SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2025 MarsdenLR 5955

MAHKAMAH TINGGI MALAYA TEMERLOH
MOHAMAD ZAINI SALLEH LWN. PENTADBIR TANAH DAERAH BENTONG & SATU KES YANG LAIN
[Rujukan Tanah Nos: CB-15-49-12-2023 & CB-15-50-12-2023]



Petitioner Advocates:Sri M Ramachelvam,Nurul Syuhada Abdullah ,Respondent Advocate: Fatin Nur Syahirah Abdul Rashid

The compensation for land acquisition must be based on valid legal entitlements, necessitating proper documentation and adherence to statutory requirements.

Headnote:(A) Akta Pengambilan Tanah 1960 - Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan - Penentuan pampasan bagi pengambilan tanah - Tanah di bawah tanah yang diambil untuk Projek ECRL - Pampasan nominal RM1,000.00 kepada pemohon yang tidak menunjukkan hak milik tanah di bawah tanah yang sah. (Paras 2, 5, 7, 47, 70)

(B) Prinsip Ganti Rugi - Ganti rugi yang adil dan setimpal mesti diberikan kepada pemilik tanah. Sebarang pengambilan tanah harus mematuhi peruntukan undang-undang berkaitan dan tidak boleh dianggap secara nominal tanpa asas yang tepat. (Paras 65, 66, 68)

(C) Kelayakan dan Prosedur - Kelayakan pemilik untuk menerima pampasan harus didasarkan kepada catatan rasmi hak milik tanah. Pemohon tidak menunjukkan bukti yang mencukupi untuk pengambilan tanah di bawah tanah. (Paras 50, 51)

(D) Penggunaan Kepelbagaian - Pengambilan tanah yang melibatkan pembangunan tanah yang bersesuaian dengan perundangan sedia ada. (Paras 43, 44)

Facts of the case:
Pengambilan tanah di bawah tanah untuk tujuan pembinaan terowong Projek ECRL melibatkan beberapa petak tanah tanpa dokumentasi hak milik yang jelas bagi pemohon atas tanah tersebut. Pengambilan ini membawa keperluan untuk mempertimbangkan pampasan yang sesuai. (Paras 5, 7)

Findings of Court:
Mahkamah mendapati tiada keterangan cukup untuk menunjukkan pemohon memiliki hak milik tanah di bawah tanah yang diambil. Oleh itu, pampasan nominal adalah wajar. (Paras 70, 71)

Issues: Isu tentang hak pemilikan tanah di bawah tanah dan kelayakan pemohon untuk menerima pampasan, serta penyimpangan prosedural dalam pengambilan tanah. (Paras 50, 67)

Ratio Decidendi: Mahkamah ditekankan perlunya pematuhan kepada peruntukan undang-undang dalam setiap kes pengambilan tanah dan mengenai keperluan untuk membuktikan pemilikan tanah sebelum pampasan boleh diperoleh. (Paras 47, 64)

Result: Pampasan yang ditetapkan oleh Pentadbir Tanah Bentong adalah dikekalkan.

Table of Content
1. taking of land by government for public use. (Para 1 , 2 , 3 , 4)
2. details of land acquisition for ecrl project. (Para 5 , 6 , 7)
3. cross-examination of valuation evidence. (Para 8 , 12)
4. procedural rules for land acquisition cases. (Para 9 , 10 , 11)
5. valuation methods for underground land acquisition. (Para 20 , 21 , 23 , 24 , 25)
6. legal principle regarding nominal damages. (Para 40 , 41 , 64 , 65)
7. impact on property enjoyment due to construction. (Para 66 , 67 , 68 , 69)
Roslan Mat Nor H:

Pendahuluan

[1] Tanah adalah harta yang berharga kepada pemiliknya. Seseorang pemilik tanah tidak rela ianya diambil daripada milikannya. Walau bagaimanapun ada keadaan di mana tanah tersebut perlu diambil oleh Kerajaan bagi tujuan yang dibenarkan oleh undang-undang.

