SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2024 MarsdenLR 1714

MAHKAMAH SESYEN KUALA LUMPUR
PENDAKWA RAYA LWN. MOHD ZULFAHIMIN MAHDZIR
[Kes Tangkap No: WA-62JS-18-09/2021]



Petitioner Advocates:Zilfinaz Abba,Fazeedah Faik ,Respondent Advocate: Chris Kooi Wei Kit,Aivy Chin Ai Wei

Consent is crucial in rape cases; intoxication negates consent, and the prosecution must prove every element of the charge beyond reasonable doubt.

Headnote:(A) Penal Code - Section 376(1) - Rape - Accused convicted of rape after the prosecution established a prima facie case, demonstrating lack of consent, especially as the victim was intoxicated at the time - The court emphasized that consent cannot be assumed based on the victim's actions prior to the incident. (Paras 59, 60, 74)

(B) Burden of Proof - The prosecution must prove every ingredient of the charge beyond reasonable doubt, and the accused is presumed innocent until proven guilty - The court noted that mere denial by the accused without evidence is insufficient for acquittal. (Paras 19, 44)

(C) Sentencing - The court highlighted the need for a deterrent sentence for serious crimes like rape, reflecting public interest and the gravity of the offence. (Paras 55, 70)

PENGHAKIMAN

Nor Hasniah Ab Razak HMS:

Latar Belakang Kes

Pertuduhan Asal

[1] Bahawa Kamu pada /12/2020 jam lebih kurang antara 1 pagi ke 3 pagi di sebuah bilik 619, Hotel Dorsett Hartamas, KL di dalam Daerah Brickfields di dalam WPKL Telah Merogol Seorang Perempuan Bernama Mxxxxx binti Xxxxx No K/P: 8xxxxx-14-xxxx. Oleh yang demikian, Kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah s 376(1) Kanun Keseksaan.

Hukuman

[2] Jika disabitkan kesalahan, hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun dan hendaklah juga dihukum dengan sebatan.

Pertuduhan Pindaan (Pada 3 September 2021)

[3] Bahawa Kamu pada 5 Disember 2020 jam lebih kurang di antara 1 pagi hingga 3 pagi di dalam sebuah bilik bernombor 619, Hotel Dorsett Hartamas, Plaza Damas, D-G08 3, No 63, Jalan Sri Hartamas 1, Sri Hartamas, KL di dalam Daerah Brickfields di dalam WPKL Telah Merogol Seorang Perempuan Bernama Mxxxxx binti Xxxxx No K/P: 8xxxxx-14-xxxx. Oleh yang demikian, Kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah s 376(1) Kanun Keseksaan.

Hukuman

[4] Jika disabitkan kesalahan, hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun dan hendaklah juga dihukum dengan sebatan.

[5] Rayuan ini telah difailkan oleh pihak Pembelaan (selepas ini dirujuk sebagai "PB") vide Notis Rayuan bertarikh 31 Mei 2024 yang menyatakan seperti berikut:

"SILA AMBIL PERHATIAN bahawa Perayu MOHD ZULFAHIMIN BIN MAHDZIR (NO K/P: 841005-02-5319) merayu kepada Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur terhadap keseluruhan keputusan tidak berpuas hati dengan keputusan PUAN HAKIM NOR HASNIAH BINTI AB RAZAK yang diberi di Mahkamah Sesyen Jenayah (4) di Kuala Lumpur pada 31 Mei 2024 di mana Perayu telah disabitkan salah di bawah s 376 Kanun Keseksaan dan dijatuhkan hukuman pemenjaraan selama tiga belas (13) tahun dari tarikh sabitan dan dua (2) sebatan.

Perayu dengan ini merayu kepada Mahkamah Tinggi terhadap sabitan dan hukuman serta keseluruhan keputusan tersebut di atas.

SILA AMBIL PERHATIAN bahawa Perayu dengan ini membuat permohonan untuk mendapatkan salinan bertaip Nota Keterangan yang dicatitkan dalam perbicaraan yang tersebut di atas dan Alasan Penghakiman mengikut s 307(5) Kanun Tatacara Jenayah.".

Kes Pendakwaan

[6] Pengadu/Mangsa (selepas ini dirujuk sebagai "SP4") telah memberi keterangan bahawa pada 4 Disember 2020, beliau telah dijemput oleh Muhammad Hilman bin Idham (selepas ini dirujuk sebagai "Hilman") untuk menyambut ulang tahun kelahirannya di Restoran Chakri Palace di Hotel Dorsett Hartamas Kuala Lumpur (selepas ini dirujuk sebagai "Hotel Dorsett Hartamas") bersama dengan Mohd Zulfahimin Bin Mahdzir (selepas ini dirujuk sebagai "OKT"), Rina Sharina binti Roslan (selepas ini dirujuk sebagai "SP7") dan Nur Farihatul Mardziah binti Mohamad Fisol (selepas ini dirujuk sebagai "SP9"). Selepas makan malam di Restoran Chakri Palace itu, mereka beredar ke karaoke lounge (selepas ini dirujuk sebagai "Karaoke Lounge"). Tidak lama kemudian, Adi Ikmal bin Isa (selepas ini dirujuk sebagai "Adi") juga telah ikut serta bersama mereka di Karaoke Lounge tersebut. SP4 telah mengambil minuman keras. Melihat keadaan SP4 yang mabuk, SP7 telah mencadangkan bilik hotel diambil di Hotel Dorsett Hartamas tersebut untuk SP4. Hilman telah memapah SP4 ke bilik Suite 619 (selepas ini dirujuk sebagai "Bilik Hotel") bersama-sama OKT, SP7, SP9 dan Adi.

[7] Semasa di dalam Bilik Hotel tersebut, SP4 telah tidak sedarkan diri. Semasa SP4 separa sedar, beliau mendapati OKT berada di atasnya dan pengsan semula. Apabila SP4 terjaga pada 5 Disember 2020 pukul 4.30 pagi, SP4 mendapati beliau dalam keadaan bogel dan baju beliau tersusun di dalam almari. Semasa SP4 ke tandas, beliau menjumpai kondom dalam tong sampah (selepas ini dirujuk sebagai "Kondom") di dalam Bilik Hotel tersebut. SP4 telah mengambil Kondom tersebut dan keluar dari Bilik Hotel tersebut untuk check-out.

[8] Semasa check-out, SP4 bertanyakan kepada Chong Kay Sian (selepas ini dirujuk s


Click Here to Read the rest of this document

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
logo-black

An indispensable Tool for Legal Professionals, Endorsed by Various High Court and Judicial Officers

Please visit our Training & Support
Center or Contact Us for assistance

qr

Scan Me!

India’s Legal research and Law Firm App, Download now!

For Daily Legal Updates, Join us on :

whatsapp-icon Back to top