2025 MarsdenLR 1549
MAHKAMAH TINGGI MALAYA ALOR SETAR
MOHD SHARWANDY SOLLAHUDDIN LWN. PENDAKWA RAYA
[Rayuan Jenayah No: KA-42ES-1-06/2024 KA-42ES-2-06/2024 & KA-42ES-3-06/2024]
The court determined that separate charges under wildlife protection statutes do not constitute double jeopardy, as they represent distinct offenses, validating each charge as separate and supported by sufficient evidence.
Headnote:(A) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 - Seksyen 68(2)(a) dan 86(1)(c) - Pertuduhan menyimpan hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya dan penderitaan kepada hidupan liar - Perayu disabitkan dan dijatuhkan hukuman penjara selama 9 hingga 78 bulan bagi kesalahan menyimpan 81 tenggiling - Keterangan menunjukkan perbuatan penyimpanan dan elemen 'menyimpan' dipatuhi mengikut Akta 716 walaupun tidak ada dokumen yang sah - Mahkamah menolak rayuan Perayu untuk mencabar sabitan dan hukuman. (Paras 4, 20, 54, 56)
(B) Pendakwaan - Prinsip pendakwaan dua kali (double jeopardy) - Pertuduhan di bawah seksyen berbeza mengikat keseluruhan kesalahan yang berasingan dan tidak terpakai bagi prinsip kedua pertuduhan - Mahkamah memutuskan tiada merit bagi mana-mana isu yang dibangkitkan dan sabitan serta hukuman dikekalkan. (Paras 7, 18, 56)
| Table of Content |
|---|
| 1. introduction of case involving appeals and charges. (Para 1 , 2 , 3 , 4 , 5 , 6) |
| 2. key issues for court determination. (Para 7) |
| 3. analysis of duplicity in charges. (Para 8 , 9 , 10 , 12 , 13 , 14 , 15 , 16 , 18 , 19) |
| 4. burden to prove ‘keeping’ wildlife. (Para 20 , 21 , 22 , 23 , 24 , 25 , 28) |
| 5. nature of accused's responsibility recognized. (Para 26 , 27 , 36 , 38 , 40) |
| 6. update on witness testimony credibility. (Para 42 , 43 , 44 , 45 , 46) |
| 7. assessment of investigators' thoroughness. (Para 48 , 49 , 50 , 51 , 52) |
| 8. final determination about sentence appropriateness. (Para 53 , 54 , 55 , 56) |
Pendahuluan
[1] Kes ini melibatkan 3 rayuan ke atas keputusan Hakim Mahkamah Sesyen (HMS). Rayuan pertama (KA-42ES-1-06/2024) dan rayuan kedua (KA-42ES-2-06/2024) adalah oleh Mohd Sharwandy bin Sollahuddin (Perayu) ke atas sabitan dan hukuman. Manakala rayuan ketiga (KA-42ES-3-06/2024) adalah rayuan oleh Pendakwa Raya (PR) ke atas hukuman.
[2] Di Mahkamah Sesyen, Perayu telah dituduh dan dibicarakan bagi 3 pertuduhan di bawah s 68(2)(a) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] iaitu kesalahan menyimpan hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya di bawah Jadual Kedua Akta 716. Perayu turut dituduh dan dibicarakan bagi pertuduhan di bawah s 86(1)(c) Akta 716 iaitu kesalahan menyimpan hidupan liar yang dilindungi dengan cara dikurung dan diikat di dalam karung plastik yang menyebabkan penderitaan dan ketidakselesaan kepada hidupan liar tersebut.
[3] Perayu telah dibicarakan dan di akhir kes, Perayu telah disabit dan dihukum seperti berikut:
(a) bagi pertuduhan pertama di bawah di bawah s 68(2)(a) Akta 716, Perayu dipenjara 24 bulan dari tarikh jatuh hukum;
(b) bagi pertuduhan kedua di bawah di bawah s 68(2)(a) Akta 716, Perayu dipenjara 78 bulan dari tarikh jatuh hukum;
(c) bagi pertuduhan ketiga di bawah di bawah s 68(2)(a) Akta 716, Perayu dipenjara 78 bulan dari tarikh jatuh hukum; dan
(d) bagi pertuduhan keempat di bawah di bawah s 86(1)(c) Akta 716, Perayu dipenjara 9 bulan dari tarikh jatuh hukum.
Fakta Kes
[4] Kes ini berpunca dari maklumat yang diterima oleh SP4 yang membawa satu pemerhatian serta serbuan ke atas satu premis yang merupakan sebuah rumah beralamat di No B30, Taman Teratai Permai, Jalan Langgar, Mukim Limbong, 05460 Alor Setar, Kedah (premis tersebut). Semasa serbuan dilakukan, Perayu telah dikatakan cuba menghalang SP4 dan pasukan serbuan dari Jabatan Perhilitan dari memasuki premis tersebut.
[5] Selepas berjaya memasuki premis tersebut, SP4 telah menjalankan pemeriksaan dan menjumpai 81 ekor tenggiling (hidupan liar) yang telah diletakkan di dalam karung guni berwarna hitam dan biru, karung guni hitam dan karung guni biru (P10 (1-81)) di bahagian ruang tamu premis tersebut. Perayu gagal untuk mengemukakan sebarang dokumen yang membenarkan Perayu menyimpan hidupan liar tersebut.
[6] Kesemua hidupan liar tersebut telah disahkan oleh SP6, yang merupakan pakar pengecaman hidupan liar, sebagai tenggiling (Manis javanica).
Isu-Isu Yang Berbangkit
[7] Berdasarkan hujahan peguam Perayu dan Tuan TPR, terdapat 5 isu yang perlu diputuskan oleh mahkamah ini iaitu;
(a) sama ada pertuduhan-pertuduhan adalah satu kependuaan (duplicity);
(b) sama ada pihak PR telah berjaya membuktikan elemen "menyimpan";
(c) sama ada terdapat percanggahan di dalam keterangan- keterangan saksi-saksi PR;
(d) sama ada siasatan SP11 adalah tidak lengkap; dan
(e) sama ada hukuman yang dijatuhkan adalah setimpal
Analisis Dan Dapatan Mahkamah
Isu (a); Sama Ada Pertuduhan-Pertuduhan Adalah Satu Kependuaan (Duplicity)
[8] Isu (a) berbangkit apabila terdapat 2 seksyen kesalahan yang berbeza dipertuduhkan kepada Perayu. Seksyen pertama adalah di bawah s 68(2) Akta 716 manakala seksyen kedua adalah di bawah 86(1)(c) Akta 716. Peguam menghujahkan bahawa ia melibatkan 81 ekor hidupan yang sama dan oleh yang demikian ia menimbulkan isu kependuaan pertuduhan kerana melibatkan pendakwaan dua kali (double jeopardy) berkaitan sabjek yang