SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2025 MarsdenLR 3631

MAHKAMAH TINGGI MALAYA JOHOR BAHRU
DATUK HJ NASIRUDDIN MOHD ALI & SATU LAGI LWN. MENTERI DALAM NEGERI MALAYSIA & YANG LAIN
[Permohonan Jenayah No: JA-44-55-10-2024]



Petitioner Advocates:Rosli Kamaruddin,Muhammad Zahier Rosli,Muhammad Zaim Rosli,Najib Zakaria,Hasnan Hamzah,Boestaman Ahmad,Dorina Abdullah,Schanni Feizal,Luqman Zainal ,Respondent Advocate: Mohd Zain Ibrahim,Mohamad Firdaus Sadina Ali,Nur Syahidah Mohamad Khamil

Writ Habeas Corpus tidak dapat dipohon apabila pemohon berada dalam tahanan yang sah berdasarkan waran menahan yang dikeluarkan oleh Mahkamah.

Headnote:(A) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 - Seksyen 130V Kanun Keseksaan - Kanun Tatacara Jenayah - Seksyen 365 - Permohonan Writ Habeas Corpus selepas pendakwaan didengar, dibantah sebagai akademik kerana pemohon tidak dalam tahanan SOSMA yang sah - Mahkamah memutuskan semasa pemohon dituduh, mereka berada dalam waran menahan yang sah dikeluarkan oleh Mahkamah. (Paras [3], [9], [20], [33])

(B) Kekuatan Writ Habeas Corpus - Merupakan remedi yang kuat dan bukan bersifat diskresi, tetapi hanya terpakai untuk tahanan yang salah. (Paras [18]) Fact of the case: Pemohon ditangkap dan ditahan oleh pihak berkuasa, didakwa di Mahkamah Sesyen dan memohon Writ Habeas Corpus setelah pendakwaan. (Paras [1],[3],[15])

Findings of Court:
Mahkamah mendapati pemohon kini tidak berada dalam tahanan SOSMA tetapi waran menahan yang sah, menjadikan permohonan mereka sebagai akademik. (Paras [24], [33])

Issues: Isu utama adalah sama ada prosedur Writ Habeas Corpus dapat diteruskan walaupun pemohon berada dalam keadaan sah di bawah waran menahan. (Paras [10],[33])

Ratio Decidendi: Pemohon tidak dapat menggunakan Writ Habeas Corpus apabila mereka sudah dituduh, kerana mereka kini berada di dalam tahanan yang sah, tidak ada kebimbangan terhadap penahanan yang salah. (Paras [9],[33])

Result: Permohonan Writ Habeas Corpus ditolak, dan bantahan awal Responden diterima.

Table of Content
1. arrest and prosecution details. (Para 5 , 6)
2. court's reasoning on habeas corpus context. (Para 7 , 9 , 10 , 11 , 14 , 16 , 19 , 21)
3. arguments regarding the applicability of habeas corpus. (Para 12 , 13 , 15 , 17 , 18 , 20 , 22 , 23)
4. legal precedents and their applicability. (Para 24 , 25 , 26)
5. public interest vs individual cases. (Para 28 , 29 , 30 , 31 , 32)

[5] Pada 24 Oktober 2024, Pemohon-Pemohon, melalui peguamnya, iaitu Tetuan Rosli Kamarudin & Co, memfailkan Notis Usul di Lampiran (1) memohon Perintah Writ Habeas Corpus di bawah s 365 Kanun Tatacara Jenayah [KTJ] dikeluarkan dengan serta merta.

[6] Sebagaimana lazimya, Responden-Responden yang dinamakan dalam Notis Usul membantah permohonan Writ Habeas Corpus. Responden- Responden diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Kementerian Dalam Negeri, telah memfailkan Afidavit Jawapan sebagaimana yang terdapat dalam CMS.

