipandu olehnya.

[6] Akibat pelanggaran tersebut, motokar yang dipandu SP2 telah mengalami beberapa kerosakan. SP2 juga telah mengalami kecederaan iaitu "fracture of the 6th right rib" dan SP2 telah menerima rawatan di Hospital Kajang. SP2 turut menuntut gantirugi di atas kerugian perniagaan yang diakibatkan oleh kemalangan ini memandangkan beliau merupakan pemandu kenderaan bagi plaintif ketiga yang terpaksa menyerahkan semua "assignment' yang diterima dan perlu dilaksanakan dalam tempoh SP2 bercuti sakit kepada pihak ketiga. Pihak SP4 turut terpaksa menyewa kenderaan lain dari plaintif ketiga memandangkan kenderaan yang terlibat dengan kemalangan ini tidak boleh digunakan dalam tempoh tiga (3) bulan untuk dibaik pulih.

Fakta Kes - Versi Defendan

[7] Pihak defendan-defendan telah memanggil seorang (1) sahaja saksi iaitu SD1 iaitu pemandu motokar WJJ 9251 yang dengan terang dan jelas menyatakan bahawa beliau tidak perasan yang beliau telah memasuki laluan yang bertentangan dan seterusnya melanggar motokar SP2. Tiada sebarang versi lain yang telah dikemuk

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top