SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2021 MarsdenLR 1855

MAHKAMAH MAJISTRET IPOH
PENDAKWA RAYA LWN. ALI MOHAMED
[Kes No: AA-87-2179-10/2020 AA-87-2185-10/2020 AA-87-2186-10/2020 & AA-87-2187-10/2020]



Petitioner Advocates:Muhammad Ridzuan Abdul Rahim ,Respondent Advocate: Ali Mohamed

Tertuduh didapati bersalah atas ketidakpatuhan terhadap award TTPM dan hukuman dijatuhkan mengikut Akta Perlindungan Pengguna 1999, Seksian 117.

Headnote:(A) Akta Perlindungan Pengguna 1999 – Seksyen 117(1) dan 117(2) – Ketidakpatuhan terhadap award Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) – Tertuduh didapati bersalah atas 5 pertuduhan kegagalan untuk mematuhi award yang telah dikeluarkan – Meminta dibawa ke Mahkamah Tinggi atas alasan hukuman berat – Mahkamah menjatuhkan denda serta penjara bagi kegagalan berterusan mematuhi award TTPM – Mahkamah berpegang kepada prinsip undang-undang yang membenarkan penalti bagi kesalahan berterusan. (Paras 24, 26, 28, 35, 44)

(B) Penggantungan hukuman – Permohonan tertuduh untuk penggantungan hukuman ditolak kerana tiada keadaan khas dibentangkan – Rayuan tidak memberhentikan pelaksanaan hukuman secara automatik. (Paras 40, 41, 43)

PENGHAKIMAN

Khir Nizam Jemari M:

Latar Belakang

[1] Ali Bin Mohamed (OKS) telah menerima perintah award yang dikeluarkan oleh Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) bertarikh 13 Januari 2014.

[2] Kemudian pada 26 Julai 2018 OKS telah dipertuduhkan sebanyak 5 pertuduhan dibawah s 117(1) Akta Perlindungan Pengguna 1999 (APP) kerana kegagalan OKS mematuhi award TTPM tersebut. OKS telah mengaku salah dalam kesemua pertuduhan dan telah didenda sebanyak RM 500 gagal bayar 7 hari penjara bagi setiap pertuduhan.

[3] Berkait kes harini pula, OKS telah dikenakan 5 pertuduhan kerana kesalahan berulang untuk mematuhi award TTPM yang sama. Justeru OKS dipertuduhkan dibawah s 117(1) APP dan sebagai tambahan boleh dihukum dibawah s 117(2) APP.

[4] OKS telah minta bicara untuk semua pertuduhan dan membela dirinya sendiri. Pada 30 September 2021 OKS telah dipanggil untuk membela diri hanya bagi 4 kes. Mahkamah mendapati pihak pendakwaan telah gagal membuktikan prima facie bagi kes AA-87-2184-10/2020.

[5] Selepas selesai keseluruhan perbicaraan, Mahkamah telah meneliti kesemua keterangan secara total dan mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah bagi kesemua pertuduhan dan OKS didapati bersalah.

[6] OKS telah dijatuhkan hukuman denda RM 4000 gagal bayar 3 bulan penjara dan sebagai tambahan denda RM100 bagi setiap hari kesalahan berterusan gagal bayar 4 bulan penjara.

[7] Tidak berpuas hati dengan hukuman yang dijatuhkan, OKS melalui Jabatan Penjara Malaysia telah memfailkan rayuan terhadap hukuman.

[8] Sehingga tarikh alasan penghakiman ini ditulis, OKS masih belum menjelaskan denda. Oleh itu, OKS telah dipenjarakan.

[9] Sebagai tambahan, alasan penghakiman ini disediakan bagi kesemua 4 kes memandangkan kesemua kes adalah melibatkan pertuduhan, dokumen, saksi dan fakta serta hujahan yang sama kecuali saksi pengadu.

Pertuduhan

[10] Pertuduhan bagi kesemua kes adalah seperti berikut;

Pertuduhan kes AA-87-2179-10/2020

Bahawa kamu pada 27 Julai 2018 telah didapati gagal mematuhi award Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia, TTPM No TTPM-A-(P) 376-2013 bertarikh 13 Januari 2014 yang dibuat di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia, Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan Perak, Lot 22, Bangunan UTC Perak, Jalan Dato' Onn Jaafar, 30300 lpoh, Perak yang memerintahkan 'Penentang hendaklah membayar balik kepada Pihak Yang Menuntut, iaitu Khatijah Binti Mohamad (K/P: 720325-08-5096) wang sejumlah RM 10,000. 00 dalam masa empat belas (14) hari dari tarikh award ini diserahkan', walaupun telah disabitkan di bawah s 117(1) Akta Perlindungan Pengguna 1999 pada 26 Julai 2018 atas kesalahan yang sama. Oleh yang demikian kamu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah s 117(1) Akta yang sama dan boleh dikenakan penalti tambahan di bawah s 117(2) Akta yang sama kerana melakukan kesalahan yang berterusan selepas sabitan tersebut.

Pertuduhan kes AA-87-2185-10/2020

Bahawa kamu pada 27 Julai 2018 telah didapati gagal mematuhi award Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia, TTPM No TTPM-A-(P) 381-2013 bertarikh 13 Januari 2014 yang dibuat di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia, Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan Perak, Lot 22, Bangunan UTC Perak, Jalan Dato' Onn Jaafar, 30300 lpoh, Perak yang memerintahkan 'Penentang hendaklah membayar balik kepada Pihak Yang Menuntut, iaitu Latifah Binti Shahidan Ghani (K/P: 560228-02-5032) wang sejumlah RM 10,0. 00 dalam masa empat belas (14) hari dari tarikh award ini diserahkan', walaupun telah disabitkan di bawah s 117(1) Akta Perlindungan Pengguna 1999 pada 26 Julai 2018 atas kesalahan yang sama. Oleh yang demikian kamu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah s 117(1) Akta yang sama dan boleh dikenakan penalti tambahan di bawah s 117(2) Akta yang sama kerana melakukan kesalahan yang berterusan selepas sabitan tersebut.

Pertuduhan kes AA-87-2186-10/2020

Bahawa kamu pada 27 Julai 2018 telah didapati gagal mematuhi award Tribunal Tuntutan Pengguna Ma


Click Here to Read the rest of this document

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top