Kronologi Dan Latar Belakang Kes

1. Pemohon-Pemohon telah ditangkap oleh pihak Polis pada 19 September 2024 pada jam lebih kurang 5.00 pagi di dalam Op Global oleh Pasukan Khas Bersepadu Bukit Aman (PDRM) di Jalan Imbi, Bukit Bintang, Kuala Lumpur melibatkan 19 individu.

2. Pada 19 September 2024, Pemohon-Pemohon telah dibawa ke hadapan Mahkamah Majistret, Shah Alam, dan telah dikenakan perintah reman di bawah s 117 KTJ selama 7 hari. Selanjutnya, reman di lanjut lagi dalam 3 perintah reman yang berasingan di Shah Alam dan Kuala Lumpur pada 25 September 2024, 30 September 2024 dan 4 Oktober 2024.

3. Pada 10 Oktober 2024, Pemohon-Pemohon ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Akta SOSMA).

4. Pada 23 Oktober 2024, Pemohon-Pemohon telah dituduh di bawah s 130V Kanun itu di Mahkamah Sesyen Selayang, Selangor dan tarikh pengurusan kes adalah pada 23 Disember 2024 sementara menunggu arahan untuk memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi.

5. Pada 24 Oktober 2024, Pemohon-Pemohon melalui peguam mereka, telah memfailkan Notis Usul untuk permohonan Writ Habeas Corpus di Mahkamah Tinggi Johor Bahru.

6. Pemohon-Pemohon, melalui GISBH, mempunyai kepentingan perniagaan di seluruh Malaysia termasuk di negeri Johor. Melalui GISBH, pemohon-pemohon mempunyai usaha sama perniagaan di negeri Johor seperti Cafe Ikhwan yang berniaga di alamat No 27, Jalan Utama 43, Taman Mutiara Rini, 81300 Skudai, Johor, Ikhwan Mart di alamat No 42, Jalan Utama 44, Taman Mutiara Rini, 81300 Skudai, Johor dan Ikhwan Resort, Kg. Air Bintan, Ladang Sg. Papan, Bandar Penawar, Johor.

7. Melalui GISBH juga mereka mempunyai kepentingan hartanah di Endau, Johor dan tanah pertanian di Machap, Johor. Tanah pertanian di Machap, Johor telah dihibahkan kepada GISBH untuk pembangunan Maahad Tahfiz.

8. GISBH juga merupakan syarikat induk yang menjalankan pelbagai perniagaan merangkumi pertanian, makanan, pelancongan, perindustrian, peruncitan, perubatan, pendidikan dan lain-lain. Struktur perniagaan GISBH terdiri daripada syarikat induk GISBH, anak-anak syarikat serta perniagaan enterprise yang menjalankan usaha sama dengan GISBH.

9. GISBH tidak mengawal sepenuhnya perniagaan-perniagaan enterprise yang berusaha sama dengannya kerana perniagaan tersebut diusahakan sendiri oleh individu-individu yang mempunyai entiti perniagaan enterprise. GISBH membenarkan perniagaan-perniagaan yang lain berkembang menggunakan logo GISBH atas jalinan usaha sama tersebut.

10. Terdapat juga pusat-pusat amal dan tahfiz yang mendapat bantuan daripada GISBH tetapi tidak dikawal secara langsung di dalam pengendalian urusan harian oleh GISBH.

11. Melalui Op Global, PDRM telah melakukan pelbagai tangkapan di seluruh negara untuk menyiasat pelbagai dakwaan. PDRM menjalankan siasatan tersebut meliputi kesalahan-kesalahan berikut:

a) Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792);

b) Seksyen 14(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792);

c) Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak Kanak 2001 (Akta 611);

d) Seksyen 8(2) Akta Mesin Cetak dan Penerbita

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
logo-black

An indispensable Tool for Legal Professionals, Endorsed by Various High Court and Judicial Officers

Please visit our Training & Support
Center or Contact Us for assistance

qr

Scan Me!

India’s Legal research and Law Firm App, Download now!

For Daily Legal Updates, Join us on :

whatsapp-icon Back to top