MAHKAMAH TINGGI MALAYA SHAH ALAM
ALI NUR FITRI YAZID LWN. LEMBAGA TATATERTIB KONTINJEN SELANGOR
[Permohonan Semakan Kehakiman No: BA-25-27-05/2021]
| Table of Content |
|---|
| 1. judicial review application for disciplinary action (Para 1 , 2 , 3 , 4 , 5 , 6 , 7 , 9 , 10 , 11) |
| 2. legality of disciplinary action amidst ongoing criminal investigation (Para 12 , 14 , 15 , 16 , 17 , 18 , 19 , 20) |
| 3. interpretation of disciplinary protocols in conjunction with criminal proceedings (Para 21 , 22 , 23 , 24 , 25 , 26) |
| 4. arguments regarding procedural fairness in disciplinary hearings (Para 27 , 28 , 30 , 31) |
| 5. consideration of applicant's justifications for absences (Para 37 , 38 , 39 , 40 , 43) |
| 6. disproportionate punishment compared to other disciplinary actions (Para 47 , 48 , 49) |
| 7. procedural irregularities in the disciplinary process (Para 51 , 52 , 53 , 54 , 55) |
| 8. right to withhold salary during disciplinary proceedings (Para 67 , 68 , 69 , 70 , 71) |
Pendahuluan
[1] Pemohon melalui permohonan semakan kehakiman ini memohon agar Mahkamah ini memerintahkan untuk relif-relif yang antaranya seperti berikut:
(i) satu perintah deklarasi bahawa hukuman-hukuman yang dikenakan ke atas Pemohon untuk pertuduhan-pertuduhan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993 yang diberikan pada 27 Januari 2021 ("Peraturan- Peraturan 1993") ("Keputusan-Keputusan yang Dipersoalkan") adalah terbatal, tidak sah, tiada efek, tiada kesan dan salah di sisi undang-undang;
(ii) satu perintah certiorari untuk membatalkan keseluruhan Keputusan-Keputusan yang Dipersoalkan tersebut diatas;
(iii) satu perintah mandamus bahawa Pemohon diterima dan ditempatkan semula ke pangkat asalnya tanpa sebarang penurunan pangkat dan segala gaji, emolumen, elaun-elaun, bonus dan apa-apa manfaat kewangan yang tertunggak dari tarikh pembuangan kerja Pemohon dibayar kepada Pemohon; dan
(iv) faedah, kos dan relif-relif turutan lain yang Mahkamah ini fikir suaimanfaat.
[2] Rentetan daripada Keputusan-Keputusan yang Dipersoalkan tersebut, Pemohon telah dikenakan dengan hukuman amaran, denda sehari gajinya dan juga dibuang kerja.
Latar Belakang Kes
[3] Sebelum tindakan tatatertib dibawa keatas Pemohon, Pemohon merupakan seorang anggota pasukan Polis DiRaja Malaysia. Pemohon memulakan perkhidmatannya sejak tahun 2011 dan disahkan perkhidmatannya sebagai seorang Konstabel pada tahun 2013. Pemohon kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai seorang Lans Koperal. Sejak tahun 2019, Pemohon bertugas di Balai Polis Kelana Jaya di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.
[4] Pada 12 Oktober 2020, Pemohon telah diserahkan dengan surat yang ditandatangani oleh Pengerusi Lembaga Tatatertib, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor ("Pengerusi Lembaga Tatatertib") bertajuk "Tindakan Tatatertib di bawah Peraturan 37, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat dibawah Peraturan 38, Peraturan yang sama" yang mengandungi tujuh pertuduhan ("Surat Pertuduhan"). Surat Pertuduhan tersebut telah dialamatkan kepada Pemohon melalui Ketua Polis Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.
[5] Menurut Surat Pertuduhan tersebut, Pemohon dimaklumkan bahawa Pengerusi Lembaga Tatatertib (yang kuasa beliau diwakilkan oleh Suruhanjaya Pasukan Polis melalui "Suratcara Perwakilan Kuasa P.U.(B) 441 bertarikh 14 Disember 2000") telah menimbang segala maklumat yang ada, dan mendapati bahawa terdapat satu kes prima facie terhadap Pemohon yang membolehkan Pemohon dikenakan tindakan tatatertib dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat di bawah Peraturan 37 Peraturan-Peraturan 1993 tersebut. Sebanyak tujuh pertuduhan telah dirangka terhadap Pemohon. Pemohon juga dikehendaki mengemukakan representasi secara bertulis kepada Pengerusi Lembaga Tatatertib melalui ketua jabatan Pemohon, dalam tempoh 21 hari dari tarikh penerimaan Surat Pertuduhan.
[6] Secara ringkasnya, kesemua tujuh pertuduhan yang dirangka terhadap Pemohon adalah bahawa Pemohon telah didapati tidak hadir bertugas untuk tempoh tertentu tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah
R Rama Chandran v. Industrial Court of Malaysia & Anor
Muhammad Sazrin Ismail v. Pengerusi Lembaga Tatatertib & Ors
Nazrul Imran Mohd Nor v. Civil Service Commission Malaysia & Anor
Saiful Bahari Yunus v. Dato' Jamil Rakon & Ors
Zulkifli Muhammad Hanafiah v. Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran & Ors
Noor Bhayzura Dali v. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia & Anor
Rohana Ariffin & Anor v. Universiti Sains Malaysia
Majlis Perbandaran Pulau Pinang v. Syarikat Bekerjasama Serbaguna Sungai Gelugor
Mohamad Adri' Ammar Mohamad v. Suruhanjaya Pasukan Polis & Anor
Login now and unlock free premium legal research
Login to SupremeToday AI and access free legal analysis, AI highlights, and smart tools.
Login
now!
India’s Legal research and Law Firm App, Download now!
Copyright © 2023 Vikas Info Solution Pvt Ltd. All Rights Reserved.