SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2018 MarsdenLR 1328

MAHKAMAH TINGGI MALAYA TEMERLOH
AZMI ISMAIL & SATU LAGI LWN. PENDAKWA RAYA
[Rayuan Jenayah No: CB-42ES-02-06-2017 & CB-42ES-03-05-2017]



Petitioner Advocates:Ikmal Hisham,Noralia ,Respondent Advocate: Munirah Zainol Abidin

Possession of protected wildlife without permits constitutes a criminal offense, and multiple charges can be sustained under the Wildlife Conservation Act.

Headnote:This judgment addresses appeals under section 68(2)(c) of the Wildlife Conservation Act 2010 regarding the accused's conviction related to the possession of protected wildlife without permits. The Court determined prima facie elements were fulfilled based on substantial evidence. It discussed issues surrounding double jeopardy and possession definitions under the statute. The appeal was dismissed, though penalties were amended for fairness.

Table of Content
1. accused charged under wildlife conservation statutes. (Para 1 , 2 , 4)
2. accused charged under the wildlife conservation act for possession of protected species. (Para 5 , 6 , 7)
3. establishing prima facie case elements. (Para 9 , 10 , 12)
4. court asserts prima facie case established via evidence of possession. (Para 11 , 13 , 14)
5. arguments raised on legal grounds for appeal. (Para 18 , 19 , 21)
6. appeal centered on legality and accessibility of charges. (Para 20)
7. legal interpretation of statutory provisions. (Para 22 , 24 , 27 , 30)
8. court upholds prosecutorial discretion in charge formulation. (Para 23)

[1] Kedua-dua perayu dituduh dengan dua pertuduhan di bawah s 68(2)(c) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] dibaca bersama s 34 Kanun Keseksaan . Di akhir perbicaraan mereka didapati bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan tersebut dan dihukum penjara dua tahun berkuatkuasa daripada tarikh jatuh hukum 29 Mei 2017 dan denda RM300,000.00; jika tidak dibayar, enam bulan penjara bagi setiap pertuduhan.

[2] Perayu-perayu tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut dan telah memfailkan rayuan terhadap sabitan dan hukuman.

[3] Dalam penghakiman ini, Azmi bin Ismail akan dirujuk sebagai tertuduh pertama manakala Din a/l Chilih akan dirujuk sebagai tertuduh kedua sebagaimana kedudukan mereka di Mahkamah Sesyen.

Pertuduhan

[4] Pertuduhan ke atas kedua-dua tertuduh adalah seperti berikut:

Kes No: 62ES-01-03-2016

"Bahawa kamu secara bersama-sama pada 27 Mac 2016 jam lebih kurang 11.29 pagi di dalam sebuah kenderaan jenis Suzuki jip no pendaftaran CAE 4483 dalam kawasan Hutan Simpan Tekai, Tembeling [Koordinat X: 508056; Y: 462325] dalam Daerah Jerantut, Pahang didapati tanpa suatu permit khas telah menyimpan satu kepala kambing Gurun (Capriconis sumatrensis) iaitu sejenis hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya di bawah Jadual Kedua, Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716].

Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah s 68(2)(c) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) dan boleh dihukum di bawah seksyen dan Akta yang sama dibaca bersama s 34 KK."

Kes 62ES-02-05-2016

"Bahawa kamu secara bersama-sama pada 27 Mac 2016 jam lebih kurang 11.29 pagi di dalam sebuah kenderaan jenis Suzuki jip no pendaftaran CAE 4483 dalam kawasan Hutan Simpan Tekai, Tembeling [Koordinat X: 508056;

Y: 462325] dalam Daerah Jerantut, Pahang didapati tanpa suatu permit khas telah menyimpan 19 bahagian daging kambing gurun (capricornis sumatrensis) iaitu sejenis hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya di bawah Jadual Kedua, Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716].

Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah s 68(2)(c) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) dan boleh dihukum di bawah seksyen dan Akta yang sama dibaca bersama s 34 KK."

Fakta Kes

[5] Pada 27 Mac 2016 lebih kurang 11.29 pagi, semasa SP4 bersama lima orang kakitangan Jabatan Perhilitan sedang menjalankan kajian populasi harimau di Hutan Simpan Tekai, Tembeling, Jerantut mereka ternampak sebuah motor jip Suzuki No CAE 4483 [jip] yang dipandu oleh tertuduh pertama dan ditumpangi oleh tertuduh kedua.

[6] SP4 dan anggotanya telah menahan dan memeriksa jip tersebut. Hasil pemeriksaan mereka menjumpai satu kepala kambing gurun dan 19 bahagian daging kambing gurun di dalam peti simpanan ais di belakang jip tersebut. Kedua-dua tertuduh telah ditangkap kerana gagal mengemukakan permit khas untuk menyimpan kepala dan daging-daging kambing gurun tersebut.

[7] SP1 yang merupakan seorang pakar mamalia telah membuat pengecaman morfologi dan mengesahkan bahawa kepala hidupan liar itu adalah kepala seekor kambing gurun.

[8] SP3 yang merupakan pakar dalam bidang DNA forensik hidupan liar Jabatan Perhilitan telah membuat analisa DNA pada daging-daging hidupan liar tersebut dan mengesahkan ianya adalah daging-daging pada bahagian badan kambing gurun.

Prima Facie

[9] Hakim Mahkamah Sesyen mengatakan di bawah s 68(2)(c) Akta 716 elemen-elemen

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top