SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2025 MarsdenLR 241

MAHKAMAH TINGGI MALAYA ALOR SETAR
PENDAKWA RAYA LWN. SITI ASMA RAMLI & SATU LAGI
[Perbicaraan Jenayah No: KA-45A-72-12/2022]



Petitioner Advocates:Tohirah Mohd Fauzi ,Respondent Advocate: Mohd Taufik Baharum

The prosecution must establish ownership and knowledge of the contraband; failure to prove these elements and lack of cooperation during arrest led to an acquittal.

Headnote:(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 - Perenggan 39B(1)(a) dan subseksyen 39B(2) - Kanun Keseksaan - Seksyen 34 - Pengedaran dadah - Tuntutan pendakwaan tidak memenuhi beban pembuktian prima facie kerana elemen pemilikan dan pengetahuan terhadap bahan dadah tidak dapat dibuktikan. (Paras 3, 45)

(B) Prima Facie - Menurut kes Balachandran v. PP, untuk membuktikan kes prima facie, bukti mestilah cukup kuat untuk menolak. (Paras 24)

(C) Elemen pemilikan dan pengetahuan - Pemilikan tidak perlu eksklusif dan mungkin dijoint. Ketiadaan bukti kerjasama atau reaksi semasa tangkapan menunjukkan tiada pengetahuan terhadap dadah. (Paras 28, 43)

(D) Niat bersama - Bukti yang tidak mencukupi menunjukkan tiada rancangan bersama antara defendan untuk mengedar dadah. (Paras 46, 48)

Facts of the case:
OKT1 dan OKT2 dituduh mengedar 719.5 gram Methamphetamine pada 22 Mei 2022. Pendakwaan tidak dapat membuktikan elemen pemilikan dan pengetahuan dalam kes tersebut. (Paras 1, 3)

Findings of Court:
Mahkamah memutuskan tiada kes prima facie terbukti terhadap OKT1 dan OKT2; mereka dibebaskan tanpa dipanggil membela diri. (Paras 45, 50)

Issues: Elemen yang perlu dibuktikan oleh pendakwaan; ketiadaan pengetahuan dan kerjasama defendan semasa tangkapan; niat bersama antara defendan. (Paras 25, 37)

Ratio Decidendi: Pendakwaan gagal untuk membuktikan elemen pemilikan dan pengetahuan; tiada kerjasama semasa tangkapan menjejaskan kes; tiada bukti niat bersama. (Paras 45, 49)

Result: OKT1 dan OKT2 dilepas dan dibebaskan. (Paras 50)

Table of Content
1. charges against defendants (Para 1 , 2 , 3 , 4)
2. police operation details and evidence collection (Para 5 , 6 , 7 , 8 , 9 , 10 , 11)
3. handling of seized evidence and chain of custody (Para 12 , 13 , 14 , 15 , 16 , 17 , 18 , 19 , 20)
4. chemical analysis of seized substance (Para 21 , 22)
5. court's evaluation of prima facie case and discrepancies (Para 23 , 24 , 25 , 26 , 27 , 28 , 29 , 30 , 31 , 32 , 33 , 34 , 35 , 36 , 37 , 38 , 39 , 40 , 41 , 42 , 43 , 44 , 45)
6. joint intent and distribution of drugs (Para 46 , 47 , 48)
Evawani Farisyta Mohammad PK:

Pendahuluan

[1] OKT1 dan OKT2 telah dituduh melakukan satu kesalahan di bawah perenggan 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] ("ADB 1952") yang boleh dihukum di bawah subseksyen 39B(2) Akta yang sama, dan dibaca bersama s 34 Kanun Keseksaan [ Akta 574 ].

[2] Pertuduhan terhadap OKT1 dan OKT2 adalah seperti yang berikut:

"Bahawa kamu bersama-sama pada 22 Mei 2022, jam lebih kurang 12.45 tengah malam, di tepi jalan, Kampung Pantai Jamai, 06500, Langgar, Daerah Kota Setar, di dalam Negeri Kedah Darul Aman, telah mengedar dadah jenis Methamphetamine seberat 719.5 gram. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah s 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah s 39B(2) Akta yang sama dan dibaca bersama- sama di bawah s 34 Kanun Keseksaan.".

[3] Pada akhir kes Pendakwaan, Mahkamah ini telah mendapati bahawa pihak Pendakwaan telah gagal membuktikan elemen-elemen pertuduhan terhadap OKT1 dan OKT2 pada tahap prima facie dan telah melepas dan membebaskan OKT1 dan OKT2 tanpa dipanggil membela diri.

[4] Pihak Pendakwa Raya tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah ini dan mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan.

Naratif Kes Pendakwaan

[5] Pada 22 Mei 2022, lebih kurang pukul 12.01 pagi, semasa Pengadu (SP4) bersama sepasukan anggota BSJND IPD Kota Setar sedang dalam tugasan Ops Tapis di Kawasan Langgar, Alor Setar, Kedah, SP4 telah menerima maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah oleh seorang perempuan Melayu dengan panggilan "Ema" yang menaiki sebuah motokar jenis Perodua Kancil di kawasan Kampung Pantai Jamai, Langgar, Kedah (lokasi kejadian).

[6] SP4 dan pasukannya telah bergerak ke lokasi kejadian dengan menaiki sebuah van pasukan yang tidak berlambang. Apabila sampai di kawasan lokasi kejadian, SP4 telah mengarahkan pemandu van pasukan untuk memandu secara perlahan dan memerhati motokar di sekeliling. Semasa rondaan tersebut, SP4 telah nampak satu cahaya daripada lampu sebuah motokar jenis Perodua Kancil berwarna biru bernombor pendaftaran KBC 2065 yang tidak bergerak dan dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan berdekatan dengan simpang tiga jalan Kampung Pantai Jamai. Enjin motokar tersebut dalam keadaan hidup dan kesemua pintu serta tingkap bertutup rapat. Pada masa yang sama, SP4 mendapati dua orang individu berada di dalam kereta tersebut di mana seorang berada di bahagian pemandu dan seorang lagi di bahagian penumpang hadapan. Suasana di tempat kejadian adalah terang dan cerah kerana terdapatnya lampu jalan.

[7] SP4 telah mengarahkan kenderaan pasukan memandu ke arah kereta Perodua Kancil tersebut dan memberhentikan kenderaan pasukan di belakangnya. SP4 dan pasukan telah turun dari kenderaan pasukan dan menuju ke arah kereta Kancil tersebut. Dua anggota pasukan SP4 telah terus pergi ke arah pintu pemandu dan membuka pintu lalu mematikan enjin kereta. SP4 dan dua lagi anggota pasukan telah menuju ke arah pintu penumpang dan membuka pintu serta menahan dan memperkenalkan diri polis kepada OKT1 yang berada di bahagian pemandu dan OKT2 yang berada di bahagian penumpang. Pada masa yg sama, SP4 melihat OKT1 sedang memegang sebuah beg berwarna hitam/kelabu bercorak petak (eksibit P21) dengan kedua-dua tangannya.

[8] SP4 kemudiannya telah merampas beg eksibit P21 daripada tangan OKT1 serta mengarahkan kedua-dua mereka keluar dari kereta dan berdiri di hadapan kereta Kancil tersebut. SP4 kemudiannya telah membuat pemeriksaan ke

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top