SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2025 MarsdenLR 4131

MAHKAMAH TINGGI MALAYA SHAH ALAM
KAMARALZAMAN IDRIS & SATU LAGI LWN. OSMAN ISMAIL & YANG LAIN
[Guaman No: BA-22NCvC-448-11-2024]



Petitioner Advocates:Keshvinjeet Singh ,Respondent Advocate: Yuvanes Taruman

The court ruled that a second application to suspend a judgment must demonstrate special circumstances and cannot challenge prior determinations unless new evidence emerges, adhering strictly to the doctrine of res judicata.

Headnote:(A) Undang-undang Sivil - Aturan 18 Kaedah 19(1)(b) dan (d) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 - Tuntutan untuk membatalkan writ dan pernyataan tuntutan - Permohonan plaintif untuk menggantung pelaksanaan penghakiman ditolak - Mahkamah mendapati tiada keadaan khas untuk membenarkan penggantungan pelaksanaan - Permohonan defendan untuk membatalkan writ dibenarkan. (Paras [1] - [5], [66] - [116])

(B) Res Judicata - Proses litigasi berulang - Dari sudut kepentingan undang-undang, sekali keputusan telah ditetapkan, pihak tidak boleh mencabar keputusan tersebut lagi. (Paras [85] - [87])

(C) Kelayakan wali dalam perkahwinan islam - Isu ketidakwarasan defendan kelima tidak boleh dibicarakan di Mahkamah sivil untuk menentukan kelayakan wali. (Paras [104] - [114])

Table of Content
1. overview of the case and applications (Para 1 , 2 , 3 , 4)
2. family dispute involving mental incapacity and legal claims (Para 5 , 6 , 7 , 10 , 11 , 12 , 13 , 16)
3. arguments concerning the application for stay (Para 14 , 15 , 19 , 20 , 22 , 23)
4. legal provisions regarding suspension of judgment (Para 25 , 27 , 30 , 37)
5. court observations on the prevalence of previous rulings (Para 38 , 39 , 41 , 45 , 51)
6. guidelines on nullification of judgments (Para 66 , 67 , 70 , 77 , 114)
7. court's final ruling and orders (Para 116)
Hazizah Kassim PK:

A. Pendahuluan

[1] Guaman 448 di Mahkamah ini merupakan tuntutan yang difailkan oleh plaintif-plaintif untuk mencabar keputusan Hakim Mahkamah Tinggi dalam Guaman Sivil No: BA-22NCVC-580-11/2018 (Guaman 580) yang melibatkan pihak-pihak yang sama.

[2] Seiring dengan itu, defendan pertama sehingga kelima telah memfailkan permohonan untuk membatalkan Writ dan Pernyataan Tuntutan (Kandungan 7). Manakala plaintif-plaintif pula memfailkan permohonan untuk menggantung pelaksanaan penghakiman Mahkamah bertarikh 7 Jun 2024 (Kandungan 9) yang diperintahkan melalui Guaman Sivil No: BA-22NCVC-580-11/2018 (Guaman 580) sehingga pelupusan Guaman BA-22NCVC-448-11/2024 (Guaman 448) di sini.

[3] Kedua-dua permohonan tersebut telah didengar bersama dan pada 7 Mac 2025, Mahkamah ini membenarkan Notis Permohonan membatalkan Writ dan Pernyataan Tuntutan dan menolak permohonan plaintif-plaintif untuk menggantung pelaksanaan penghakiman Mahkamah bertarikh 7 Jun 2024.

[4] Alasan penghakiman ini disediakan untuk kedua-dua permohonan tersebut.

B. Fakta Material

[5] Amnya pertikaian antara plaintif-plaintif dan defendan pertama sehingga defendan kelima di sini merupakan pertikaian dalam kalangan ahli keluarga.

[6] Plaintif pertama dan kedua adalah pasangan suami isteri yang menyaman defendan kelima, iaitu abang kandung plaintif pertama. Manakala defendan pertama, kedua dan ketiga ialah anak saudara plaintif-plaintif dan defendan keempat ialah bekas isteri kepada defendan kelima.

[7] Tuntutan plaintif-plaintif dalam guaman ini difailkan selepas Guaman 580 yang melibatkan pihak-pihak yang sama diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam melalui bicara penuh.

[8] Dalam Guaman 580, plaintif-plaintif dinamakan sebagai defendan pertama dan kedua selain defendan keenam dan defendan ketujuh di sini.

[9] Pada 7 Jun 2024, Mahkamah Tinggi dalam Guaman 580 merekodkan penghakiman sebagaimana berikut:

[10] Plaintif-plaintif telah merayu terhadap Perintah dalam Guaman 580 melalui Notis Rayuan bertarikh 12 Jun 2024 dalam Rayuan Sivil No: B-01(NCVC)(W)-412-06/2024. Semasa permohonan-permohonan interlokutori didengar di hadapan Mahkamah ini, rayuan tersebut masih belum diputuskan lagi.

[11] Tuntutan dalam Guaman 448 di sini yang difailkan pada 6 November 2024 oleh plaintif-plaintif adalah untuk mendapatkan relif-relif berikut:-

(i) Perintah ex-parte bertarikh 22 November 2018 dalam Guaman Sivil: BA-24NCVC-1086-09/2018 diketepikan.

(ii) Penghakiman Mahkamah bertarikh 7 Jun 2024 dalam Guaman Sivil: BA-22NCVC-580-11/2018 diketepikan.

(iii) Defendan pertama sehingga kelima membayar kos tindakan ini dan kos plaintif-plaintif dalam Guaman Sivil: BA-24NCVC-1086-09/2018.

(iv) Relif dan perintah lanjut yang didapati wajar oleh Mahkamah.

[12] Asas utama tuntutan dalam Guaman No 448 adalah penghakiman yang diperolehi oleh defendan pertama sehingga defendan kelima dalam Guaman 580 dicemari dengan ketaksahan.

[13] Alasan ketaksahan berbangkit daripada keadaan defendan kelima yang sebelum ini diisytiharkan sebagai tidak berkeupayaan dari segi mental. Terdahulu dari itu, pada 22 November 2018, melalui Guaman Sivil: BA-24NCVC-1086-09/2018, Osman bin Ismail (defendan pertama) telah memperoleh perintah menjadi wakil litigasi kepada defendan kelima, Ismail bin Idris.

Permohonan Defendan Pertama Sehingga Defendan Kelima Menurut Aturan 18 Kaedah 19(1)(b) Dan (d) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (Kandungan 7)

[14] Pada 2 Disember 2024, defendan pertama sehingga

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top