[2] Apabila tanah tersebut diambil oleh Kerajaan, ia hendaklah mengikut undang-undang. Ini sejajar dengan pengiktirafan undang-undang berkenaan dengan hak pemilikan harta seperti yang diputuskan di bawah Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan. Pengambilan tanah hendaklah dilakukan mengikut Akta Pengambilan Tanah 1960 .

[3] Pengambilan tanah itu akan memerlukan pampasan yang adil dan setimpal diberikan kepada tuan tanah. Prinsip penentuan nilai pasaran tanah serta pampasan yang diberikan telah dinyatakan di bawah Jadual Pertama Akta Pengambilan Tanah 1960 . Semenjak pengenalan Akta Pengambilan Tanah 1960 , terdapat perkembangan di dalam undang-undang Kanun Tanah Negara berkaitan dengan tanah iaitu pembangunan tanah yang berkembang sejajar dengan peredaran masa dan perkembangan teknologi berkaitan dengan pembangunan tanah. Ia juga melibatkan pemberian milikan tanah di bawah tanah yang dahulunya tidak timbul di dalam kes pengambilan tanah.

[4] Oleh itu, di dalam suatu prosiding Rujukan Tanah, perubahan-perubahan tersebut perlu diberikan perhatian. Namun ia tidak wajar menyebabkan berlaku penyimpangan dari peruntukan di bawah Jadual Pertama Akta Pengambilan Tanah 1960 . Jika peraturan-peraturan kepada Jadual Pertama Akta tersebut tidak dipatuhi di samping keputusan Mahkamah-Mahkamah Atasan berkenaan dengan pengambilan tanah, ia akan menimbulkan kekeliruan dan kepelbagaian taksiran berkenaan dengan penentuan nilai pasaran dan pampasan. Ini akan menimbulkan ketidaktentuan prinsip undang-undang berkenaan dengan pampasan yang bercanggah dengan kepentingan awam.

Kes Ini

[5] Bagi kes CB-15-49-12/2023 ia melibatkan pengambilan tanah Lot PT 24122 (Lot 44263), HSM 8449 (PM 4058), Mukim dan Daerah Bentong, Negeri Pahang. Ia melibatkan keluasan tanah mendatar yang diambil ialah 228.9889 meter dari aras purata laut dan ke bawah dan isi padu yang diperlukan ialah 22,469.4155 meter padu. Ia dapat dilihat di dalam Warta Kerajaan Negeri Pahang bertarikh 24 November 2022 di ms 2192 yang dinyatakan di dalam Rekod Rujukan Tanah kepada Mahkamah di halaman 9.

[6] Bagi kes CB-15-50-12/2023 ia melibatkan pengambilan tanah Lot PT 24120 (Lot 43997), HSM 8423 (PM 4065), Mukim dan Daerah Bentong, Negeri Pahang. Ia melibatkan keluasan tanah mendatar yang diambil ialah 228.6664 meter dari aras purata laut dan ke bawah dan isi padu yang diperlukan ialah 27,379.5764 meter padu. Ia dapat dilihat di dalam Warta Kerajaan Negeri Pahang bertarikh 24 November 2022 di muka surat 2191 yang dinyatakan di dalam Rekod Rujukan Tanah kepada Mahkamah di halaman 9.

[7] Pengambilan tanah ini ialah bagi Projek Laluan Rel Pantai Timur (East Coast Rail Link — ECRL) bagi Daerah Bentong, Negeri Pahang — Fasa 1 — Jajaran Terowong Bawah Tanah (Projek ECRL).

[8] Peguam Pemohon telah mengemukakan notis untuk menyoal balas kepada Responden untuk menyoal balas pegawai penilaian daripada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) Temerloh untuk diperiksa balas. Begitu juga Pegawai Tanah yang menjalankan inkuiri tersebut telah disepina sebagai saksi bagi membantu Mahkamah ini memutuskan kes Rujukan Tanah ini.

[9] Tatacara pengemukaan keterangan dalam satu prosiding Rujukan Tanah telah dinyatakan di bawah Jadual Ketiga Akta

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top